Perihal Kami

Marissa Aesthetic di asaskan oleh Dr Rushmini Maris Binti Ismail. Beliau  merupakan seorang doktor yang berkelulusan dari Kolej Perubatan Kasturba, India (MBBS) pada tahun 1997. Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di beberapa klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan dan swasta sebelum membuka kliniknya sendiri 15 tahun yang lalu.

Beliau memulakan dengan membuka klinik pesakit luar. Setiap hari beliau didatangi oleh pesakit-pesakit yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Beliau juga melihat ramai orang yang sudah berusia mempunyai penyakit yang kronik dan memerlukan bantuan orang lain untuk hidup. Dari situ, beliau mendapat ilham untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan penyakit penuaan.

Berasaskan minat yang mendalam di dalam bidang aesthetic dan perubatan anti-penuaan beliau menyambung pelajaran ke peringkat Masters dan berjaya mendapat Ijazah Master Anti-Aging & Regenerative Medicine di UCSI, KL. Beliau juga mendapat persijilan dari universiti dan pusat latihan di Germany, Bulgaria, Bangkok dan Singapura. Setelah tamat pengajiannya, pada tahun 2013, beliau membuka sebuah pusat kecatikan dan anti-penuaan sendiri. Tujuan beliau adalah untuk memberi kesedaran kepada semua orang tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan hormon untuk tubuh badan yang sihat dan cergas.

Kerana keaktifan beliau dalam memperkenalkan rawatan anti-penuaan, Dr. Rushmini Maris sering dijemput untuk memberi ceramah kesihatan dan kecantikan di organisasi-organisasi kerajaan dan juga swasta antaranya Malaysia Airlines (MAS), Persatuan-Persatuan, dan juga Universiti-universiti tempatan. Selain itu, beliau juga sering dijemput sebagai penceramah tetap di Radio KL pada setiap hari Khamis, dan beberapa kali dijemput sebagai tetamu jemputan WHI di TV3, SOAL WANITA di TV Al-Hijrah dan FEMINA di TV1. Dr Rushmini juga sangat aktif dalam menjalankan bengkel-bengkel dan ceramah-ceramah kesihatan dan kecantikan di klinik. Beliau juga giat menulis artikel-artikel yang berkaitan kesihatan dan kecantikan. Selain menulis artikel, beliau juga terkenal dengan bukunya yang bertajuk “Catatan Kehamilan” yang di ulang cetak beberapa kali. Beliau berhasrat menjadi seorang penulis yang versatile dan bakal menerbitkan buku baru tidak lama lagi.

Ikuti Kisah Berikut...

Kita selalu mempunyai masalah dalam memilih klinik kecantikan bukan? Kat sini mari saya nak ceritakan pasal rawatan di Marissa Aesthetic! Kisahnya bermula apabila student saya memanggil diriku MADAM PANDA!
Nurshahira, 35 Tahun

Umur saya adalah 35 tahun dan juga merupakan seorang pensyarah di sebuah kolej. Saya nak kongsikan masalah saya yang mempunyai kelopak mata yang sangat teruk! Sehinggakan bos mengatakan saya selalu kelihatan tidak sihat apabila masuk office.

Ya Allah, bukan itu sahaja hampir semua student saya di sini menggelarkan saya Madam Panda. Ye betul! Walaupun mereka tidak cakap secara depan-depan, tetapi masih kedengaran apa yang mereka umpatkan.

Sumpah!

Memang saya rasa sedih sangat dengan orang sekeliling. Mulanya, saya ingatkan masalah saya ini tidaklah terlalu teruk. Tetapi apabila student pun tiada mood untuk belajar setiap kali saya masuk ke kelas ini adalah masalah yang sangat serius. Bertambah sedih lagi ada sesetengah student buat hal sendiri, seperti tidak menghiraukan saya yang mengajar.

Disebabkan saya tidak tahan digelar Madam Panda, saya mula mencari alternatif untuk merawat masalah saya ini, SEHINGGALAH saya terjumpa page Rawatan Kelopak Mata di Marissa. Rupa-rupanya, Marissa Aesthetic ini sangat terkenal. Bayangkan ARTIS terkenal juga ramai yang membuat rawatan kecantikkan disini! YES, saya memang yakin ini adalah rawatan yang tepat untuk masalah saya ini. Melalui review dan komen dari pelanggan-pelanggan juga, memang mereka sangat berpuas hati dengan rawatan di sini. Lalu, apa lagi yang di tunggu? Saya terus mengisi borang temujanji yang terdapat pada artikel tersebut. Alhamdullilah, tak sampai sejam saya mendapat panggilan dari staff Marissa Aesthetic untuk mengesahkan sedikit sebanyak butiran temujanji. SERVIS YANG CEPAT !

