MASALAH BERAT BADAN

 

  • Menghilangkan berat badan merupakan sesuatu yang tidak mudah untuk dilakukan. Masalah ini menjadi lebih serius dari hari ke hari di mana dua per tiga warga Amerika dianggap obesiti mahupun berlebihan berat badan. Masalah berat badan dalam masyarakat masa kini dianggarkan hampir 21 peratus daripada semua jumlah kos penjagaan kesihatan di Amerika Syarikat.

 

  • Kita dapat melihat bukti penularan trend diet yang hanya bertahan untuk sementara waktu yang dikatakan dapat membantu semua masalah berat badan dengan mudah. Malangnya, bertentangan dengan kebiasaan dalam perubatan, hilang berat badan bukan sekadar mengira pertambahan ataupun pengurangan kalori. Mengehadkan jumlah pengambilan makanan tidak semestinya efisien untuk mengurangkan berat badan. Dalam kalangan majoriti, mengekalkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah.

 

  • Pertambahan berat badan sebenarnya lebih kompleks daripada yang kita fikirkan.

 

  • Selama ini, kita sering menganggap pertambahan berat badan merupakan punca masalah kesihatan manakala kegagalan mengurangkan berat badan pula sebagai simptom utama yang masih tidak dapat ditangani. Dalam erti lainnya, kegagalan seseorang dalam mengurangkan berat badan boleh menjadi kesan sampingan daripada masalah kesihatan dan bukannya punca timbulnya masalah kesihatan. Secara mudahnya dapat dikatakan kita perlu menjadi sihat untuk mengurangkan berat badan dan bukannya menurunkan berat badan untuk menjadi sihat.

 

  • Apabila berkaitan dengan kepayahan dalam mengurangkan berat badan, salah satu daripada aduan yang sering didengari merupakan berkaitan dengan lemak tambahan yang muncul dengan cepat di bahagian tengah badan (bawah dada sehingga ke pinggang) dan amat sukar untuk dihilangkan. Jenis lemak ini dikenali sebagai lemak viseral. Tidak seperti lemak subkutaneus yang terdapat di bawah kulit dan boleh didapati di bahagian lain dalam badan, lemak viseral terletak di sekitar bahagian tengah badan sehingga ke rongga perut.

 

  • Oleh sebab ia terletak lebih dekat dengan organ penting badan, jenis lemak ini akan meningkatkan risiko masalah kesihatan yang serius. Oleh sebab sel-sel lemak viseral dilepaskan terus ke dalam darah anda, ia akhirnya akan masuk ke dalam hati, pankreas, jantung, dan organ-organ penting lain yang menjadi masalah kerana sel-sel lemak ini mengandungi trigliserida berlebihan yang akhirnya mengepam asid lemak bebas berbahaya ke dalam sel yang tidak direka untuk menyimpan lemak. Lemak ini perlu dikurangkan sebanyak yang mungkin.

 

  • Jadi, bagaimana harus kita bincangkan perkara ini?

Seperti yang telah dinyatakan, untuk menghilangkan lemak ini, ia memerlukan lebih dari sekadar mengurangkan pengambilan makanan. Terdapat beberapa perkara utama, yang apabila tidak berfungsi dengan baik, boleh memberi kesan yang besar kepada keberkesanan badan dalam membakar lemak, terutamanya lemak viseral. Salah satu daripadanya adalah masalah hormon.

 

  • Mengapa hormon tekanan anda menyebabkan adanya lemak perut?

Hormon anda adalah penghantar signal di dalam tubuh badan anda, menghantar arahan dari satu tempat ke tempat lain supaya organ anda dapat melaksanakan fungsi yang diperlukan. Apabila satu hormon bermasalah, ia akan mengganggu keupayaan badan untuk membakar lemak. Saya telah beberapa kali menyaksikan keadaan di mana seseorang mengalami ketidakseimbangan hormon di samping mengalami pertambahan pembentukan lemak viseral; kortisol.

Kortisol adalah hormon tekanan utama tubuh anda. Ia dilepaskan oleh kelenjar adrenal dan bermula pada waktu pagi untuk membantu anda bangun dan perlahan-lahan hilang sepanjang hari. Hormon “mengantuk”, iaitu melatonin, berkadar songsang dengan kortisol, bermula pada waktu pagi dan meningkat pada waktu petang untuk membantu anda tidur. Ketidakseimbangan kortisol adalah masalah umum hormon yang mengganggu aturan semulajadi harian, menyebabkan kortisol menjadi tinggi apabila ia sepatutnya menjadi rendah, rendah apabila ia sepatutnya tinggi, atau sentiasa rendah, atau sentiasa tinggi.

 

  • Kajian telah menunjukkan hubungan  antara kortisol dan berat badan secara meluas dan telah menemui hubungan yang ketara antara tahap kortisol dan peningkatan berat badan, khususnya lemak viseral yang degil dalam tubuh kedua-dua lelaki dan wanita. Malah, satu kajian mendapati tahap kortisol seramai 41 orang wanita mendapati bahawa mereka yang mempunyai lemak viseral yang tinggi mempunyai kenaikan kortisol yang lebih besar ketika tertekan serta beberapa ketika selepas peristiwa yang memberikan tekanan telah berlalu.