MARISSA diasaskan oleh Dr Rushmini Maris Ismail sejak tahun 2006 dengan tujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan selain menyedarkan orang ramai kepentingan penjagaan hormon untuk tubuh badan yang sihat dan cergas. Ini sangat bersesuaian dengan motto Marissa iaitu Cantik, Ceria, Cergas.
Dr Rushmini Maris Ismail merupakan doktor perubatan yang kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang estetik & anti-penuaan.
Beliau memulakan karier dengan membuka klinik pesakit luar. Beliau mula melihat ramai orang yang sudah berusia mempunyai penyakit yang kronik dan memerlukan bantuan orang lain untuk hidup. Dari situ, beliau mendapat ilham untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan penyakit penuaan.
Motto Marissa: Cantik, Ceria, Cergas
Dr Rushmini Maris Ismail
Berasaskan minat yang mendalam di dalam bidang estetik (aesthetic) dan perubatan anti-penuaan, beliau menyambung pelajaran ke peringkat Masters dan berjaya mendapat Ijazah Master Anti-Aging & Regenerative Medicine di UCSI, KL. Beliau juga mendapat persijilan dari universiti dan pusat latihan di Germany, Bulgaria, Bangkok dan Singapura.
Kerana keaktifan beliau dalam memperkenalkan rawatan anti-penuaan, Dr. Rushmini Maris sering dijemput untuk memberi ceramah kesihatan dan kecantikan di organisasi-organisasi kerajaan dan juga swasta antaranya Malaysia Airlines (MAS), Persatuan-Persatuan, dan juga Universiti-universiti tempatan. Selain itu, beliau juga sering dijemput sebagai penceramah tetap di Radio KL pada setiap hari Khamis, dan beberapa kali dijemput sebagai tetamu jemputan WHI di TV3, SOAL WANITA di TV Al-Hijrah dan FEMINA di TV1. Dr Rushmini juga sangat aktif dalam menjalankan bengkel-bengkel dan ceramah-ceramah kesihatan dan kecantikan di rantau Asia.
MARISSA menawarkan penyelesaian lengkap dalam estetik, pelangsingan dan anti-penuaan. Selain rawatan yang lengkap, Marissa juga mempunyai produk khusus untuk kecantikan dalaman, luaran dan suplemen kesihatan.
Bercakaplah dengan konsultan kami hari ini untuk mengetahui produk dan rawatan yang sesuai dengan masalah atau keadaan anda.