PERBUALAN CONSULTANT ONLINE BERSAMA CUSTOMER

SAYA MERASAKAN SANGAT TERUJA BERCAMPUR TAKUT SEMASA DALAM KAPAL TERBANG DARI JOHOR KE KLIA UNTUK PERGI KE MARISSA AESTHETICS!

Jadi saya dengan seorang dirinya menempah tiket dari Johor ke KLIA semata-mata nak buat rawatan kelopak mata saya. Semasa naik flight saya merasakan sangat teruja! Yelah mesti seronok nak merawat kelopak mata saya ni! Huarrrrr rasa seram sejuk la pula ditambah lagi bermacam-macam perasaaan sebelum sampai ke KLIA.

Setibanya saya di KLIA, saya terus dijemput oleh staff Marissa Aesthetics. Saya rasa suka dan selesa dengan servis yang Marissa Aesthetic sediakan.Yelah sampaikan sanggup jemput saya pergi ke Marissa tau! Bukan semua klinik Aesthetic seperti MARISSA ni! . Perjalanan saya ke Marissa Aesthetic ditemani dengan staff Marissa yang ramah mesra. Untuk pengetahuan semua ,saya baru kali pertama ke Marissa Aesthetic. Sebenarnya saya agak cerewet dalam membuat pilihan rawatan.Sebabnya mata merupakan organ yang sangat bernilai untuk manusia.Sukar untuk mencari doktor pakar yang sangat bertauliah dan berpengalaman pada masa kini, dalam merawat kelopak mata. Tetapi dengan Marissa tidak lagi,kerana saya sangat percaya dengan doktor pakar disini. SAYA TIDAK RASA JANGGAL KALI PERTAMA JUMPA DENGAN STAFF MARISSA ! Saya merasakan sangat gembira sebab staff disini sangat beramah mesra dengan saya seolah-olah saya ini rakan mereka.Staff disini juga melayan saya dengan baik sekali apabila saya baru sampai di Marissa.Sebenarnya, sebelum sampai lagi pihak Marissa Aesthetik bagi message reminder samada saya jadi datang ke tidak ke Marissa Aesthetic.Maka, dari situ dah taulah staff-staff mereka macam mana. Jadi saya bertambah yakin dengan membuat rawatan disini.
Selepas itu, saya pun terus masuk bilik doktor untuk konsultasi .Haa lupa nak cakap doktor di sini sangat lemah lembut orangnya serta peramah dengan saya semasa memberi keterangan mengenai masalah kelopak mata yang saya hadapi. Huhuhuhu… Kemudian doktor terus cek dan menggunakan 3D Scan kulit wajah (bahagian mata). Dari scan analisis ini,saya dapat melihat sejauh manakah kejatuhan kelopak mata dan kandungan kolagen dalam kulit sekitar mata.
Wow! saya merasakan tidak sakit langsung semasa rawatan sedang dijalankan tau! Mujurlah di Marissa Aesthetic ada pelbagai teknologi terkini untuk membuang lebihan lemak terkumpul di kelopak mata saya ini. Sambil doktor melakukan rawatan keatas mata saya sempat lagi doktor beritahu saya yang dia menggunakan kaedah fibreoptik laser yang dipancarkan di bawah kulit dan memecahkan lemak.
Sumpah saya cakap sekali lagi, rawatan disini tidak menyakitkan dan tidak membahayakan. Yang penting hasilnya baik, berkualiti tinggi dan cepat. Hah sebelum saya lupa, rawatan kelopak mata saya ini tiada langsung kesan sampingan tau! Saya sangat berpuas hati sebab masalah saya dah tiada. Jadi kurang lah sedikit beban saya selama ini…Jadi selepas pembedahan tu kan saya sudah boleh pergi berkerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan…HEHEHEHE… Di bawah ini saya selitkan gambar sebelum dan selepas saya membuat rawatan di Marissa Aesthetic.Tadaa…KINI KELOMAK MATA SAYA YANG HODOH SUDAH TIADA LAGI.

Untuk keterangan lanjut saya sertakan link dibawah. Silalah tekan link dibawah ini.

>> Konsultasi Percuma

Sekiranya awak semua berminat dengan rawatan dan product Marissa

Di bawah ini saya telah sediakan alamat Marissa Aesthetic.

SELAMAT MENCUBA YA SEMUA!

Scroll to Top