Rawatan Microdermabrasi

APAKAH ITU FACIAL MICRODERMABRASION? 

Microdermabrasion adalah salah satu kaedah bebas kimia dan bebas invasi yang dilakukan menggunakan microcrystals yang disapu lembut ke permukaan kulit. Prosedurnya akan melalui proses lelasan/sedutan bahagian kulit paling luar untuk membuang sel-sel kulit mati, white head, black head, jerawat sekaligus menjadikan kulit bersih licin, serta cerah berseri. Microdermabrasion juga merupakan salah satu rawatan untuk skin rejuvenation yang bermaksud proses peremajaan kulit. Ia bertujuan untuk mendapatkan kulit sihat, segar dan nampak cantik.

SIAPAKAH YANG SESUAI MENDAPATKAN RAWATAN INI?

  • Mereka yang mempunyai masalah garis atau kedut muka yang halus
  • Mereka yang mengalami masalah bintik-bintik penuaan, masalah sunburn, pigmentasi  dan tona tidak sekata
  • Mereka yang mengalami masalah kulit kusam
  • Mereka yang mempunyai masalah pori-pori terbuka, pori tersumbat
  • Mereka yang mempunyai jerawat , white head dan black head.

BAGAIMANAKAH MICRODERMABRASION BERTINDAK SELEPAS RAWATAN?

  • Lapisan kulit epidermis (lapisan kulit paling luar) dan dermis menjadi lebih tebal.
  • Proses pengelupasan kulit epidermis pada akhirnya akan mencetus pertumbuhan kulit baru lebih optimum sehingga menjadi lebih tebal secara keseluruhan.
  • Kulit akan menjadi lebih cerah oleh sebab pembentukkan baru kolagen dan elastin.
  • Penggunaan rutin dapat memperbaiki tekstur kerut halus, melicinkan dan mengecilkan liang roma.
  • Kulit akan menjadi lebih cerah oleh kerana kemerosotan zat melanin (pigmen) pada lapisan kulit.
  • Peningkatan kadar ceramid (moisturizer alami kulit) walaupun pada 1-2 hari pertama kulit terasa kering, tapi hasil akhir yang diperolehi adalah kulit yang lebih lembap pada tindakan 1-2 tindakan pertama.

KEBAIKAN MIKRODERMABRASION ?

  • Mengurangkan pigmentasi.
  • Mengurangkan kesan kedutan.
  • Mengurangkan garis-garis halus.
  • Mengurangkan liang-liang roma yang besar.
  • Merawat parut jerawat.
JENIS-JENIS ALATAN YANG DIGUNAKAN

Terdapat 3 jenis alat untuk rawatan mikrodermabrasi. Perbezaan terletak pada bahan / alat yang digunakan untuk menyedut lapisan sel kulit mati pada bahagian luar kulit

1) Kristal aluminium

2) Diamond tip

3) Geometric matrix point (GMP)

Pada hujung alat ini, terdapat satu alat kecil berupa metalic rim, menyerupai logam bertekstur dengan kekasaran yang merata, sehingga mampu mengabrasi kulit secara berkesan. Alat kecil ini disebut GMP tip yang disposable, jadi satu pesakit akan menggunakan satu tip baru, sehingga tidak ada risiko penularan penyakit. Selain itu pada alat mikrodermabrasi ini, terdapat LED (light emitting diode) yang dipercayai akan merangsang sel untuk membentuk serat kolagen dan elastin baru sehingga menguatkan kesan peremajaan kulit yang diharapkan. Selain itu, LED mempunyai kesan membunuh bakteria.

micro2

TESTIMONI PELANGGAN 

**Keputusan adalah berbeza-beza untuk setiap individu

HUBUNGI SEKARANG UNTUK KONSULTASI PERCUMA

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)

Nama Penuh (*)

No. Tel Bimbit (*)

Email (Jika Ada)

Introducer (Jika Ada)

© 2015 - 2018 Marissa Health & Beauty Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

Terima kasih! Pegawai kami akan menghubungi anda segera.

Isikan butiran di bawah dan tekan butang 'Hantar'.

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)