Rawatan Laser Pixel

laser pixel

LASER PIXEL (LASER PARUT JERAWAT)

Nora, 35 tahun, mula mendapat masalah jerawat apabila usianya meningkat 30 tahun. Menurut Nora, sebelum ini kulitnya mulus dan licin. Sejak akhir-akhir ini kulit Nora berminyak dan dipenuhi white heads dan blackheads. Setelah mencuba pelbagai produk, dia tidak juga mendapat hasil yang memuaskan hati. Jerawat masih lagi banyak. Apabila jerawat pecah, ia meninggalkan parut yang sangat hodoh. Inilah yang menjadikan hati Nora resah.

Masalah jerawat bukan sahaja membuatkan kulit tampak kasar dan menggerutu malah ia juga menimbulkan kesakitan yang sangat tidak selesa. Sebutir jerawat boleh membengkak menjadi kudis pada muka. Ia boleh bernanah dan menjadi teruk dengan tidak semena-mena.

Apabila memeriksa Nora, saya dapati dia mempunyai jenis kulit berminyak. Kulit jenis berminyak mempunyai kilang minyak dan sebum yang banyak di bawah kulit. Kerana itulah kuman jerawat mudah naik ke wajahnya.

Bagi mangatasi masalah itu, saya memberikan Nora antibiotik yang sesuai bagi mematikan kuman jerawat, selain itu saya menyuruh dia membersihkan muka dengan pencuci yang mengandungi asid lembut dari buah-buahan yang dinamakan  asid glycolic.

Bagi menghilangkan kesan parut saya mencadangkan laser  pixel yang baik bagi meningkatkan kolagen dan menanggalkan parut pada muka. Selepas laser pixel dibuat kulit wajah akan mula berubah menjadi lebih baik dalam tempoh 2 minggu. Rawatan pixel sebulan sekali dapat meningkatkan kecantikan kulit wajah dan memudarkan parut . Laser jenis pixel bertindak jauh ke dalam kulit untuk merangsang kulit mengeluarkan sel-sel baru. Sel-se baru yang keluar lebih rapat kedudukannya dan ini membantu menutupi lubang-lubang parut yang terdapat pada kulit. Kolagen yang terhasil daripada tindakan pixel juga lebih teguh membuatkan kulit menjadi lebih cantik.

Ramai yang tidak tahu bahawa hormon kulit merupakan asas kecantikan dan cara tepat untuk mendapatkan kulit licin dan berseri. Terdapat banyak penyebab berlakunya penurunan kadar progesterone. Antaranya ialah disfungsi hati, dominasi estrogen akibat pencemaran lingkungan, resistensi insulin, stress, diet, kurang senaman dan ubat-ubatan tertentu.

Wanita yang kekurangan progesterone akan menunjukkan simptom-simptom seperti:

  • perubahan mood
  • keresahan
  • rasa gugup
  • ketakutan yang tidak rasional
  • mudah meradang
  • Kemurungan
  • Sakit kepala
  • Migraine
  • Hot flush (rasa panas pada waktu malam)
  • Kurang libido/minat terhadap aktiviti seksual
  • Masalah haid seperti haid tidak teratur atau pendarahan yang banyak
  • Menopause dan masalah peri-menopause
  • Masalah payudara
  • Kenaikan berat badan
  • Tidak subur dan Keguguran

laser      pixel2

Untuk informasi lanjut berkaitan Laser Pixel

Terima kasih! Pegawai kami akan menghubungi anda segera.

Isikan butiran di bawah dan tekan butang 'Hantar'.

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)