Rawatan Filler

Filler ialah suntikan yang mengandungi kolagen ke tempat atau bahagian kosong yang menampakkan kecacatan atau kekosongan. Ia juga membantu untuk mengurangkan garis-garis halus dan memperbaiki ketegangan dan keremajaan kulit muka. Apabila usia meningkat, wajah secara semulajadi akan kehilangan lemak subkutaneus. Otot muka akan mengecut dan menyebabkan muka berkedut. Rawatan filler boleh dilakukan untuk memontokan bibir nipis, menghilangkan kedut dan garis-garis di muka, meratakan wajah yang mempunyai parut berlekuk. Filler sangat membantu kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda awal penuaan dan ia juga sebagai nilai tambah muka untuk peremajaan kembali kulit wajah tanpa pembedahan.

Manfaat utama filler adalah untuk menagani masalah garis-garis dan kedutan. Filler juga boleh memperbaiki struktur wajah dan juga menyembunyikan parut pembedahan dan jerawat. Contoh penggunaan filler seperti:

  • Pipi tenggelam.
  • Bibir nipis.
  • Garis senyuman.
  • Parut.
  • Lubang-lubang kecil.
  • Garis-garis berkerut.

Klik untuk informasi lanjut berkaitan Filler

Terima kasih! Pegawai kami akan menghubungi anda segera.

Isikan butiran di bawah dan tekan butang 'Hantar'.

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)