Program Pelangsingan Marissa Slimway

Apa Itu Marissa Slimway?

Marissa Slimway merupakan program penurunan berat badan berkesan yang diformulasikan oleh Dr Rushmini Maris Ismail.

Program yang ringkas dan berkesan ini menggabungkan diet khas, supplemen dan senaman ringan.

Lihat bagaimana formula unik kami memberikan kesan menakjubkan hanya dalam 14 hari.

Download ebook di sini => http://ebook.marissaslimway.my

Wajah Geleber Tegang Semula Dengan Lipolisis

KAEDAH RAWATAN LASER LIPOLISIS

RAWATAN LASER LIPOLISIS

Saya bertemu ramai wanita berusia 40-an yang merungut kerana bentuk wajah asal telah berubah menjadi kurang menarik.

‘‘Doktor, tengoklah muka saya. Pipi saya kembang manakala dagu pula berlapis. Saya nak muka yang kecil dan bujur. Doktor tolonglah betulkan semula wajah saya,’’ rayu Puan Iza (nama samaran)… Wanita itu menambah, dahulu wajahnya kecil dan dagu pun runcing tetapi sekarang segala-galanya berubah menyebabkan dia berasa rendah diri. Keadaan itu juga menyebabkan dia tidak dapat menggayakan pelbagai fesyen tudung terbaru yang ada di pasaran.

Bentuk muka berubah apabila usia bertambah. Pipi yang sepatutnya terletak sebaris dengan hidung akan melendut ke bawah. Kelopak mata akan menjadi berat dan menurun membentuk eye bag. Kening juga menjadi berat dengan pengumpulan lemak di bawah kulit dan ini turut menyebabkan mata menjadi kecil dan sekan tertutup.

Pendek kata segalanya mengecut. Pemakaian tudung yang ketat turut menyebabkan bentuk wajah berubah dan bertumpu ke depan. Wajah menjadi sangat bulat dan pipi pula menonjol ke depan. Apabila tersenyum mata pun seakan tertutup kerana pipi yang terlalu bulat. Oleh itu saya menasihatkan wanita agar memakai tudung yang sederhana dan tidak terlalu ketat bagi mengelak perubahan pada bentuk wajah.

Bentuk wajah juga penting bagi menyerlahkan penampilan seseorang. Apabila usia meningkat tidak dapat dinafikan bentuk wajah berubah menjadi lebar tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Masalah ini dapat dipulihkan semula dengan kaedah rawatan yang betul.

Muka kita terbentuk daripada tulang tulang tengkorak yang menjadi acuan kepada pembentukannya. Tulang tulang utama yang menjadi asas pembentukan muka adalah tulang mandible iaitu rahang. Jika tulang rahang terlalu besar muka akan tampak empat segi.

Tulang lain adalah tulang mastoid yang bersambung pada tulang mandible. Tulang mastoid dapat dirasa jika kita menyentuh belakang telinga akan terasa seperti satu benjol di situ. Di dalam tulang mastoid inilah terdapatnya sebahagian daripada organ telinga yang penting.

Tulang-tulang maxilaary yang membentuk pipi adalah mustahak bagi menentukan pembentukan pipi kita. Jika ia terlalu kecil pipi akan tampak kecut. Sebahagian daripada tulang cranium, pula membentuk dahi. Pada kawasan orbit mata pula terdapat percantuman antara tulang-tulang kecil . Tulang pada hidung terdiri daripada tulang rawan yang lembut.

Bagi melengkapkan struktur muka, terdapat juga otot-otot muka yang membantu kita memberi reaksi dan riak wajah. Seseorang yang marah, sedih, gembira dan mengantuk misalnya dapat di kesan melalui riak wajahnya. Begitu juga wajah seseorang yang meminta simpati. Garis-garis muka yang tertentu memberi raksi wajah tertentu. Reaksi sebeginilah yang digunakan oleh para pelakon bagi mempamerkan mutu lakonan yang mempersonakan. Ekspresi wajah amat penting dalam kehidupan seharian. Kerlingan mata sahaja sudah cukup untuk memberitahu maksud yang tersirat di dalam hati tanpa perlu kita bersuara. Jelaslah bahawa ekspresi wajah adalah salah satu cara komunikasi yang berkesan sesama manusia.

Apabila seseorang itu gembira otot-otot pada pipi dan mulut akan bekerja bagi mempamerkan senyuman. Bila bersiul otot buccinators akan bekerja. Jika mengerutkan dahi pula kita menggunakan otot frontalis. Bila kita makan otot mengunyah yang bernama maseter akan mengerakkan rahang. Seseorang yang mengalami kelumpuhan otot sebagaimana yang dilihat pada pesakit strok atau angin ahmar sudah tentulah gagal melakukan semua pergerakan ini kerana otot-otot muka menjadi lumpuh.

Di atas lapisan otot terdapat lapisan lemak yang membalut muka, selepas itu barulah di lapik pula kulit. Muka seolah-olah tergantung pada tulang tegkorak kita. Apabila kita meningkat usia ia akan semakin melendut disebabkan tarikan graviti. Pada masa ini kulit akan lebih kendur dan turun di kawasan dagu dan pipi kiri kanan dagu. Lemak-lemak pula akan mengisi ruang kosong tersebut lalu wajah mula kelihatan lebar dan dagu mula berlapis. Masalah ini terjadi disebabkan oleh kejatuhan lemak muka. Lemak pada muka yang berlebihan akan turun dan mengisi ruang pada bawah dagu dan juga pipi menyebabkan bentuk muka menjadi besar kerana berlemak.

Bagi mereka yang berwajah bujur atau sangat kurus, masalah ini tidak ketara. Namun bagi mereka yang berisi dan wajah pula berbentuk bulat maka ia menjadi satu fenomena yang menghodohkan wajah. Kehadiran lemak yang terlalu banyak menjadikan wajah tampak bengkak dan bentuknya tidak menarik. Tambahan pula apabila usia meningkat 40-an kesan pengurangan hormon membuatkan air berkumpul dalam kulit dan kelihatan lebih bengkak.

Namun teknologi baru boleh mengatasinya. Wajah yang bulat boleh dibentuk semula menjadi bujur dan dagu yang berlapis boleh dibuang lemaknya. Begitu juga pipi yang menonjol boleh dicantikkan semula. Kedudukan pipi juga boleh diangkat semula dengan teknik serdev. Laser lipolisis adalah kaedah yang baik bagi pembentukan wajah. Laser jenis ini akan menghancurkan lemak dan merangsang sel-sel kulit longgar menjadi ketat semula.


Bagaimana laser lipolisis bertindak?

Laser merupakan satu jalur cahaya dengan jarak gelombang yang tertentu. Jarak gelombang ini membolehkan pancaran laser menembusi sel-sel lemak dan menukarkannya menjadi cair. Tenaga laser yang kuat bertindak dengan sangat selektif. Ia hanya memecah lemak tanpa mengganggu sel-sel lain. Justeru ia selamat digunakan dan akan menyebabkan pengecutan dalam jalinan kolagen. Ini menjadikan kulit ketat dan tegang semula. Penggunaan laser seperti ini adalah selamat, cepat dan hasilnya dapat dilihat dalam jangkamasa yang singkat. Perubahan pada wajah menjadi lebih ketara selepas seminggu. Selepas sebulan wajah menunjukkan perubahan yang menakjubkan. Dalam tempoh tingga hingga lima bulan pula seseorang kelihatan lebih muda dan berseri-seri.

Proses laser

Wajah akan dibersihkan dengan povidone iodine dan disapu dengan krim bius. Selepas satu jam krim akan mula bertindak.     Doktor akan menandakan kawasan yang akan dirawat.
Suntikan ubat bius di buat.
Laser dimasukkan ke bawah kulit dan dipancarkan, lemak akan bertukar menjadi air.
Selepas seminggu wajah akan menjadi lebih baik

Perubahan akan dilihat beransur-ansur dan dalam masa dua minggu wajah kelihatan menarik dan terbentuk semula.

Kelebihan rawatan

* Tidak menyakitkan

* Tidak perlu masuk ke hospital untuk menjalani rawatan

* Hasil yang baik

* Tiada parut yang merosakkan kulit.

* Boleh pergi bekerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan

* Satu rawatan sahaja sudah berkesan tidak perlu berkali-kali melakukannya.

* Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara.

Tampil Muda Dengan SERDEV

Teknik Serdev dicipta oleh seorang pakar berbangsa Bulgaria bernama Dr Nicholay Serdev. Teknik ini menggunakan benang khas (juga dipanggil benang kolagen) bagi mengangkat wajah. Hasilnya wajah akan menjadi lebih tegang dan tampak jauh lebih muda dari usia asal seseorang. Dengan teknik Serdev ini seseorang tidak perlu tinggal di hospital dan menjalani pembedahan yang meninggalkan parut kerana ia mengangkat wajah dengan teknik khas melalui lubang yang sangat kecil.

BILAKAH NAMPAK KESANNYA?

Kesan teknik serdev dapat dilihat dengan serta-merta dan hasilnya bertahan sehingga sepuluh tahun. Doktor terlatih Marissa mengambil masa selama lebih kurang sejam untuk melakukan rawatan teknik Serdev ini. Berbeza dengan rawatan lain, teknik Serdev ini tidak menyakitkan.

Ia tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak memerlukan pembedahan. Hasilnya amat memuaskan. Ia boleh digunakan untuk mengangkat kening, pipi dan juga menegangkan kawasan rahang. Rawatan ini juga dicipta untuk mengurangkan kenduran di wajah dan bahagian-bahagian badan yang menggeleber.

SERDEV: TEKNOLOGI KECANTIKAN TERKINI

Selain itu, teknik Serdev juga digunakan untuk membantu memperkecil dan membentuk anggota yang dikehendaki. Selepas melakukan rawatan ini, pelanggan akan mendapatkan wajah yang tegang dan mantap tanpa perlu tinggal lama di wad. Mengambil masa selama sepuluh minit hingga setengah jam (bergantung bahagian anggota badan), pelanggan tidak akan berasa sakit. Kaedah kecantikan terkini ini sangat ringkas kerana hanya menggunakan benang dan jarum. Mungkin bagi anda ia pelik kerana kebiasaannya prosedur ini digunakan untuk menjahit butang baju. Tidak perlu khuatir kerana teknik ini dijamin selamat, berkualiti, berkesan, tiada kesan sampingan, tidak kelihatan kesan teknik berkenaan. Produk yang digunakan juga halal kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Tips: Jika anda tidak mempunyai masa yang panjang untuk melakukan rawatan kecantikan, anda boleh mencuba rawatan ini yang sangat ringkas. Rawatan yang hanya beberapa minit ini membuatkan wajah anda tegang tanpa disedari oleh orang lain. Tahu2 je dah cantik!
SIAPA YANG PERLUKAN?

Rawatan ini dapat membantu wanita yang berhadapan masalah apabila usia meningkat dan kulit wajah yang mula jatuh, mengendur, menggeleber dan berkedut. Kebiasaannya, wajah kendur disebabkan lapisan bawah kulit yang dipanggil galeal jatuh. Dengan kaedah ini, ia menganjalkan kulit di bahagian kening (atas telinga) yang dipanggil temporal akan ditanda titik berbentuk empat segi. Kemudian jarum yang disangkutkan benang akan dicucuk kepada keempat-empat tanda titik itu.
RINGKASAN PROSEDUR

Benang yang tertinggal di dalam kulit (galeal), hujungnya yang terkeluar akan ditarik 45 darjah kemudian diikat. Kaedah yang sama akan dilakukan kepada bahagian kening di sebelah lagi. Hasil tarikan 45 darjah itu akan mengangkat kulit wajah dan galeal sehingga menjadikan wajah lebih tegang, menaik dan menirus di bahagian dagu. Jarum benang tidak akan kelihatan apabila bahagian hujung yang diikat akan digunting. Benang akan tertarik ke dalam dan menyerap ke dalam kulit dalam tempoh dua minggu serta kekal di dalamnya.

APLIKASI TEKNIK SERDEV
Rawatan ini amat berkesan digunakan untuk:

    menaikkan punggung,
    membentuk bibir,
    meruncing dagu,
    merawat dagu terbelah,
    membuat lesung pipit,
    menaikkan payu dara,
    menaik dan mengecilkan hidung,
    menaikkan pipi,
    menegangkan leher
    dan sebagainya

Keistimewaan kaedah ini ialah benang yang digunakan mengandungi probiotik, vitamin-vitamin, vitamin C, kolagen dan fiber.
Setelah rawatan dibuat, wajah tampak muda kerana segala kekenduran sudah di tarik ke atas semula. Kehebatan rawatan ini adalah tidak memerlukan mereka yang menjalaninya bercuti panjang dan tidak pula perlu dimasukkan ke hospital. Anda Cuma perlu datang ke klinik dan dalam satu jam rawatan telah pun selesai. Anda akan mendapat wajah yang baru tanpa kendur. Begitu mudah bukan?Oleh kerana ia begitu sesuai bagi kita yang aktif bekerja ia turut dikenali sebagai non incisional face lift atau non scar method. Rawatan boleh digunakan untuk mengangkat kening yang jatuh, dan kelopak mata yang kendur membuat mata lebih luas terbuka.

Semasa menjalani kursus Teknik Serdev yang diajarkan sendiri oleh pengasasnya di Bulgaria saya berpeluang melihat sendiri bagaimana teknik ini diaplikasi dengan meluas di Barat dan di benua Eropah. Orang Eropah sangat sukakan Teknik Serdev. Mereka menggunakannya dengan meluas bagi menegangkan muka mencantikkan punggung (agar tidak jatuh), buah dada, mengecilkan hidung yang kembang dan pelbagai lagi. Oleh kerana benang yang digunakan terdapat pelbagai saiz maka ia sesuai bagi mengangkat kening dan mencantikkan hidung juga. Semasa belajar di University of Bulgaria dalam bidang ini saya juga melihat pelbagai prosedur kecantikan lain yang sangat mengkagumkan dibuat di sana. Mereka menanam rambut palsu yang kelihatan hidup dan boleh diwarnakan dan dikerinting sesuka hati. Ini adalah solusi yang baik bagi pengidap alopecia yang serius terutamanya wanita. Di sana saya menyaksikan selebriti dunia yang terkenal menjalani rawatan. Bagi saya pengalaman itu tidak mungkin akan dilupakan selagi hayat dikandung badan.

Di negara kita bidang estetika masih lagi menjadi bidang yang baru dan masih banyak ruang yang perlu diterokai bagi kita untuk mencapai kemajuan yang begitu. Namun begitu doktor kita giat berusaha meningkatkan kepakaran masing-masing dengan mengikuti kursus di luar negara bagi mempelajari kepakaran yang tinggi dalam bidang ini.

[PENGAKUAN]

Saya adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Saya berusia awal 60-an dan suami pula beza lima tahun dari saya. Walaupun sering mengikuti suami ke majlis berkaitan urusan perniagaan, namun saya masih kekok untuk menyesuaikan diri di khalayak ramai. Kurang berkeyakinan kerana wajah nampak lebih tua daripada suami adalah sebab saya lebih gemar menyendiri. Wajah saya lesu dan tidak bermaya. Suami pernah mencadangkan supaya menjalankan rawatan kecantikan sebagaimana isteri-isteri rakan perniagaannya. Saya berpandangan rawatan kecantikan dan anti penuaan hanyalah satu pembaziran semata-mata dan tidak diperlukan.Sejak akhir-akhir ini saya berasa amat tertekan apabila wajah semakin tidak bermaya, kedutan semakin jelas dan pipi mula kendur dan tampak cengkung. Saya mempunyai masalah sukar tidur dan tiada selera makan. Akhirnya saya akur dengan cadangan suami mendapatkan rawatan kecantikan di Klinik Estetik milik rakan karibnya. Selepas menjalankan rawatan teknik serdev, saya kini bukan saya yang dulu. Saya sudah tidak lokek senyuman dan sudah pandai bermesra dengan orang ramai. Selama ini saya sudah salah sangka terhadap rawatan anti penuaan. Namun kini setelah mencubanya, wajah tampak muda seerta tubuh kini selesa walaupun dalam usia emas.

Menakjubkan teknik serdev tidak menyakitkan dan tidak memakan masa. Paling penting ianya selamat dan tidak meninggalkan kesan sampingan selain kesan kecantikan menakjubkan. – Puan Mary, 63 tahun dari Kuala Lumpur.

Marissa White Gluthathione

Apakah Glutathione & Mengapa Penting?

Dikenali sebagai “Master Antioksidan”, kerana ia tersebar luas di dalam setiap sel, Glutathione adalah tripeptide besar kecil yang memegang banyak berat badan. Tanpa Glutathione, sistem imun badan anda akan berada dalam bahaya yang berterusan. Ini penggalak imun yang kuat terdapat dalam semua jenis sel termasuk sel-sel sistem imun, yang penting untuk memerangi penyakit. Walau bagaimanapun, peranan utama Glutathione adalah untuk meneutralkan radikal bebas. Seperti yang anda tahu, radikal bebas adalah molekul dalam badan yang boleh menyebabkan penuaan pra-matang (kedutan), dan penyakit-penyakit tertentu bahkan seperti tekanan darah tinggi, Arthritis, Penyakit Jantung, Parkinson dan pelbagai penyakit degeneratif lain. Tetapi, dengan jumlah yang tepat glutathione, anda perlu tidak perlu bimbang penyakit-penyakit ini boleh membawa maut.

Apakah Faedah yang s Glutathione?

Glutathione merupakan satu-satunya antioksidan yang terdapat dalam sel, ia mempunyai banyak manfaat yang menunjukkan janji untuk kesihatan yang lebih baik dan daya hidup. Sebahagian daripada manfaat Glutathione termasuk tetapi tidak terhad kepada :

ü  Menegangkan kulit

ü  Sistem Detox semulajadi, ia mengeluarkan toksin badan daripada toksin, asap, ubat-ubatan dan bahan cemar lain di luar

ü  Menguatkan sistem imun

ü  Mempercepatkan penyembuhan selepas pembedahan atau jangkitan

ü  Menolong mengelakkan kanser terutama kanser hati

ü  Melindungi badan dari molekul oksigen yang tidak baik

ü  Menyahtoksid nikotinMembantu hati di dalam proses menyahtoksid badan

ü  Memainkan peranan penting didalam pencegahan kanser

ü  Menambah bilangan sperma bagi lelaki yang kekuranganaya penyakit jantung dan sakit teruk

ü  Membantu menentukan radikal bebas iaitu radikal perosak di dalam setiap sel.

ü  Membantu membuang toksin seperti logam,bahan pelarut dengan mengikat dan menukarkan bahan-bahan tersebut kepada bentuk yang boleh    di buang melalui sistem perkumuhan (pembuangan air kecil dan besar)

ü  Melindungi sel-sel dan tisu-tisu utama tubuh badan seperti:

  • Hati
  • arteri
  • paru-paru dan sel-sel kulit

ü  Membantu menghalang terjadinya punca-punca kanser terutamanya kanser kulit dan kanser hati.

ü  Membantu mengekalkan kekuatan sel darah merah dan melindungi sel darah putih dari jangkitan penyakit.

Membantu memusnahkan lemak/bahan bertoksid dan meningkatkkan sistem metabolisma karbohidrat.
Pemutihan & Mencantikkan Kulit.

Glutathione membantu mengaktifkan sel-sel darah dan sel-sel kulit mati untuk lebih cergas dan sihat dengan menyahkan bahan-bahan bertoksid dari tubuh badan.

Ini akan membuatkan kulit bebas dari bahan toksid dan membantu kolagen diaktifkan untuk mendapatkan kulit yang lebih gebu dan putih dan cerah.

Siapakah Yang Memerlukan Glutathione?

  • Perokok
  • Peminum minuman keras/beralkohol
  • Pengemar minuman berkafein
  • Kalangan usia 40 tahun ke atas
  • Bekas atlit, ahli sukan, penggemar aerobic
  • Lelaki yang mempunyai daya tahan yang rendah
  • Pesakit yang mempunyai masalah penyakit hati
  • Pesakit menghidapi masalah Katarak
  • Pesakit sedang/telah menjalani rawatan kemoterapi
  • Seseorang yang terdedah kepada bahan kimia
  • Pesakit yang sering mengalami masalah pemulihan dari penyakit atau pembedahan.
  • Pesakit yang kerap mengambil ubat-ubatan
  • Lebih banyak tubuh terdedah kepada bahan toksid, lebih banyak sel-sel memerlukan zat glutathione

Proses Pemutihan

1. Kulit putih : 1 – 3 bulan.

2. Kulit sederhana gelap : 3 – 6 bulan.

3. Kulit gelap : 6 – 12 bulan.

Nota penting: Apabila warna kulit diidamkan telah tercapai, kurangkan dos kepada tahap minima atau selang sehari.

Bagaimana Dapatkan Glutathione?

Glutathione boleh mengambil secara intravena, oleh pil, atau serbuk. Terdapat cukup perbahasan dalam bidang perubatan jika suplemen Glutathione sebenarnya merangsang sistem imun anda.

Beli Sekarang secara Online klik disini

Anda mahu kami di hubungi??

SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484

Shah Alam : 019-396 3678 / 03-5524 5697

Bangi : 03-8928 9334/ 0192259334

Nilai : 012-358 5949

Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698

Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561

WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE : marissa-esthetic.com

FACEBOOK : Marissa Aesthetic

PM kami terus untuk maklumat lanjut >>

www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ

Book Appointment Now >>> Click Here