4 Petua Memiliki Payudara Tegang dan Montok, Menggunakan Putih Telur Salah Satu Darinya

Sebagai seorang wanita yang menghampiri umur 40-an, pasti akan melalui pelbagai perubahan bentuk badan, salah satunya aset utama ialah payudara. Bagi yang berkahwin dan mempunyai anak proses mengandung, bersalin dan menyusukan anak berkali-kali sepanjang hidup menyebabkan payudara yang tegang menjadi kendur.

Buah dada kendur selepas bersalin adalah perkara yang normal dan bakal dihadapi oleh mana-mana wanita atau kaum ibu yang menyusui bayinya. Ia bukan bersifat kekal tetapi jika tidak dijaga mungkin akan buruk kesannya.

Kebiasaannya, payudara yang penuh dengan susu akan kelihatan jatuh berbanding payudara tanpa susu. Efek kendur pada payudara membuatkan kedudukannya akan menjadi lebih melendut ke bawah berbanding sebelumnya.

Pelbagai cara dan petua yang boleh diamalkan untuk tegangkan payudara wanita yang kendur selepas bersalin.

Salah satu cara yang diperkenalkan dan boleh diamalkan untuk menegangkan payudara kendur selepas bersalin ialah menggunakan putih telur. Cara semulajadi menegangkan payudara kendur selepas bersalin adalah dengan membuat masker payudara. Ianya dapat membantu menaikkan kembali jaringan payudara yang kendur. Putih Telur (sebaiknya telur ayam kampung) boleh digunakan sebagai masker untuk tegangkan payudara.

Cara membuat masker payudara :

Pecahkan sebiji telur ayam kampung. Kemudian asingkan antara putih dan kuningnya. Ambil bahagian putihnya sahaja, dan kacau sehingga kembang. Setelah itu, sapukan pada sekitar bahagian payudara.

Cara penggunaan masker payudara :

  • Bersihkan payudara dengan tuala bersih yang telah dicelup dengan air suam dan keringkan.
  • Tutup bahagian puting dengan kapas basah, kemudian sapukan masker pada keseluruhan permukaan payudara.
  • Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering, kemudian bersihkan sehingga benar-benar bersih.
  • Akhir sekali, tekap-tekap dengan ais batu selama 2 minit.
  • Putih telur memang berkhasiat untuk menegangkan kulit di sekitar dada sehingga membuatkanpayudara kendur selepas bersalin menjadi tegang semula.

 

Selain putih telur, minyak zaitun juga dapat membantu menegangkan payudara. Setiap malam sebelum tidur, urutlah payudara dengan menggunakan minyak zaitun dengan gerakan memutar. Lakukan dengan lembut dan perlahan-lahan. Lakukan secara teratur, dan kesannya boleh dilihat dengan waktu yang singkat. Payudara bukan sahaja kembali tegang, bahkan bentuknya juga menjadi lebih montok!

 

Pemakaian push-up bra juga memainkan peranan dalam proses penegangan payudara. Push-up bra dikatakan dapat menaikkan kembali payudara, sehingga kelihatan lebih penuh. Bra atau coli jenis ini mampu memperbaiki bentuk payudara yang melorot. Tetapi pastikan kita membeli ukuran bra yang tepat.

 

Bersenam juga adalah salah satu cara paling efektif untuk menegangkan otot dada sehingga membuatkan payudara pun menjadi lebih tegang. Senaman yang tepat akan membantu merangsang proses pemulihan bentuk payudara serta otot-otot lain yang berfungsi untuk menopang payudara. Antara senaman yang disarankan untuk tegangkan payudara kendur selepas bersalin adalah push up, angkat beban dan juga berenang.

Selain daripada petua diatas, banyak lagi petua tradisional yang anda boleh diamalkan untuk menegangkan payudara dan perlu diamalkan secara konsisten. Tetapi jika anda rasa rumit dan kekangan masa untuk melakukan cara tradisional secara konsisten, kami di Marissa Aesthetic ada cara yang moden, pantas, selamat dan memberi kesan serta-merta. Ketahui lebih lanjut mengenai rawatan payudara secara moden.

 

 

 

`

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *