Mengapa Perlu Kurus?

           

Diet Tapi Masih Gemuk?

SERINGKALI mereka yang mengidap obesiti terpaksa berpura pura gembira dengan keadaan diri mereka. Adakalanya golongan itu cuba menunjukkan obesiti adalah jalan hidup pilihan mereka. Cepat-cepat mereka memberi alasan mengapa jadi begitu sambil di hati berazam untuk menjaga diet dan cuba kembali kurus. Namun azam dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah yang betul untuk merealisasikan impian.

Tak kurang juga yang sudah enggan melakukan sebarang usaha untuk kurus. Antara alasan yang sering kedengaran:

 Lepas bersalin badan naik dan susah nak turun.

  Badan memang tak boleh kurus sebab keturunan.

  Tiada masa untuk bersenam.

  Suami tidak kisah gemuk.

Kitaran menahan makan diikuti dengan patah azam dan gelojoh makan membawa kesan yang tidak baik kepada badan dari segi kesihatan.

 

Mengapa kitaran lapar dan kenyang berlaku?

Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dengan kata lain otak kita seolah olah menuntut kembali kesedapan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan.Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.

Badannya memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar

untuk dikalahkan. Berperang dengan nafsu makan boleh menjadikan seseorang resah dan lemah.Akhirnya dia mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan untuk makan berterusan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.

Kurus demi kesihatan

Umum mengetahui adalah sangat perlu untuk mengekalkan berat badan yang sepatutnya bukan saja supaya agar kelihatan cantik tetapi juga demi kesihatan. Kesihatan merupakan sebab yang terpenting agar seseorang memperolehi berat badan yang sesuai dengan ukuran rangka badan iaitu berat badan unggul. Kebanyakan teknik yang ditawarkan oleh pusat pelangsingan memperlihatkan kejayaan sementara.Banyak kajian telah membuktikan prinsip-prinsip bagi mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukan hanya dengan berdiet semata mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan anda.Anda perlu menyayangi diri anda dan mendengar bisikan hati nurani anda. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan merasa gembira melalui hari-hari berdiet dengan penuh nikmat. Saya akan mengupas persoalan ini sehingga ke hujungnya dan berharap anda mengikuti ruangan saya setiap minggu. Ini kerana setiap artikel akan mengetengahkan konsep penting yang bakal anda guna pakai untuk menguruskan badan.

Apakah BMR

BMR adalah Basal Metabolic Rate. Maksudnya penggunaan tenaga bagi tubuh semasa kita berehat. Tenaga tetap diguna meskipun kita berehat atau tidur kerana pergerakan jantung usus dan lain lain tetap mengguna tenaga. Namun BMR yang rendah membuatkan banyak tenaga dikumpul menjadi lemak.

Mereka yang mempunyai kadar BMR yang rendah perlu menyedari hakikat ini dan mengambil langkah-langkah meningkatkannya. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan senaman, mengambil makanan beralkali tinggi dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang mempunyai nilai glysemic rendah dan rendah kalori. Contoh-contohnya akan diterangkan pada minggu seterusnya.

 

Sila jawab soalan berikut. Jika jawapan anda YA maka anda mengalami masalah BMR yang rendah.

  Apabila diet berat tidak turun

  Berat naik mendadak apabila makan lebih

  Sukar senaman kerana berasa terlalu letih bila bersenam

  Gemarkan makanan berkarbohidrat dan manis

  Mudah lapar

  Makan sedikit tetapi cepat gemuk

  Tekak inginkan makanan yang manis

  Lapar pada waktu malam

Punca BMR rendah

  Tidak cukup senaman. Senaman yang dimaksudkan adalah senaman ringkas merenggangkan tubuh badan. Senaman meningkat metabolisma akan diterangkan dalam isu akan datang.

  Hypothyroid. Fenomena ini melanda hampir separuh penduduk dunia. Apabila hypothyroid menyerang, seseorang akan mengalami peningkatan berat badan, berasa malas, keletihan, berat badan tidak turun meskipun berdiet, setiap pergerakan menjadi lambat, rambut juga mudah berkelemumur dan fungus mula menyerang.

  Kekurangan insulin. Insulin merupakan hormon paling penting dalam penukaran gula kepada tenaga. Dalam kes ini lemak yang terhasil cenderung berkumpul pada perut dan belakang badan.

  Kesilapan memilih makanan dengan glycemic indeks tinggi menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah.

Stroke Haba Jejas Sistem Badan

Cuaca sekarang yang semakin tidak menentu mendatangkan banyak masalah kesihatan kepada semua orang. Berikutan dari keadaan ini, saya di kunjungi ramai pesakit yang datang ke klinik kerana masalah kesihatan seperti demam.

Pada suatu hari, kes yang saya terima agak berbeza sedikit. Saya di datangi oleh seorang ibu bersama seorang anak perempuan yang sangat lesu, pucat dan tidak bermaya. Kelihatan riak kerisauan di wajah ibu tua tersebut. Saya bertanya ibu kepada wanita muda yang berusia dalam 20-an itu apabila melihat keadaan anaknya. Ibu tersebut menceritakan kisah yang terjadi kepada anaknya yang dikenali dengan nama Ila itu. Ila merupaka seorang pekerja di sebuah kilang di Kajang. Dia merupakan seorang pekerja yang aktif, rajin dan sentiasa cergas dalam menjalankan tugas-tugasnya. Pada tengahari semalam, Ila di temui pengsan di tempat kerja. Sebelum  kejadian berlaku, Ila kelihatan sihat dan tidak mengalami apa-apa kesakitan. Menurut kawan-kawannya juga, dia adalah seorang pekerja yang sangat rajin dan sangat jarang mengambil cuti sakit. Semua rakan sekerjanya juga pelik apabila dia di dapati pengsan secara tiba-tiba. Saya mula memeriksa keadaan Ila. Saya lihat kulitnya agak kemerahan seperti baru lepas berjemur di tengah panas. Saya juga dapati suhu badannya agak panas, tekanan darahnya juga rendah dan jantungnya bedegup sangat laju. Dia berkemungkinan besar mengalami stroke haba (heat stroke).

Strok haba adalah satu keadaan yang disebabkan oleh haba panas yang teruk atau di kenali sebagai hiperthermia dengan suhu badan yang melebihi 40.6 ° C. Ia terjadi disebabkan oleh pendedahan berpanjangan terhadap haba persekitaran yang bersuhu tinggi. Haba biasanya dihasilkan oleh badan apabila terjadinya proses metabolisma. Kebiasaanya haba yang diserap oleh tubuh akan di lepaskan melalui kulit dalam proses penyejatan peluh. Walau bagaimanapun, apabila melakukan aktiviti fizikal dalam cuaca panas yang melampau dengan kadar kelembapan yang rendah, badan tidak mungkin dapat menangani haba persekitaran yang sangat tinggi, menyebabkan haba terkumpul dalam badan dan suhu badan akan meningkat secara mendadak. Selain itu, akibat dari dehidrasi juga menyebabkan sesorang mendapat strok haba. Mereka yang mengalami dehidrasi, tidak akan mengeluarkan peluh dengan cepat, oleh itu suhu badan akan meningkat.

Sesorang yang mengalami strok haba perlu mendapatkan rawatan kecemasan dengan kadar segera. Apabila tidak dirawat secepat mungkin, pesakit boleh mengalami kerosakan otak, jantung, buah pinggang dan juga otot. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan risiko yang lebih teruk sehingga mengakibatkan kematian. Menurut pakar, suhu yang tinggi boleh mengundang kepada komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan sesorang itu koma dan boleh mengundang maut.

Mereka yang berisiko mendapat strok haba:

  • Bayi
  • Warga tua (sering dengan penyakit berkaitan jantung, penyakit paru-paru, penyakit buah pinggang, atau yang mengambil ubat-ubatan yang membuat mereka mudah terdedah )
  • Atlet
  • Individu yang melakukan kerja-kerja fizikal luar yang memerlukan mereka berada di bawah cahaya matahari

Tanda-tanda awal seseorang yang mengalami strok haba (heatstroke):

  • Mengalami suhu badan yang tinggi.

Suhu badan mencecah 400C atau lebih merupakan punca utama sesorang mengalami strok haba.

2)   Perubahan mental dan sikap

Mengalami kekeliruan, kebingungan, pertuturan yang tidak jelas, cepat marah, kecelaruan, sawan dan koma

3)   Perubahan perpeluhan

Strok haba adalah disebabkan oleh cuaca yang panas. Oleh itu, kulit akan menjadi panas dan kering apabila di sentuh. Tetapi,berbeza pula bagi mereka yang mengalami strok haba akibat melakukan senaman berat, kulit mereka akan berasa sedikit lembab.

4) Mual dan muntah

Mereka akan mengalami rasa sakit perut dan juga muntah.

5) Kulit menjadi kemerahan

Kulit pesakit juga akan bertukar menjadi kemerahan akibat dari peningkatan suhu badan.

6) Masalah pernafasan

Pernafasan menjadi laju dan juga tercungap-cungap

7) Degupan kadar jantung yang laju

Degupan nadi akan meningkat dengan ketara disebabkan oleh tekanan haba yang tinggi dan memberikan masalah kepada jantung untuk membantu menyejukkan badan.

8) Sakit kepala

Pesakit akan berasa sakit kepala yang amat dan berdenyut

Dapatkan pemeriksaan segera:

  • Jika anda merasakan sesorang itu mengalami tanda-tanda awal strok haba, jumpa doktor secepat mungkin.
  • Hubungi 911 atau nombor perkhidmatan kecemasan tempatan berdekatan anda.
  • Sementara menunggu ketibaan anggota kecemasan, ambil langkah awal dengan meletakkan pesakit ditempat yang teduh dan berangin
  • Pastikan pesakit mendapat pengudaraan yang cukup di persekitarannya.
  • Jika pesakit memakai pakaian yang ketat dan tebal, buka dan longgarkan pakaian tersebut
  • Sejukkan keadaan pesakit dengan meletakkan pesakit dalam tab berisi air sejuk atau basahkan badan dengan span berair sejuk, atau letakkan pek ais, atau tuala basah di kepala, leher, ketiak dan pangkal paha.

Langkah-langkah mengelakkan strok haba

  • Pastikan badan sentiasa terhidrat dengan mengurangkan aktiviti luar terutamanya apabila cuaca agak terik dan panas
  • Jika anda melakukan aktiviti dalam cuaca yang panas, pastikan minum air masak dengan banyak dan hindari minuman beralkohol dan juga minuman berkaffein yang akan membawa kepada dehidrasi.
  • Kehilangan elektrolit seperti natrium akan berlaku jika seseorang berpeluh dengan berlebihan, oleh itu elektrolit dalam badan perlu di ganti semula untuk mengekalkan hidrasi badan.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya.
  • Pakai pelindung seperti topi dan juga pakaian yang berwarna cerah, ringan dan longgar

Kesan Suami Isteri Kurang Hormon

Kamal dan Zurina adalah pasangan suami isteri yang ideal. Kamal ialah seorang guru manakala Zurina pula merupakan seorang pegawai di sebuah agensi swasta. Setelah hampir 25 tahun membina rumahtangga bahagia dan di kurniakan tiga anak yang sudah dewasa dan kesemuanya sudah bekerja, hidup mereka semakin mudah lantaran tanggung jawab kepada anak anak sudah pun terlaksana. entah mengapa zurina merasakan hidupnya sangat sunyi . Beliau menganggap  kesunyian itu berpunca dari perubahan fasa hidup . kalau dulu rumah riuh rendah dengan telatah anak anak yang membesar tapi kini keadaan jauh berbeza.segalanya sunyi dan sepi.  Bagi mengisi waktu zurina banyak bertemu  dengan sahabat sahabat nya, dia juga banyak  ke spa dan menghabiskan masa bersama rakan rakan dalam persatuan.  Kamal pula lebih senang menghabiskan masa di rumah sahaja .setiap hari dia menonton tv dan melakukan kerja kerja menanam pokok di luar rumah nya .

Akhir nya kedua dua mereka kurang bertegur sapa. mereka juga mula merasakan perhubungan setakat sekadar sekadar sahaja. pelbagai kelemahan pasangan mula di lihat dan mereka juga mula bertengkar tentang perkara  yang remeh temeh.

semasa saya bertemu pasangan ini , saya dapati kedua dua mereka mempunyai ciri ciri kekurangan hormone yang serius.

kekurangan hormone akan menyebabkan seseorang berubah,. seorang wanita yang kehilangan hormone wanita  akan berubah sifat menjadi agresif dan sensitive . Hormon wanita seperti oestrogen dan progesterone mempunyai pelbagai fungsi bukan sahaja dalam membentuk bentuk fizikal manusia tetapi ia turut melibat kan peringkat emosi dan fikiran.

PROGESTERONE

Progesterone adalah penting untuk proses kehamilan. Hormone progesterone semulajadi  dihasilkan oleh ovary dan penting untuk proses penyediaan endometrium (dinding rahim) untuk implantasi embrio. Apabila satu ovary menghasilkan telur, ia juga akan mula menghasilkan progesterone.

Progesterone akan menghentikan ovary yang satu lagi daripada menghasilkan telur kedua. Ini adalah sebab kenapa kebiasaanya wanita mempunyai 1 bayi bagi 1 kehamilan daripada bayi kembar. Hanya 1 dalam 300 bulan sahaja kedua-dua ovary akan mengovulasikan telur pada masa yang sama dan ketika ini anda akan mendapat kehamilan kembar.

Terdapat banyak penyebab berlakunya penurunan kadar progesterone. Antaranya ialah disfungsi hati, dominasi estrogen akibat pencemaran lingkungan, resistensi insulin, stress, diet, kurang senaman dan ubat-ubatan tertentu. Wanita yang kekurangan progesterone akan menunjukkan simtom-simtom seperti:

  • Perubahan mood, keresahan, rasa gugup, ketakutan yang tidak rasional dan mudah meradang
  • Kemurungan
  • Sakit kepala, migraine
  • Hot flush (rasa panas pada waktu malam)
  • Kurang libido/minat terhadap aktiviti seksual
  • Masalah haid seperti haid tidak teratur atau pendarahan yang banyak
  • PMS
  • Menopause dan masalah peri-menopause
  • Masalah payudara, sakit, lembut
  • Endrometriosis
  • Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
  • Kemurungan selepas bersalin (postpartum depression)
  • Kenaikan berat badan
  • Tidak subur
  • Keguguran

Kepentingan untuk mengambil suplemen progesterone

  • Membantu dalam merawat simtom-simtom menopause termasuklah hot flush, perubahan mood, insomnia, berpeluh di waktu malam, kekeringan vagina dan keresahan. Paras estrogen biasanya akan menurun sebanyak 40-60% ketika menopause, tetapi paras progesterone selalunya akan jatuh sehingga kosong.
  • Kelegaan dari simtom PMS.
  • Mengawal pendarahan ketika haid
  • Mengembalikan libido/keinginan seks dan berfungsi sebagai pelincir.
  • Mengembalikan tenaga.
  • Membantu membakar lemak untuk dijadikan tenaga, sekaligus membantu mengawal berat badan.
  • Mengawal kadar insulin. Membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan mengawal keinginan untuk mengambil makanan manis.
  • Bertindak sebagai anti-kemurungan. Progesterone ialah bahan mentah untuk hormone anti-stres serotonin dan dopamine.
  • Merangsang pertumbuhan tulang, melindungi daripada osteoporosis. Ia juga melindungi daripada arthritis, dan bertindak sebagai anti-keradangan yang mengurangkan kesakitan sendi.
  • Mengekalkan dinding rahim semasa tempoh kedua pusingan haid (the luteal phase).
  • Membantu tiroid. Terapi progesterone membantu mengembalikan fungsi normall hormone tiroid.
  • Membantu mengelakkan berlakunya keguguran pada awal kehamilan.
  • Melindungi daripada kanser ovary, endometrial dan payudara.
  • Digunakan untuk membina hormone-hormon penting yang lain.
  • Menormalkan pembekuan darah.
  • Untuk penyakit jantung- berfungsi untuk mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan stress, melenakan tidur, mengurangkan tekanan darah tinggi (bertindak sebagai diuretic semulajadi), memperbaiki integrity dan fungsi sel membrane.

Cara semulajadi untuk meningkatkan paras progesterone dan mengekalkan keseimbangan hormone dalam badan:

  • Elakkan pengambilan makanan dan herba yang meningkatkan paras estrogen.
  • Tingkatkan pengambilan Vitamin B6 dan Vitamin C.
  • Ambil makanan yang mengandungi Zinc.
  • Ambil makanan yang kaya dengan Magnesium.
  • Kawal tahap stress.
  • Ketahui tentang jenis-jenis herba yang perlu diambil dan dielak.
  • Gunakan krim progesterone semulajadi.

Hormone lelaki seperti  testosterone bertindak atas   lelaki bukan sahaja dari segi fizikal tapi emosi dan intelektual.  tanda tanda kekurangan testosterone termasuklah kekurangan nafsu seks dan tubuh berasa lemah .lemak juga berkumpul di sana sini.

seorang lelaki pula akan berasa mudah tertekan dan mudah mengalami stress. kebolehan berfikir dengan rasional akan tergugat manakala mereka juga akan  mengalami pengecutan otot. Gh merupakan hormone yang di hasilkan  oleh kalenjar pineal di otak kita.Kegunaan nya ialah untuk member tumbesaran kepada kita.Sewaktu di dalam perut ibu sehinggal;ah membesar menjadi dewasa gh berperanan merangsang tumbesaran sel sel dalam tubuh kita.bagi orang dewasa pula  ia berperanan memperbaiki sel sel dan membentuk otot yang kuat,Ia juga menghalang pembentukan lemak dalam badan.

Pada usia 30 han jumlah gh yang di rembeskan oleh seseorang akan berkurangan.Pemeriksaan darah menunnjukkan ia berkurangan dengan banyak sehinggalah usia lima puluhan kekurangan ketara akan berlaku .Kekurangan yang ketara itu menyebabkan masalah keletihan menjadi lebih serious.

Tugas tugas Gh dalam tubuh manusia.

Menjaga organ seperti  saiz otak kulit rambut otot tulang dan organ organ dalam tubuh kita.seseorang yang mempunyai masalah dalam penghasilan Gh akan menjadi seperti orang kerdil,saiz badan nya kecil dan pendek sahaja.Kekurangan hormone ini membuatkan kesan penuaan begitu cepat sekali berlaku.

Dengan  kaedah  anti aging terkini masalah ini sudah tentu dapat di atsai.Gantian hormone menjadikan kita kembali segar dan bertenaga.Wajah  akan kelihatan jauh lebih muda dan segar.

Hormon Dalam Lelaki

Banyak e-mel yang dihantar kepada saya datangnya daripada kaum lelaki bertanyakan teknik rawatan estetik yang sesuai bagi meningkatkan penampilan kaum Adam berusia 40-an ke atas. Di zaman ini usia 40-an melambangkan kematangan dan kestabilan kehidupan. Gaya hidup aktif membuatkan kita mahu meningkatkan penampilan dan juga stamina diri. Bagi saya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan kualiti kesihatan. Kini umum sudah mengetahui bahawa apabila usia mula meningkat maka pelbagai penyakit seperti darah tinggi kencing manis jantung dan kanser turut meningkat. Oleh kerana fenomena ini sangat serius dan mengancam nyawa maka kita seharusnya menyekat kehadirannya sebelum ia berlaku. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.

Dalam bidang perubatan anti penuaan masalah dikesan dan dihindari sebelum terjadi. Dengan kata lain doktor mengesan dan merawat sebelum terjadinya penyakit. Konsep ini sebenarnya ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Jika seseorang yang berusia 40-an mengadu keletihan dan kekurangan tenaga maka doktor perlu mengadakan pemeriksaan paras hormon dalam darah dan mengesyorkan terapi ozon dan anti oksida di samping penambahan hormon. Ia dilakukan bagi mengaktifkan kelenjar hormon dalam badan.

Apakah rawatan yang sesuai dilakukan oleh kaum Adam bagi mendapatkan semula kulit wajah yang tampak segar dan muda?

Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi oleh hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala hormon estrogen mempengaruhi kulit wanita.Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak dari kulit wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari berbanding kulit wanita. Sebab itulah wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki yang seusia dengannya. Namun begitu , semakin berusia kulit lelaki menjadi semakin nipis , manakala kulit wanita tidak berubah ketebalannya.Berbanding dengan kulit wanita, kulit lelaki mempunyai pori-pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan saluran darah lebih banyak. Oleh itu kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hidrolitik di permukaan kulit menyebab kan kulit menjadi lebih sensitif. Kesan bercukur yang bertahun-tahun menyebabkan kulit kusam dan pori-pori menjadi luas.

Pengaruh hormon kepada lelaki

Hormon yang penting bagi lelaki adalah

1)Testosteron

Merupakan salah satu daripada hormon seks yang penting bagi kesejahteraan lelaki. Ia meningkatkan mood dan memberi rasa segar kepada lelaki. Lelaki yang mempunyai hormone testosteron yang cukup mempunyai tubuh yang segar dan sasa. Tanpa testosteron kulit juga mula berkedut dan menjadi kecut.Testosteron menjaga kelenjar prostat pada lelaki agar menjadi kekal sihat dan tanpanya kelenjar ini menjadi bengkak. Keadaan ini dipanggil Benign Prostatic Hyperplasia dan jika tidak dijaga akan berubah menjadi sel kanser yang menakutkan. Mereka yang mengalami masalah prostat akan mendapat jangkitan pada pundi kencing dan juga masalah kencing tidak lawas.Lelaki yang mengidapi masalah ini pastinya akan resah kerana sering terganggu akibat panggilan ke bilik air yang terlalu kerap.

Kekurangan testosteron mengakibatkan nafsu keupayaan seks terganggu. Nafsu seks dipengaruhi secara langsung oleh hormon testosteron. Hormon tersebut juga menjadikan tubuh lelaki tegap dan sasa. Tanpanya tubuh akan mula mengecut dan menjadi tidak stabil.Hormon testosteron turut merangsang mood dan minda seorang lelaki. Lelaki yang kurang testosteron akan sering berdebar-debar, berasa resah dan cepat marah.Dari segi kesuburan pula hormon ini mempunyai kesan terus ke atas sel-sel leydig dan sertoli pada testis bagi menghasilkan sperma. Apabila kurang testosteron maka tahap kesuburan lelaki juga akan turun. Testosteron banyak mempengaruhi darah kita. Seorang lelaki yang paras testosteronnya baik akan mempunyai tahap kolestrol yang baik. Kekurangan testosterone menjadikan tahap kolestrol dalam badan bertambah.

Dari segi rupa paras pula seseorang yang tidak cukup testosteron akan tampak tua. Kulitnya lebih berkedut berbanding mereka yang cukup testosteron. Penampilan mereka juga akan tampak murung dan kurang yakin. Apabila mendapat testosteron yang cukup seseorang menjadi lebih yakin dan perubahan yang menakjubkan dapat dilihat. Bentuk tubuh seseorang yang kurang testosteron kelihatan agak menggeleber. Perutnya agak besar dan buncit manakala lemak pula mudah berkumpul. Ini membuatkan lelaki menjadi kurang keyakinan diri dan tenaga pula merosot.

Ujian darah

Ujian darah boleh di lakukan bagi meneliti tahap hormon dalam tubuh seseorang lelaki. Bagi saya ujian ini bagus kerana ia boleh memberikan gambaran sebaik mana peningkatan yang dapat dicapai apabila terapi dibuat. Ia juga dapat membantu mengesan kekurangan yang ketara dan dapatlah kita memberi perhatian segera terhadap masalah yang dihadapi oleh seseorang.

Contohnya

Hisham berusia dalam lingkungan 55 tahun. Beliau sangat prihatin dalam soal penjagaan kesihatan, tidak merokok dan rajin bersenam. Beliau hairan apabila disahkan oleh doktor menghidap kencing manis. Walaupun berat badannya ideal dan jarang mengambil gula dalam makanan, namun beliau mendapat penyakit kencing manis.

Sejak akhir-akhir ini beliau berasa sangat letih dan lesu. Wajahnya juga tampak tua dan layu. Beliau juga berasa murung dan mudah bosan dalam aktiviti seharian. Menurut rekod pemeriksaan doktor, paras gula di dalam darahnya adalah normal kerana beliau mengamalkan memakan ubat kencing manis mengikut arahan dan menjaga pemakanan.Ujian darah menunjukkan beliau mengalami masalah hormon yang rendah. Bukan saja paras hormon insulin rendah namun hormon-hormon lain juga juga telah merosot. Setelah menjalani terapi barulah dia merasa bertenaga semula dan semakin bersemangat menjalani kehidupan. Setelah terapi penambahan hormon dibuat ternyata perubahan

yang menakjubkan berlaku. Bukan sahaja paras gula di dalam badannya menjadi seimbang malah beliau juga menjadi lebih bersemangat dan bertenaga semula. Beliau tidak murung lagi dan yang hatinya berasa riang dan tenang. “Saya bagaikan mendapat kehidupan baru yang lebih indah,” katanya.

Berusia Tetap Menarik

Wanita berhemah tinggi itu memperkenalkan dirinya sebagai Azah. Katanya dia sudah lama berhajat untuk bertemu saya dan berbesar hati kerana dapat melaksanakan hasratnya.BARU-baru ini saya dikunjungi wanita berusia 50-an. Tanpa sebarang temujanji, beliau muncul di klinik. Katanya dia datang dari Melaka. Untuk tidak menghampakan hasratnya yang datang dari jauh pembantu saya Amy Lisa terus membawanya berjumpa saya.

Dia datang ditemani anak dan menantunya. “Suami saya banyak urusan. Insya Allah saya ajak dia datang,” jawabnya bila ditanya perihal suaminya.

Azah terus merujuk masalah yang mengganggu kehidupannya sejak akhir-akhir ini. Dia menunjukkan mukanya yang mempunyai banyak garisan dan lekuk di sana-sini. Mulutnya tidak henti-henti bertanya bagaimana mahu mengurangkan garisan tersebut. Dia juga memberitahu telah mencuba pelbagai krim tetapi tidak berhasil.

Saya meneliti wajahnya. Bahagian bawah mata berlekuk tidak sekata. Dalam istilah perubatan estetik masalah tersebut dinamakan eye bag. Garis halus dan kasar memenuhi dahi. Pipinya masih tegang tetapi terdapat kesan lekuk di kiri kanan bibir. Ia memberi kesan wajah murung dan senyuman yang terukir tidak nampak serinya.

Pada mata pula terdapat banyak kesan kedut yang membuatkan dia kelihatan kurang menarik. Mata yang berkedut membuatkan seseorang kelihatan mengantuk. Masalah seperti ini kerap melanda mereka yang berkulit kering. Oleh kerana kelembapan kulit sukar dikawal, kulit akan tampak cepat tua dan berkedut. Mereka yang kulit berminyak pula beruntung kerana lambat sedikit mengalami masalah kulit berkedut.

”Saya tahu saya dah tua. Saya pun bukan nak jadi muda tapi saya tak suka bila semua orang yang memandang saya pasti bertanya kenapa saya kelihatan terlalu sedih. Padahal

saya seorang yang riang. Agaknya air muka saya melambangkan kesedihan. Garis-garis pada wajah saya menyebabkan saya kelihatan seperti orang runsing. Cuba tengok garis pada kening saya . Ia membuatkan wajah saya tampak berkerut sentiasa,” panjang celoteh nenek kepada sepuluh cucu itu.

Penampilannya juga menyebabkan dia digeruni oleh cucu-cucunya.

Memang benar kita semua tidak dapat lari daripada menjadi tua namun wajah yang terlalu berkedut amat tidak menyenangkan dan membuat seseorang mudah berasa rendah diri.

Saya menerangkan kepada beliau wajah kita umpama topeng muka. Ia boleh kelihatan manis atau masam bergantung kepada garisan dan lekuk pada muka. Wajah melambangkan perasaan muka. Kita dianugerahkan mimik muka bagi menzahirkan apa yang kita rasa menerusi wajah.

Apa yang perlu dilakukan adalah menaikkan pipi dan menghapuskan garisan yang amat ketara itu. Jika kita meletakkan semula kedudukan pipi dan mulut ke aras yang sepatutnya, maka sudah tentu muka akan tampak manis dan seolah-olah tersenyum. Justeru garisan dan lekuk pada wajah perlu dibetulkan jika seseorang mahu kelihatan berwajah riang.

Apabila usia meningkat, otot otot muka akan kendur dan menjadi kurang elastik di samping kolagen semulajadi juga akan hilang. Pigmentasi mula berlaku terutamanya pada kedua pipi. Hal ini terjadi kerana faktor kekurangan hormon progestron dalam badan.

Rawatan

Saya membuat rawatan secara berperingkat untuk membantu Azah mengatasi masalah yang dihadapinya.

Peringkat pertama adalah memasukkan filler hyaluronic bagi menggantikan semula kolagen yang hilang dari kulit.

Dengan hyaluronik filler saya mula mengisi ruang kosong akibat kehilangan kolagen.

Hasilnya wajah Azah kelihatan kembali tegang. Lekuk-lekuk yang membuat muka tampak kendur lenyap dan wajah kembali segar. Langkah kedua adalah dengan teknik serdev suture (telah diulas dalam isu-isu sebelum ini) untuk mengangkat semula kulit wajah kendur.

Selepas serdev suture, pipi kelihatan terangkat ke kedudukan yang lebih tinggi sedikit dan kening yang jatuh turut terangkat dengan cantik.

Selepas itu saya menggunakan anti kedutan bagi menghapuskan kesan kedutan dan laser resurfacing bagi meningkatkan keanjalan wajah.

Terdapat banyak jenis hyaluronik yang boleh digunakan untuk mencantikkan struktur wajah dan tubuh badan seseorang. Ada sistem hyaluronik yang boleh bertahan selam enam bulan, setahun dan terdapat juga yang bertahan selama lima tahun. Ketahanannya bergantung kepada jalinan asid hyaluronik yang digunakan.

Hormon bioidentical

Bagi meningkatkan paras hormon wanita menopaus, saya mencadangkan penggunaan hormon bioidentical yang mudah iaitu secara sapuan sahaja bagi menggantikan hormon yang berkurangan dalam tubuh.

Apabila hormon rendah seorang wanita akan berasa agak tertekan perasaannya, murung dan bosan meskipun tiada sebab yang munasabah. Apabila paras hormon ditingkatkan dia akan berasa lapang dan kembali ceria.

Pigmentasi Akibat Kosmetik Beracun

 

Minggu lepas, perunding kecantikan Marissa Aesthetic Shah Alam menjawab satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang mempunyai masalah kulit misteri. Wanita tersebut ingin membuat temujanji dengan saya. Kebetulan pula saya berada disana, jadi saya sempat bertanyakan masalah yang dihadapi oleh beliau melalui telefon dan merayu supaya saya menunggu beliau sehingga beliau tiba di Marissa Aesthetic Shah Alam. Sebelum itu, beliau memperkenalkan diri sebagai Puan Norizah, berusia 35 tahun dan tinggal di Ampang, Kuala Lumpur.

“Doktor, saya pun tak faham dengan masalah kulit saya ni. Bila saya menggunakan produk untuk mencerahkaan kulit, kulit saya semakin gelap seperti hangus terbakar. Dah banyak produk saya cuba untuk mencerahan kulit saya, tapi hasilnya semua ‘reverse’.  Produk yang pakai bukan mencerahkan tetapi sebaliknya ia menggelapkan. Bila saya berhenti pakai produk, kulit muka saya tetap tidak menunjukkan  sebarang perubahan. Doktor, tolonglah tunggu saya. Pukul 5 petang saya sampai ke sana. Saya betul-betul perlukan bantuan doktor. Saya dah penat cuba macam-macam cara. Dah penat buat rawatan di merata tempat. saya nak sangat jumpa doktor untuk rujuk masalah kulit saya ni. Saya hampir putus asa.” Rintih Puan Norizah.

Rintihan Puan Norizah, menimbulkan rasa simpati dalam hati saya. Masalah seperti ini merupakan salah satu pendorong saya untuk mendalami ilmu estetika lantas saya  menghadiri  kursus di Eropah 10 tahun yang lepas. Tidak semua penyakit itu sama. Masalah pigmentasi adalah suatu penyakit senyap yang memakan self esteem seseorang. Ia mencelakan wajah dan menimbulkan rasa rendah diri dalam jiwa. Oleh itu, saya bersetuju untuk menunggu beliau untuk menganalisis dan memahami keadaan kulit beliau secara teliti.

Tepat jam 5 petang, Puan Norizah tiba di Marissa Aesthetic Shah Alam bersama suami tercinta. Beliau terharu apabila melihat kelibat saya . Pada masa yang sama, keadaan muka beliau membuat saya terkejut dan bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya saksikan. Keadaan muka beliau lebih teruk dari yang saya sangka. Seluruh muka hingga ke leher gelap seperti disambar api.

“Doktor, tolong lah saya. Saya tak nak putih melepak. Saya cuma nak warna kulit saya yang asal. Saya nak tahu dan atasi masalah kulit saya ni. Saya dan suami dah letih sangat cari punca maslaah kulit saya ni. Kami pergi doktor pakar kulit pun, hanya krim di bagi. Bila saya sapu krim tu, menyebabkan kulit saya kering dan tidak ada perubahan. Saya datang ke sini pun, saya kuatkan hati kerana saya dah putus asa. Saya dah tak tahu nak buat apa.” Rayu Puan Norizah dan suami.

Saya kagum dengan kecekalan beliau yang sabar dengan dugaan yang di hadapi. Dan saya berazam akan membantu beliau .

Apa  itu jeragat?? Jeragat atau nama saintifiknya adalah melasma. Melasma adalah perubahan warna kulit yang muncul di muka. Melasma dapat dibahagikan kepada dua iaitu melasma epidermal dan melasma dermal. Kebiasaannya kedua-duanya akan hadir bersama. Melasma adalah penyakit kulit biasa, namun jika dibiarkan tanpa rawatan akan menjadi serius sehingga boleh menyebabkan kanser kulit. Penyakit ini boleh menyerang bukan sahaja perempuan, malah lelaki juga berisiko mendapat penyakit kulit ini.

Antara faktor yang boleh menyebabkan pigmentasi berlaku. Antaranya ialah penyalahgunaan kosmetik, terlampau terdedah kepada cahaya UV, mempunyai masalah hormone, kekurangan vitamin, masalah keturunan dan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat kencing manis, darah tinggi dan pil perancang.

Selepas menganalisis masalah kulit yang dihadapi oleh Puan Norizah, saya dapati beliau mempunyai penyakit kulit yang tidak merbahaya namun dianggap kronik iaitu hyper-pigmentation.

Berdasarkan kisah Puan Norizah yang di ceritakan kepada saya, sudah jelas bahawa kulit beliau menghadapi hyper-pigmentation disebabkan penyalahgunaan kosmetik. Hal ini berkemungkinan salah satu alat kosmetik yang digunakan oleh beliau sebelum ini mengandungi bahan kimia yang keterlaluan sehingga menyebabkan melanin kulit Puan Norizah rosak sehingga ke tahap melanin kulit Puan Norizah ‘reverse’ apabila beliau cuba memakai produk pencerahan.

Di Marissa Aesthetic, rawatan yang digunakan untuk memulihkan masalah jeragat adalah sapuan  vitamin dan laser. Penggunaan produk yang sesuai juga dapat membantu.

Menurut pakar estetik, jeragat mempunyai pembuluh darah yang hidup atau lebih mudah digelarkan sebagai akar jeragat. Pembuluh darah yang hidup ini membolehkan jeragat semakin besar dan bertambah hitam. Suntikan jenis tranxemenic dalam dos yang kecil   membantu masalah jeragat.

Rawatan laser medlite digunakan untuk menghilangkan jeragat, tatu, dan tanda lahir dengan lebih berkesan tanpa meninggalkan sebarang parut. Kaedah tersebut adalah dengan menggunakan Q-Switched Nd:Yag laser (Medlite C6). rawatan ini menggunakan konsep “photo acoustic” yang dihasilkan oleh Medlite C6. Photo acustic bermaksud cahaya laser ini amat selektif kepada kehadiran pigmen. sebagai contoh,apabila laser dipancarkan di kawasan jeragat, pancarannya akan memecahkan dakwat di lapisan dermis kepada partikel lebih halus tanpa merosakkan lapisan atas kulit.

Laser jenis ini mampu masuk ke dalam kulit sehingga mencapai ketebalan beberapa milimeter. Tenaga haba yang dihasilkan oleh laser agak perit namun teknik ‘coolant’ dan menyapu ubat kebas dikawasan yang mahu dirawat menjadikan prosedur ini agak selesa.

Apabila medlite dipancar ia akan memecahkan pigmen menjadikan kulit tampak bersih dan cerah. Kebaikan lain menggunakan medlite adalah kulit akan mengalami peningkatan kolagen membuatkan kulit akan tampak semakin muda.

Proses ini memerlukan beberapa sesi untuk menghilangkan semua kesan dakwat tatu,tanda lahir,jerawat dan sebagainya tetapi ia sangat berkesan, selamat dan tidak meninggal kan sebarang parut. Faktor tidak meninggalkan parut ini menjadikan Medlite C6 satu kaedah membuang tatu yang digemari ramai.

Cara laser dipancarkan juga adalah mudah. Oleh kerana laser yang digunakan agak terang cahayanya maka pelanggan dan doktor merawat akan memakai cermin mata gelap. Selain daripada itu tidak perlu langkah-langkah lain.

Penggunaan produk yang betul dapat membantu memudarkan warna jeragat @ pigment. Marissa Aesthetic mempunyai produk yang dihasilkan daripada minerals dengan campuran vit c yang dinamakan White & Glow Gel. Produk ini di jamin selamat daripada bahan kimia kerana di formulasi sendiri oleh saya.

Antara kebaikan mendapatkan rawatan pigmentasi :

  • Menghilangkan pigmentasi, melasma, tompok hitam, warna kulit tidak sekata, dan parut.
  • Mencerahkan kulit wajah.
  • Mengecilkan liang pori yang terbuka.
  • Tidak menyakitkan, selamat, dan berkesan.
  • Kulit menjadi halus dan cantik.
  • Menjadikan kulit lebih anjal.
  • Mengaktifkan pertambahan lapisan kolagen yang berkurangan akibat penuaan.
  • Menghapuskan melanin didalam epidermis yang tebal, dengann memecahkan melanin tersebut kepada partikel.

Wajah bebas daripada masalah menjadi idaman setiap wanita termasuklah bebas daripada masalah jeragat. Gabungan 3 rawatan ini akan membebaskan wajah daripada masalah jeragat yang dihadapi oleh majoriti golongan wanita.

Serdev Kegemaran Wanita

Seorang wanita berusia lingkungan 40-an berkunjung ke klinik Marissa Aesthetic di Semenyih. Beliau berasal dari Pulau Pinang. Wanita yang bekerjaya sebagai pensyarah itu memperkenalkan diri sebagai Puan Zura. Beliau datang selepas membuat temujanji segera kerana sudah tidak tahan menanggung perasaan sedih dengan teguran orang sekeliling. Mendengar rungutan itu, membuatkan saya tak sampai hati membiarkan dia terus memendam rasa lebih lama. Jadi saya bersetuju untuk berjumpa pada keesokan hari.

Pada mulanya, Puan Zura berat lidah untuk berkongsi masalah kerana tidak tahu bagaimana hendak memulakan sesi bicara. Selepas beberapa minit, Puan Zura meluahkan perasaan beliau. “Saya dengan suami tak jauh beza pun Doktor. Tua suami 2 tahun daripada saya. Tapi kenapa suami pandang saya macam saya jauh lebih tua daripada dia? Kecewa dan sedihnya perasaan saya bila suami tak nak bawa saya semasa majlis makan malam di syarikat tempat dia bekerja dengan alasan saya macam makcik dia. Saya akui muka saya dah banyak kedutan, tambah pula pipi dah menggelebeh. Tapi itu kesan daripada kerjaya saya. Bekerja sebagai pensyarah nampak sahaja mudah tapi hakikatnya penuh dengan tekanan. Tambahan lagi kerja di rumah. Itu pun untuk diri dia. Tapi kenapa dia layan saya macam ni?” Rintih Puan Zura.

Apabila saya menganalisis keadaan kulit wajah Puan Zura, hasilnya seperti yang beliau nyatakan sendiri. Pipi beliau sedikit menggelebeh dek kerana tekanan yang dihadapi bekerja sebagai pensyarah. Selain itu, kedutan juga sedikit kelihatan.

“Apabila suami berjalan dengan anak semasa menghadiri majlis perkahwinan, orang pasti akan anggap anak saya tu isteri kepada suami. Sentap juga bila dengar orang cakap macam tu, walhal saya ada bersama mereka.” Tambah Puan Zura.

­­————————————————————————————————————————————–

Kecantikan dengan wanita memang tak dapat dipisahkan, bagai isi dengan kuku. Setiap wanita mengidamkan penampilan dan wajah yang menarik. Bagi wanita yang sudah berumahtangga, kecantikan perlu dijaga untuk sang suami tercinta. Namun, apakah definisi sebenar bagi kecantikan?

Definisi kecantikan sangat umum. Setiap individu menilai kecantikan dari pelbagai sudut berbeza. Antaranya ialah sudut luaran dan dalaman. Sudut luaran merangkumi  wajah, badan yang langsing, dan penampilan yang kemas. Manakala kecantikan dari sudut dalaman merangkumi sikap, budi pekerti, sopan santun dan rohani. Sebahagian menilai kecantikan sudut luaran seiring dengan kecantikan sudut dalaman.

Wajah merupakan salah satu aspek kecantikan yang akan di nilai terlebih dahulu kerana sudah lumrah manusia berjumpa dengan orang ramai. Wajah juga memainkan peranan besar. Kita dianugerahkan mimik muka bagi menzahirkan emosi. Selain itu, wajah juga akan menentukan tahap keyakinan diri seseorang. Wajah yang berkedut akan melambang usia seseorang. Semakin banyak kedutan, seseorang akan kelihatan semakin berusia.

Merujuk kepada keadaan wajah Puan Zura, kelihatan garis-garis halus (kedutan ) di sekitar mata dan dahi. Oleh sebab garis-garis halus ini, Puan Zura yang berusia 40-an kelihatan seperti usia beliau 50-an. Pipi beliau juga sudah menggelebeh. Namun, bagaimana kedua-dua masalah ini terjadi?

Kedutan berlaku apabila tubuh badan menghadapi proses hidrasi. Proses hidrasi pula berlaku apabila tubuh badan kekurangan air. Hal ini akan menyebabkan kulit menjadi kering yang menjurus kepada terjadinya kedutan. Oleh kerana kelembapan kulit sukar dikawal, kulit akan tampak cepat tua dan berkedut.  Hal ini berbeza dengan orang yang mempunyai kulit berminyak. Mereka akan lambat menghadapi masalah kedutan.

Pipi menggelebeh pula berlaku seiring dengan peningkatan usia selain daripada kekurangan hormon. Hal ini kerana apabila usia meningkat, otot-otot muka akan kendur dan menjadi kurang elastik di samping kolagen semulajadi juga akan hilang.

Sebagai manusia, sememangnya kita tidak akan lari daripada tua, tetapi kedutan yang terlampau banyak amat tidak menyenangkan dan menyebabkan seseorang kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Kaedah estetika dapat membantu menghilangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit agar tampak lebih segar dan ceria. Kita tidak mahu mengubah muka menjadi orang lain. Sudah pasti hal itu juga salah di sisi agama. Yang kita mahukan hanya ingin memelihara dan merawat wajah semulajadi kita agar sentiasa manis dan menarik. Itu lah peranan sebenar perubatan estetika.

Apa yang perlu dilakukan adalah menaikkan pipi dan menghapuskan garisan yang amat ketara itu. Jika kita meletakkan semula kedudukan pipi dan mulut ke aras yang sepatutnya, maka sudah tentu muka akan tampak manis dan seolah-olah tersenyum. Justeru garisan dan lekuk pada wajah perlu dibetulkan jika seseorang mahu kelihatan berwajah riang.

Secara saintifik muka kita disokong oleh otot-otot. Otot yang bergerak digunakan bagi pergerakan seperti sewaktu makan, meniup belon juga sewaktu senyum. Otot yang tidak bergerak terdapat pada muka berfungsi untuk memegang muka. Apabila dimamah usia otot-otot menjadi kendur dan lembik membuatkan muka nampak berkerut dan jatuh. Jika otot ini dapat ditegangkan maka hasilnya muka akan tampak tegang semula. Sementelah apabila usia menganjak ke 40-an ke atas, semua otot mula longgar dan ke bawah.Persoalannya, wujudkah rawatan yang boleh membetulkan semula kedudukan otot-otot muka ni??

Rawatan serdev adalah rawatan yang tepat dan terbaik.

TEKNIK SERDEV

Apa itu serdev?? Serdev adalah salah satu rawatan yang bertujuan untuk menengangkan. teknik ini diaplikasi dengan meluas di Barat dan di benua Eropah. Orang Eropah sangat sukakan Teknik Serdev. Mereka menggunakannya dengan meluas bagi menegangkan muka mencantikkan punggung (agar tidak jatuh), buah dada, mengecilkan hidung yang kembang dan pelbagai lagi. Baru 5 tahun teknik ini diperkenalkan di Malaysia. Sudah tentu kita belum sampai ke tahap orang eropah. Oleh itu, di negara kita menggunakan teknik serdev untuk menegangkan muka. Teknik ini dicipta bagi mereka yang mahukan wajah dan bahagian-bahagian yang kendur kelihatan tegang dan mantap.

Rawatan ini menggunakan benang khas yang diletakkan di bawah kulit kepala. Benang ini mampu menarik otot yang memegang muka ke atas semula. Teknik Serdev dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi kerana ia tidak memerlukan bius keseluruhan (general anesthesia). Sebaliknya hanya memerlukan bius yang sangat minimum pada kulit kepala sahaja.

Uniknya, rawatan serdev tidak memerlukan masa yang panjang sehingga perlu tinggal lama di wad misalnya untuk mendapatkan wajah yang cantik dan kelihatan lebih muda.

Hanya mengambil masa selama satu hingga 2 jam, pelanggan mendapatkan rawatan tersebut tidak merasa merasa sebarang kesakitan dan tidak akan mengganggu masa harian mereka.

Selain daripada rawatan yang menjimatkan masa, rawatan ini juga sangat ringkas kerana hanya menggunakan benang dan jarum. Oleh itu, rawatan ini selamat, berkualiti kerana dapat bertahan selama 10 tahun, berkesan tiada kesan sampingan, dan benang yang digunakan juga halal kerana berasaskan tumbuh-tumbuhan serta mengandungi probiotik, vitamin-vitamin, vitamin C, kolagen dan fiber.

Oleh kerana ia begitu sesuai bagi kita yang aktif bekerja ia turut dikenali sebagai non incisional face lift atau non scar method. Rawatan boleh digunakan untuk mengangkat kening yang jatuh, dan kelopak mata yang kendur membuat mata lebih luas terbuka.

Estrogen Punca Lelaki Gemuk

SAYA tidak menyangka bertemu dengan sahabat lama, Zack. Semasa sama menuntut di universiti dia merupakan seorang pemuda yang kacak dan diminati ramai. Saya terkejut melihat penampilan Zack yang sungguh merosot. Tubuhnya gemuk, berlemak dan perutnya buncit. Wajah Zack juga kelihatan bengkak dan bawah mata terdapat banyak lemak yang menjadikan dia tampak lebih berusia.

Meskipun begitu Zack tatap seorang lelaki budiman dan berhemah tinggi. Menurut Zack dia mengidap masalah kencing manis dan tahap kolesterolnya meningkat. Isteri Zack sempat berbisik kepada saya bahawa suaminya sangat emosional dan tertekan dengan keadaan dirinya sekarang. Pelbagai amalan diet dan senaman telah dilakukan namun tidak berkesan. Dia ingin tahu jika ada kaedah anti penuaan boleh membantu memulihkan keadaan suaminya.

Pada usia yang baru mencapai 42 tahun Zack sepatutnya terus sihat menikmati kehidupan yang penuh warna-warni. Sebaliknya dia kelihatan keletihan dan tidak bermaya. Saya simpati kepadanya.

Beberapa dekad yang lalu jangka hayat seseorang manusia hanyalah setakat 45 tahun sahaja. Pada tahun 1950-an, 45 merupakan usia emas. Mereka yang mencecah 45 tahun dianggap terlalu tua. Oleh itu pada usia 50-an mereka disuruh bersara dan dianggap tidak lagi produktif.Kemajuan kesihatan yang pesat membolehkan jangka hayat meningkat ke usia 6o-an. Pada tahun 1980-an dan terkini jangka hayat seseorang dijangka meningkat sehingga 90 tahun pula.

Jelaslah kepada kita kemajuan sains perubatan bukan sahaja membawa peningkatan dalam kualiti kesihatan malah ia turut meningkatkan jangka hayat. Maka usia 40-an bukanlah dianggap sebagai usia emas lagi. Sebaliknya usia 40-an dianggap paling stabil bagi seseorang kerana pada usia sebegini beliau sudah matang dalam mengendalikan kehidupan dan mencapai tahap memberangsangkan dalam kerjaya.Malangnya apabila usia mencecah angkat 40 kita dihadapkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Syarikat-syarikat insurans mula menawarkan pelbagai skim perlindungan dan kos penjagaan kesihatan turut meningkat.

 

Mengapakah pada usia yang sebegini kita mula didatangi gejala pelbagai penyakit.

Masalah jantung, paru-paru, kolesterol, penyakit hati, kencing manis dan lain-lain lagi akan turut menyerang. Begitu juga kanser dan masalah prostatik bagi lelaki selain masalah dementia (hilang ingatan atau nyanyuk) dan atherosklerosis (penebalan arteri). Kualiti kehidupan turut merosot dengan tubuh badan mengecut dan lemah serta tulang yang rapuh. Apabila lemak berkumpul di sana-sini dan perut menjadi buncit maka pasti mengundang rasa kecewa kepada lelaki.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa prinsip mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukannya hanya dengan berdiet semata-mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan anda.

Anda perlu menyayangi diri dan mendengar bisikan hati nurani anda. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan berasa gembira melalui hari hari berdiet dengan penuh semangat dan dedikasi. Sebaliknya jika anda cuba memaksanya menjadi kurus, anda akan dibelenggu perasaan kecewa dan keletihan semata-mata.

Untuk membakar lemak tubuh memerlukan bahan api iaitu hormon memecah lemak yang cukup. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. Hormon yang bertanggungjawab bagi penyimpanan lemak adalah hormon estrogen.

Apabila usia meningkat makan paras hormon turut merosot. Hormon yang penting bagi lelaki ialah testosteron, DHEA dan juga hormon GH (growth hormone). Selain itu hormon tiroid (T3 dan T4) juga penting kerana ia membolehkan aktiviti metabolisme menjadi lancar. Tanpanya seseorang akan menjadi gemuk dan sukar kurus meskipun mengamalkan diet yang ketat.

Estrogen merupakan hormon yang banyak dihasilkan oleh lemak kita. Tidak kira lelaki atau wanita semuanya mempunyai hormon estrogen di dalam tubuh bagi aktiviti tubuh kita. Sedikit hormon estrogen adalah penting tetapi apabila sel lemak meningkat ia turut menghasilkan hormon yang tidak berkualiti (bad estrogen). Hormon jenis ini hanya akan bersifat mengumpul lemak sahaja. Ini bermakna lemak yang sedia ada akan memanggil lemak-lemak baru dan akhirnya kuantiti lemak menjadi banyak. Justeru hormon estrogen terdapat dengan banyak dalam tubuh kita. Kekurangan hormon lain membuatkan estrogen semakin banyak sehingga kita menjadi sukar untuk kurus semula.

