CARA UNTUK MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH

 

Apakah itu “metabolisme”?

Metabolisme merupakan proses kimia yang berlaku di dalam tubuh sesuatu benda hidup. Dalam istilah yang paling mudah, metabolisme adalah kadar kalori yang digunakan untuk mengekalkan fungsi tubuh seseorang dalam kehidupan seharian. Contoh utamanya adalah manusia.

Kadar metabolisme di dalam tubuh badan seseorang sebenarnya boleh ditingkatkan melalui beberapa cara.

 

  1. Lakukan senaman

Seseorang yang tetap mempunyai metabolisme yang dapat membakar banyak kalori dengan pantas sama ada mereka melakukan senaman ataupun tidak, memerlukan diet yang berkalori lebih rendah untuk menjaga keseimbangan berat badan mereka. Sebagai contoh danging kambing yang dipanggang. Berbeza pula dengan individu yang mempunyai metabolisme yang rendah, mereka seharusnya memakan makanan yang mengandungi kalori yang rendah disebabkan makanan berkalori tinggi akan menyebabkan bertambahnya berat badan. Jadi, bagaimanalah cara untuk mengetahui  adakah anda telah membuat pilihan yang tepat dalam pemakanan seharian? Jadikan alat penimbang berat sebagai rakan baik anda, dan melihat gimnasium sebagai salah satu media untuk membaik pulih keadaan tubuh badan.

Cara yang paling efektif untuk mempercepatkan metabolisme tubuh adalah dengan menambah jisim otot seperti yang dinyatakan oleh Harry Aitken, jurulatih pakar di Fitness Specialist Auster. Otot memerlukan tenaga untuk berfungsi, dan otot yang lebih besar akan membakar lebih banyak kalori. Malah, sesi latihan angkat berat yang serius boleh menjadikan tubuh dalam keadaan yang terbaik dan sering disebut sebagai ‘afterburn’.

 

  1. Mengambil sarapan pagi

Hakikat bahawa sarapan pagi dapat meningkatkan metabolisme seseorang adalah fakta yang sering didengari. Namun, masih ramai individu yang beranggapan bahawa ianya adalah lebih baik untuk tidak mengambil sarapan pagi.

“Jika kita tidak bersarapan, tubuh badan kita lebih cenderung untuk menyimpan kalori supaya dapat menyimpan tenaga,” kata Abbas Kanani, seorang ahli farmasi di Chemist Click. “Makan pada waktu pagi dapat menghantar isyarat kepada otak bahawa akan ada bekalan tenaga yang berterusan, dan tubuh anda kurang cenderung untuk menyimpan kalori”.

Walau bagaimanapun, mengambil sarapan pagi dan menahan lapar sehingga ke petang bukanlah satu pilihan yang bijak. “Apabila tubuh tidak mendapat bekalan tenaga yang tetap, otak akan tertipu dengan pemikiran bahawa kita berada dalam mod kebuluran. Oleh itu, ia akan menyimpan bekalan lemak sebagai simpanan tenaga, menggunakan bekalan otot sebagai sumber tenaga sebelum menggunakan bekalan lemak.”

 

  1. Minum air

Kekal terhidrat adalah sangat disyorkan. Bukti menunjukkan bahawa  dengan meminum air, metabolisme dapat dipercepatkan sebanyak 10 hingga 30 peratus.

Sesuatu yang pedas juga dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Contohnya seperti cili, halia, lada hitam dan kayu manis.

 

  1. Melakukan latihan kardio

Dengan malakukan latihan angkat berat, ia dapat memberikan kesan positif terhadap metabolisme tubuh. Tetapi, adalah lebih baik untuk turut melakukan aktiviti lain seperti berbasikal ataupun melakukan larian.

Latihan kardio bukan sahaja dapat membakar kalori, malah turut menaikan suhu tubuh badan. Jika suhu tubuh meningkat, metabolisme akan turut meningkat apabila lebih banyak tenaga digunakan.

 

  1. Mengambil banyak makanan berprotein

Untuk mencerna protein, lebih banyak tenaga yang diperlukan. Oleh itu, lebih banyak kalori yang akan dibakar.

 

  1. Tidak mengambil gula

Gula tidak hanya akan bertukar menjadi lemak apabila tidak digunakan, malah turut memerlukan tahap insulin yang lebih tinggi untuk mengembalikan tahap gula dalam darah ke tahap yang normal. Tahap insulin yang tinggi akan menggalakkan penyimpanan lemak dan boleh melambatkan metabolisme.

 

  1. Mengambil kafein dalam jumlah yang banyak

Kafein tidak hanya dapat memberikan tenaga, malah turut membantu mempercepatkan kadar metabolisme untuk tempoh pendek. Walau bagaimanapun, kesan yang ketara masih belum dibuktikan secara saintifik.

 

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *