Rawatan Hana Collagen Acupunture

Wajah kita merangkumi struktur tulang dan otot muka. Apabila usia meningkat kulit turut mengalami perubahan dengan kandungan kolagen semakin menyusut. Jalinan kolagen yang sedikit dan tidak kukuh membuatkan kulit menurun, tidak lagi anjal dan tegang. Otot-otot juga mula mengalami kesan penuaan dan melendut menimbulkan garisan kecil yang menghala ke bawah.


Hasil carian imej untuk kulit kendur 

Apakah faktor kulit kendur?

1. Faktor Usia
Apabila usia semakin meningkat, paras hormon dalam badan akan berkurangan. Bagi wanita yang telah menopous, hormon estrogen yang berperanan penting dalam penghasilan kologen akan berkurangan dan menyebabkan kulit hilang keanjalan. Sel-sel di dalam badan juga kurang aktif

2. Graviti
Daya tarikan graviti yang menarik semua objek ke bumi mempunyai kesan yang sama terhadap kulit kita.

3. Pancaran Matahari
Sinaran matahari yang kuat boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan kendur melalui proses pengoksidaan.

4. Kekurangan Air
Sekiranya kulit mengalami dehidrasi kerana kekurangan air, kulit akan kendur dan berkedut.

5. Kurang Vitamin
Kulit memerlukan vitamin A dan C untuk menghasilkan kologen. Oleh yang demikian, kekurangan vitamin A dan C boleh menyebabkan kulit kendur dan berkedut.

6. Tabiat Berulang
Sekiranya kita suka tidur di sebelah tertentu, garis-garis kedut akan mula terbentuk pada sebelah muka yang terhimpit. Sekiranya seseorang itu suka mengerutkan dahi, garis-garis kedut akan mula terbentuk pada dahi.

Apa itu Hana Collagen Acupunture?

Dengan menggunakan benang khas yang dimasukkan ke bawah kulit, maka kulit muka akan diangkat semula tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan.

Hana Collagen Acupunture adalah alternatif yang paling selamat, sangat mudah untuk wajah yang lebih tegang, sihat dan muda. Anda tak perlu risau akan sebarang komplikasi seperti dalam pembedahan yang lain.

Sememangnya direka untuk pesakit yang tidak mahu pembedahan yang invasif, ia boleh mengurangkan kendur yang teruk sekitar pipi, jawline dan leher dengan lebih cepat dan kurang risiko berbanding pendekatan konvensional.

Benang khas digunakan semasa rawatan berjalan untuk memberikan wajah yang seakan akan baru. Doktor akan menyusun susunan kulit dan tisu muka di tempat yang betul dengan cermat supaya tiada kesan tertinggal.

Dalam Hana Collagen Acupunture kontur, benang yang jelas akan digunakan untuk mengurangkan lagi kesan selepas pembedahan.

Dan manakala Hana Collagen Acupunture secara amnya memberi hasil yang ketara hampir serta-merta serta dengan kurang risiko dan kesulitan daripada prosedur-prosedur lain yang lebih intensif, kos bagi Hana Collagen Acupunture adalah agak berpatutan berbanding rawatan tradisional yang lain.

Berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk membuat rawatan Hana Collagen Acupunture?

Masa yang diambil bagi rawatan Hana Collagen Acupunture adalah dalam lingkungan 30 hingga 45 minit. Masa yang diambil juga bergantung kepada jumlah benang yang ingin dimasukkan oleh doktor.

Berapa lama tempoh masa untuk pulih selepas membuat rawatan Hana Collagen Acupunture?

Anda boleh bekerja seperti biasa selepas membuat rawatan ini. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kerja keras atau latihan berat selama dua hingga tiga minggu berikut untuk membolehkan pemulihan sepenuhnya.

Berapa lama tempoh ketahanan Hana Collagen Acupunture?

Beberapa bulan benang akan serap ke dalam muka  kerana berlakunya proses fibrosis pada bahagian muka yang diangkat. Fibrosis adalah proses semula jadi, iaitu bahagian muka yang diangkat melekat pada tempat yang betul dengan kekal. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ketahanan Hana Collagen Acupunture iaitu  usia, genetik, kesihatan dan kulit anda. Tempoh ketahanan Hana Collagen Acupunture adalah antara enam bulan sehingga dua tahun. 

Apakah kelebihan rawatan Hana Collagen Acupunture?

  • Tidak menyakitkan.
  • Tidak perlu masuk ke hospital untuk menjalani rawatan.
  • Hasil yang baik.
  • Tiada parut yang merosakkan kulit.
  • Boleh pergi bekerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan.
  • Satu rawatan sahaja sudah berkesan tidak perlu berkali-kali melakukannya.
  • Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara.
  • Membentuk penampilan dan imej badan seseorang.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan imej badan yang lebih baik.
  • Menegangkan kulit yang kendur dan berkedut.
  • Mengurangkan lemak-lemak terkumpul yang berlebihan di bawah kulit.
  • Meremajakan kulit dengan meransang pengaktifan kolagen baru.

Hasil carian imej untuk Threadlift marissa aesthetic

HUBUNGI SEKARANG UNTUK KONSULTASI PERCUMA

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)

TESTIMONI RAWATAN

SILA KLIK DI SINI UNTUK LIHAT TESTIMONI

© 2015 - 2018 Marissa Health & Beauty Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

Terima kasih! Pegawai kami akan menghubungi anda segera.

Isikan butiran di bawah dan tekan butang 'Hantar'.

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)