Pengambilan anti-estrogen adalah penting bagi memastikan lemak dapat dilepaskan. Setelah anti estrogen diberi barulah seorang lelaki dapat memecahkan lemak dengan efektif. Setiap senaman yang dilakukan akan berkesan dan perut mula menjadi kempis. Lelaki juga akan merasakan tenaganya meningkat, stamina bagi aktiviti berat menjadi lebih baik. Begitu juga keperluan seks mereka akan lebih terpenuh disebabkan kestabilan dalam emosi dan tenaga seksual yang bertambah. Apabila lemak berkurang maka pengeluaran estrogen juga akan berkurangan daripada lemak-lemak itu. Pengurangan dalam kuantiti estrogen memberi kesan yang baik kepada lelaki kerana ia membolehkan hormon lelaki iaitu testosteron berfungsi. Kehadiran hormon estrogen yang banyak merosakkan hormon testosteron.

Sebenarnya makanan berasaskan tumbuhan juga mengandungi hormon estrogen yang banyak yang boleh menambahkan saiz perut seseorang. Adalah tidak benar jika seseorang mahu cepat kurus maka dia harus makan sayuran sahaja. Diet yang berasakan sayuran sahaja belum menjamin seorang itu boleh cepat kurus. Seorang teman yang mengamalkan diet sayuran mengeluh tidak dapat mengecilkan saiz pinggang setelah sebulan berdiet memakan sayuran. Estrogen yang tinggi di dalam sayur-sayuran itu membuatkan saiz badannya tetap gempal. Setelah diberikan anti estrogen dan dikenal pasti hormon tambahan yang diperlukan barulah dia dapat merubah bentuk badannya sebagaimana yang diinginkan.

Tidak dinafikan senaman dan gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana ia mampu menstimulasikan kelenjar hormon kita agar bekerja secara optimum. Apabila paras hormon tinggi maka darah kita menjadi muda semula. Dengan cara ini kesihatan dapat diperolehi dengan menyeluruh dan anda pasti kembali tampan dan kacak semula.

Kurus tanpa ‘didera’, dipaksa

Kurus tanpa ‘didera’, dipaksa

SAYA bertemu Dr. Natasha Ramli dari Puchong. Kami membincangkan isu-isu menarik berkenaan masalah obesiti. Menurut beliau, isu-isu hormon, enzim metabolik dan masalah obesiti tidak harus dipandang ringan malah ia sepatutnya menjadi agenda utama dalam kehidupan kita. Obesiti yang gagal ditangani sepatutnya dipandang serius dan bukannya dilihat dari sudut kecantikan semata-mata. Ia juga bukannya satu bahan jenaka dan tidak wajar bagi pesakit obesiti disalahkan atau dianggap mereka menjadi sedemikian kerana banyak makan semata-mata.

Cuba anda fikirkan kenyataan ini.

Seseorang akan menjadi gemuk apabila makan banyak. Seseorang akan menjadi kurus semula apabila makan sedikit.

Jika fakta ini benar maka kita tidak perlu bersusah payah menjalani rawatan pelangsingan atau mengambil apa apa ubat sekali pun. Bagi merawat obesiti. Memadailah dengan makan sedikit, seseorang itu akan dapat menurunkan berat. Namun itu tidak berlaku kerana tubuh kita memerlukan hormon dan enzim bagi memecahkan lemak kepada air, ketones dan tenaga. Proses ini dinamakan ketosis. Ketosis membuatkan seseorang bertenaga dan segar. Apabila hormon rosak maka enzim dalam tubuh tidak dapat bertindak dengan baik. Ini menyebabkan lemak tidak pecah. Usaha berdiet pada waktu ini menjadi sia-sia. Seseorang yang obes seperti ini tidak dapat menjana tenaga daripada lemak. Dia menggunakan tenaga yang diperoleh daripada makanan yang dimakan. Oleh itu dia sering lapar selain suka minuman dan makanan manis. Gula yang diproses sangat disukai kerana ia dapat digunakan oleh semua sel dalam tubuh. Sel-sel lemak juga mula menyimpan gula sebagai lemak simpanan menyebabkan semakin lama lemak semakin tebal. Organ-organ dalam tubuh juga mula diselaputi lemak. Ini menyebabkan fungsi sel semakin lemah.

Tubuh seseorang yang obes juga mendapat tenaga daripada otot yang dicerna. Ini menyebabkan otot menjadi kecut dan kecil sahaja. Seseorang yang obes tidak mampu membina otot dengan baik. Lama kelamaan tenaga semakin lemah lantaran otot yang kecil ini.

Proses metabolik lemak yang rosak membuatkan lemak tersimpan dan menjadi banyak. Secara amnya lemak merupakan tenaga simpanan di dalam tubuh kita. Kerana itulah ia sukar dipecahkan apabila wujudnya sumber tenaga yang lain. Badan kita cenderung menggunakan sumber tenaga yang lain sebelum memecahkan lemak.

Rawatan peningkatan metabolik dan fungsi enzim merupakan faktor yang penting dalam usaha seseorang menurunkan berat badan.

Lipase

Hormon sensitif lipase merupakan enzim yang terpenting dalam pemecahan lemak. Lipase memecahkan lemak dan lemak yang pecah akan ditukarkan kepada tenaga di dalam sel kita.

Glukargon

Merupakan hormon yang menukarkan lemak kepada gula. Apabila kadar glukargon meningkat maka gula dalam darah akan meningkat. Gula ini boleh ditukarkan kepada tenaga oleh sel-sel yang memerlukan gula ini.

Tiroid

Hormon metabolik yang memecahkan lemak dengan cara mengaktifkan aktiviti enzim. Hormon ini dikelurakan oleh kelenjar pada leher. Kekurangan hormon ini menyebabkan myxedema iaitu pengumpulan cecair likat yang terdiri daripada lemak dan protein pada bawah kulit. Ini membuatkan kulit tampak sembap dan tubuh menjadi kembang.

Estrogen

Hormon wanita yang penting dalam metabolik, proses kehamilan, pembaik pulih sel, ingatan, pembentukan tubuh wanita, pencegahan kanser, dan sakit kepala. Kekurangannya membuatkan seseorang:

  • Mudah naik angin
  • Rasa murung
  • Kurang dorongan seks
  • Kekeringan faraj
  • Sakit belakang
  • Sakit sendi
  • Berpeluh waktu malam
  • Pendarahan faraj tidak tetap masa
  • Sakit otot
  • Rambut baru di muka
  • Kulit kering yang luar biasa
  • Perasaan tidak disayangi
  • Kurang perasaan seks
  • Resah tidak boleh tidur
  • Kelesuan yang luar biasa
  • Kesakitan waktu bersetubuh

Kortisol

Hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal sewaktu seseorang di dalam keadaan stres. Kehadiran hormon ini yang terlalu tinggi boleh menyebabkan obesiti disebabkan stres. Apabila kortisol meningkat seseorang akan mengumpul lemak iaitu simpanan tenaga yang banyak.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa prinsip-prinsip bagi mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukannya hanya dengan berdiet semata-mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan atau mendera tubuh badan anda.

Rawatan obesiti perlu mengambil kira keadaan hormon dan enzim seperti ini. Selain daripada tubuh yang langsing kita mahu meningkatkan fungsi tubuh dan penjanaan tenaga. Ini sangat penting bagi mengelakkan penyakit. Tidak dinafikan senaman dan gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana ia mampu menstimulasi kelenjar hormon kita agar bekerja secara optimum. Apabila paras hormon tinggi maka darah kita menjadi muda semula.

Lagi pun senaman meningkatkan stamina dan membuatkan jantung kita menjadi kuat dan sihat. Baru-baru ini kaitan saintifik menunjukkan bahawa senaman meningkatkan daya ingatan kita. Seorang yang bersenam setiap hari sukar menjadi nyanyuk dan pelupa pada usia tua. Justeru itu marilah kita bersama sama memulakan langkah untuk kembali bersenam.