Rawatan Laser Medlite

Adakah anda tahu apa itu medlite?

Kini terdapat kaedah baru untuk menghilangkan tatu, tanda lahir, jerawat,bulu dan pigmentasi dengan lebih berkesan tanpa meninggalkan sebarang parut.

Kaedah tersebut adalah dengan menggunakan Q-Switched Nd:Yag laser (Medlite C6). rawatan ini menggunakan konsep “photo acoustic” yang dihasilkan oleh Medlite C6. Photo acustic bermaksud cahaya laser ini amat selektif kepada kehadiran pigmen.

sebagai contoh,apabila laser dipancarkan di kawasan tatu, pancarannya akan memecahkan dakwat di lapisan dermis kepada partikel lebih halus tanpa merosakkan lapisan atas kulit. Partikel dakwat yang hancur di bawah kulit akan diserap ke dalam badan dan dibuang sebagai bahan perkumuhan atau najis.

Laser jenis ini mampu masuk ke dalam kulit sehingga mencapai ketebalan beberapa milimeter. Tenaga haba yang dihasilkan oleh laser agak perit namun teknik ‘coolant’ dan menyapu ubat kebas dikawasan yang mahu dirawat menjadikan prosedur ini agak selesa.
Proses ini memerlukan beberapa sesi untuk menghilangkan semua kesan dakwat tatu,tanda lahir,jerawat dan sebagainya tetapi ia sangat berkesan, selamat dan tidak meninggal kan sebarang parut. Faktor tidak meninggalkan parut ini menjadikan Medlite C6 satu kaedah membuang tatu yang digemari ramai.

Cara laser dipancarkan juga adalah mudah. Oleh kerana laser yang digunakan agak terang cahayanya maka pelanggan dan doktor merawat akan memakai cermin mata gelap. Selain daripada itu tidak perlu langkah-langkah lain.

Laser ini juga diguna kan untuk membantu menghilangkan tanda lahir yang sebelum ini tidak boleh dihilangkan. Contoh tanda lahir yang biasa dirawat menggunakan Medlite C6 adalah Nevus of OTA dan Café aulait. Selain itu ia sangat berkesan bagi semua jenis masalah pigmentasi. Dewasa ini pigmentasi biasanya terjadi disebabkan penggunaan kosmetik yang merosakkan sel kulit. Apabila medlite dipancar ia akan memecahkan pigmen menjadikan kulit tampak bersih dan cerah. Kebaikan lain menggunakan medlite adalah kulit akan mengalami peningkatan kolagen membuatkan kulit akan tampak semakin muda.

Laser jenis ini juga mampu menghilangkan bulu roma halus dan mengecilkan pori-pori kulit secara semula jadi. Penggunaannya sebulan sekali membuat kulit tampak halus dan cantik. Oleh itu ia juga sesuai bagi meningkatkan kualiti kulit dan menghalang kedutan.

Secara umum, rawatan Medlite boleh:

1. Menjaga kulit daripada kerosakan cahaya matahari.

Oleh itu pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari boleh membawa kepada peningkatan saiz liang, pigmentasi kulit, dan kulit kusam. Laser Medlite juga membantu untuk mencerahkan pigmentasi, mengurangkan saiz liang, dan melicinkan tekstur kulit. Keputusan keseluruhan adalah menampilkan kulit yang segar dan kulit nampak lebih muda.

2. Merangsang pembentukan semula kolagen untuk mengurangkan kedutan dan parut jerawat.

Dengan penuaan, kolagen yang berkurangan boleh menyebabkan kedutan dan garis-garis halus itu muncul di muka. Parut jerawat juga berlaku akibat kerosakan kolagen. Tenaga PhotoAcoustic dari Medlite merangsang pembentukan semula kolagen, sekaligus dapat mengurangkan kedutan dan meningkatkan parut jerawat. Sesetengah pakar perubatan percaya laser ini juga membantu dalam merawat jerawat aktif dengan mengurangkan minyak (sebum) pengeluaran, faktor utama dalam jerawat.

3. Membuang tatu.

Laser adalah cara yang paling selamat untuk membuang tatu. Tetapi, tidak semua laser boleh membuang tatu. Oleh itu doktor perlu memilih gelombang panjang yang betul berdasarkan warna dakwat tatu. Laser medlite dianggap standard emas untuk penyingkiran tatu tunggal dan multi-warna. Tenaga PhotoAcoustic menghasilkan getaran yang perlahan dan memecahkan dakwat tatu ke mikro zarah yang kecil secara beransur-ansur untuk dihapuskan oleh proses semula jadi badan.

chemical-peel-acne-facials   beforeafter_laser-tatoo

Klik untuk informasi lanjut berkaitan Laser Medlite

Terima kasih! Pegawai kami akan menghubungi anda segera.

Isikan butiran di bawah dan tekan butang 'Hantar'.

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)