Rawatan Microdermabrasion

imagesss

MARISSA FACIAL MIKRODERMABRASI

Istilah skin rejuvenation, popular ini bermakna proses peremajaan kulit, bertujuan untuk mendapatkan kulit sihat, segar dan nampak cantik. Pelbagai kaedah tersedia pada masa ini untuk mendapatkan kulit idaman semua orang itu, bermula dari penggunaan krim-krim malam, chemical peeling, Microdermabrasion, sampai kaedah tercanggih iaitu laser rejuvenation.

Microdermabrasion adalah salah satu kaedah peremajaan kulit secara fizikal yang sangat sering dilakukan. Pada prosedur ini dilakukan proses lelasan/sedutan bahagian kulit paling luar dengan menggunakan bahan bertekstur atau kristal yang disapu secara lembut di atas permukaan kulit. Tujuan mikrodermabrasi adalah membuang lapisan kulit mati, mengexpose kulit baru sehingga kulit tampak lebih cerah dan lembut.

Berbeza dengan pelbagai kaedah peremajaan kulit lain, Microdermabrasion secara aman dilakukan dengan selang lebih singkat, iaitu 1-2 minggu sekali.

PERUBAHAN KULIT YANG BERLAKU

Lapisan kulit epidermis (lapisan kulit paling luar) dan dermis menjadi lebih tebal. Ternyata proses pengelupasan kulit epidermis pada akhirnya akan mencetuskan pertumbuhan kulit baru lebih optimum sehingga kulit menjadi lebih tebal secara keseluruhan

Kulit menjadi lebih lembut, kerana  pembentukan baru serat kolagen dan elastin. Pada pengunaan rutin, dapat memperbaiki tekstur kerut halus dan juga melicinkan dan mengecilkan liang roma.

Kulit menjadi lebih cerah oleh kerana kemerosotan zat melanin (pigmen) pada lapisan kulit.

Peningkatan kadar ceramid (moisturizer alami kulit) → walaupun pada 1-2 hari pertama kulit terasa kering, namun hasil akhir yang diperolehi adalah kulit yang lebih lembap pada 1-2 tindakan pertama.

Tentu saja manfaat di atas boleh diperolehi bila dilakukan secara rutin. Perlu juga diingat, manfaat tersebut hasilnya boleh berbeza untuk orang yang berbeza, dengan tingkatan kejayaan yang berbeza pula. Hasil segera yang didapatkan pasca mikrodermabrasi adalah kulit yang jauh lebih halus berbanding dengan kulit sebelumnya.

JENIS-JENIS ALAT MIKRODERMABRASI

Terdapat 3 jenis alat mikrodermabrasi yang boleh dijumpai. Perbezaan terletak pada bahan / alat yang digunakan untuk menyedut lapisan sel kulit mati pada bahagian luar kulit.

1) kristal aluminium

2) Diamond tip

3) Geometric matrix point (GMP)

Pada hujung alat ini, terdapat satu alat kecil berupa metalic rim, menyerupai logam bertekstur dengan kekasaran yang merata, sehingga mampu mengabrasi kulit secara berkesan. Alat kecil ini disebut GMP tip yang disposable, jadi satu pesakit akan menggunakan satu tip baru, sehingga tidak ada risiko penularan penyakit. Selain itu pada alat mikrodermabrasi ini, terdapat LED (light emitting diode) yang dipercayai akan merangsang sel untuk membentuk serat kolagen dan elastin baru sehingga menguatkan kesan peremajaan kulit yang diharapkan. Selain itu, LED mempunyai kesan membunuh bakteria.

KEBAIKAN MIKRODERMABRASI.

  • Mengurangkan pigmentasi.
  • Mengurangkan kesan kedutan.
  • Mengurangkan garis-garis halus.
  • Mengurangkan liang-liang roma yang besar.
  • Merawat parut jerawat.

micro2

Klik untuk informasi lanjut berkaitan Facial Microdermabrasion

Terima kasih! Pegawai kami akan menghubungi anda segera.

Isikan butiran di bawah dan tekan butang 'Hantar'.

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)