Rawatan Pembersihan Usus

colon-cleanser

APA ITU PEMBERSIHAN USUS?

Usus merupakan organ yang sangat penting bagi kehidupan kita . Di dalam usus makanan yang merupakan sumber tenaga dicerna dan sampah pencernaan akan di buang ke dalam usus besar yang merupakan bahagian akhir dari saluran pencernaan . Usus besar mempunyai fungsi antara lain : tempat mengumpul sisa makanan yang kemudian akan dibuang melalui dubur , tempat menyerap air dan beberapa mineral , dan tempat pertumbuhan bakteria , dimana bakteria dalam usus besar ini dapat membentuk beberapa jenis vitamin iaitu vitamin B dan K yang kemudian diserap oleh oleh tubuh .

Melihat fungsinya maka kerja usus besar yang baik ini merupakan perkara yang sangat penting untuk kesihatan tubuh kita . Dalam usus inilah boleh dikatakan sebagai induk pelbagai penyakit . Ketidak seimbangan fungsi usus ini boleh mengakibatkan penumpukan racun ( toksin ) yang melalui sistem peredaran darah dan limfa akan tersebar ke seluruh tubuh kita dan menimbulkan berbagai macam penyakit . Dr. Arbuthnot Lane , seorang pakar kesihatan colon menyatakan bahawa penyakit usus ( sembelit ) merupakan sebab terjadinya semua jenis penyakit yang menimpa manusia . Hal inilah yang dilandaskan oleh Rasulullah Saw dalam sabdanya ” Perut itu merupakan wadah semua penyakit ” . Oleh kerana itu lah Islam mengajarkan pemeliharaan kesihatan usus bermula dengan cara menjaga makanan yang masuk ke dalam usus sampai kepada membuang sampah metabolisme usus dengan cara yang benar .

FAEDAH

  • Kelegaan daripada selsema, sinusitis, sembelit, nafas berbau, bau badan dan sakit kepala.
  • Meningkatkan proses penyerapan zat-zat makanan dan vitamin tambahan.
  • Memperbaiki struktur kulit dan otot-otot.
  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan dan pengeringan kulit.
  • Menghilangkan kemurungan dan keletihan.

SEBAB-SEBAB

  • Usus yang tersumbat akan membuatkan sisa makanan termendap dan terperap didalam usus.
  • Usus besar tidak mampu untuk menyerapkan zat-zat makanan dan vitamin kerana terhalang oleh sisa makanan.
  • Badan menjadi lebih berat dan lemah kerana sisa makanan dan toksid tidak dinyahkan dengan sempurna.
  • Sisa toksid dalam badan membuatkan struktur kulit dan pembentukan kolagen terbantut.
  • Masalah berat badan yang bertambah dan kerisauan dengan pelbagai penyakit.

Klik untuk informasi lanjut berkaitan Pembersihan Usus

Terima kasih! Pegawai kami akan menghubungi anda segera.

Isikan butiran di bawah dan tekan butang 'Hantar'.

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)