Pigmentasi Akibat Kosmetik Beracun

 

Minggu lepas, perunding kecantikan Marissa Aesthetic Shah Alam menjawab satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang mempunyai masalah kulit misteri. Wanita tersebut ingin membuat temujanji dengan saya. Kebetulan pula saya berada disana, jadi saya sempat bertanyakan masalah yang dihadapi oleh beliau melalui telefon dan merayu supaya saya menunggu beliau sehingga beliau tiba di Marissa Aesthetic Shah Alam. Sebelum itu, beliau memperkenalkan diri sebagai Puan Norizah, berusia 35 tahun dan tinggal di Ampang, Kuala Lumpur.

“Doktor, saya pun tak faham dengan masalah kulit saya ni. Bila saya menggunakan produk untuk mencerahkaan kulit, kulit saya semakin gelap seperti hangus terbakar. Dah banyak produk saya cuba untuk mencerahan kulit saya, tapi hasilnya semua ‘reverse’.  Produk yang pakai bukan mencerahkan tetapi sebaliknya ia menggelapkan. Bila saya berhenti pakai produk, kulit muka saya tetap tidak menunjukkan  sebarang perubahan. Doktor, tolonglah tunggu saya. Pukul 5 petang saya sampai ke sana. Saya betul-betul perlukan bantuan doktor. Saya dah penat cuba macam-macam cara. Dah penat buat rawatan di merata tempat. saya nak sangat jumpa doktor untuk rujuk masalah kulit saya ni. Saya hampir putus asa.” Rintih Puan Norizah.

Rintihan Puan Norizah, menimbulkan rasa simpati dalam hati saya. Masalah seperti ini merupakan salah satu pendorong saya untuk mendalami ilmu estetika lantas saya  menghadiri  kursus di Eropah 10 tahun yang lepas. Tidak semua penyakit itu sama. Masalah pigmentasi adalah suatu penyakit senyap yang memakan self esteem seseorang. Ia mencelakan wajah dan menimbulkan rasa rendah diri dalam jiwa. Oleh itu, saya bersetuju untuk menunggu beliau untuk menganalisis dan memahami keadaan kulit beliau secara teliti.

Tepat jam 5 petang, Puan Norizah tiba di Marissa Aesthetic Shah Alam bersama suami tercinta. Beliau terharu apabila melihat kelibat saya . Pada masa yang sama, keadaan muka beliau membuat saya terkejut dan bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya saksikan. Keadaan muka beliau lebih teruk dari yang saya sangka. Seluruh muka hingga ke leher gelap seperti disambar api.

“Doktor, tolong lah saya. Saya tak nak putih melepak. Saya cuma nak warna kulit saya yang asal. Saya nak tahu dan atasi masalah kulit saya ni. Saya dan suami dah letih sangat cari punca maslaah kulit saya ni. Kami pergi doktor pakar kulit pun, hanya krim di bagi. Bila saya sapu krim tu, menyebabkan kulit saya kering dan tidak ada perubahan. Saya datang ke sini pun, saya kuatkan hati kerana saya dah putus asa. Saya dah tak tahu nak buat apa.” Rayu Puan Norizah dan suami.

Saya kagum dengan kecekalan beliau yang sabar dengan dugaan yang di hadapi. Dan saya berazam akan membantu beliau .

Apa  itu jeragat?? Jeragat atau nama saintifiknya adalah melasma. Melasma adalah perubahan warna kulit yang muncul di muka. Melasma dapat dibahagikan kepada dua iaitu melasma epidermal dan melasma dermal. Kebiasaannya kedua-duanya akan hadir bersama. Melasma adalah penyakit kulit biasa, namun jika dibiarkan tanpa rawatan akan menjadi serius sehingga boleh menyebabkan kanser kulit. Penyakit ini boleh menyerang bukan sahaja perempuan, malah lelaki juga berisiko mendapat penyakit kulit ini.

Antara faktor yang boleh menyebabkan pigmentasi berlaku. Antaranya ialah penyalahgunaan kosmetik, terlampau terdedah kepada cahaya UV, mempunyai masalah hormone, kekurangan vitamin, masalah keturunan dan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat kencing manis, darah tinggi dan pil perancang.

Selepas menganalisis masalah kulit yang dihadapi oleh Puan Norizah, saya dapati beliau mempunyai penyakit kulit yang tidak merbahaya namun dianggap kronik iaitu hyper-pigmentation.

Berdasarkan kisah Puan Norizah yang di ceritakan kepada saya, sudah jelas bahawa kulit beliau menghadapi hyper-pigmentation disebabkan penyalahgunaan kosmetik. Hal ini berkemungkinan salah satu alat kosmetik yang digunakan oleh beliau sebelum ini mengandungi bahan kimia yang keterlaluan sehingga menyebabkan melanin kulit Puan Norizah rosak sehingga ke tahap melanin kulit Puan Norizah ‘reverse’ apabila beliau cuba memakai produk pencerahan.

Di Marissa Aesthetic, rawatan yang digunakan untuk memulihkan masalah jeragat adalah sapuan  vitamin dan laser. Penggunaan produk yang sesuai juga dapat membantu.

Menurut pakar estetik, jeragat mempunyai pembuluh darah yang hidup atau lebih mudah digelarkan sebagai akar jeragat. Pembuluh darah yang hidup ini membolehkan jeragat semakin besar dan bertambah hitam. Suntikan jenis tranxemenic dalam dos yang kecil   membantu masalah jeragat.

Rawatan laser medlite digunakan untuk menghilangkan jeragat, tatu, dan tanda lahir dengan lebih berkesan tanpa meninggalkan sebarang parut. Kaedah tersebut adalah dengan menggunakan Q-Switched Nd:Yag laser (Medlite C6). rawatan ini menggunakan konsep “photo acoustic” yang dihasilkan oleh Medlite C6. Photo acustic bermaksud cahaya laser ini amat selektif kepada kehadiran pigmen. sebagai contoh,apabila laser dipancarkan di kawasan jeragat, pancarannya akan memecahkan dakwat di lapisan dermis kepada partikel lebih halus tanpa merosakkan lapisan atas kulit.

Laser jenis ini mampu masuk ke dalam kulit sehingga mencapai ketebalan beberapa milimeter. Tenaga haba yang dihasilkan oleh laser agak perit namun teknik ‘coolant’ dan menyapu ubat kebas dikawasan yang mahu dirawat menjadikan prosedur ini agak selesa.

Apabila medlite dipancar ia akan memecahkan pigmen menjadikan kulit tampak bersih dan cerah. Kebaikan lain menggunakan medlite adalah kulit akan mengalami peningkatan kolagen membuatkan kulit akan tampak semakin muda.

Proses ini memerlukan beberapa sesi untuk menghilangkan semua kesan dakwat tatu,tanda lahir,jerawat dan sebagainya tetapi ia sangat berkesan, selamat dan tidak meninggal kan sebarang parut. Faktor tidak meninggalkan parut ini menjadikan Medlite C6 satu kaedah membuang tatu yang digemari ramai.

Cara laser dipancarkan juga adalah mudah. Oleh kerana laser yang digunakan agak terang cahayanya maka pelanggan dan doktor merawat akan memakai cermin mata gelap. Selain daripada itu tidak perlu langkah-langkah lain.

Penggunaan produk yang betul dapat membantu memudarkan warna jeragat @ pigment. Marissa Aesthetic mempunyai produk yang dihasilkan daripada minerals dengan campuran vit c yang dinamakan White & Glow Gel. Produk ini di jamin selamat daripada bahan kimia kerana di formulasi sendiri oleh saya.

Antara kebaikan mendapatkan rawatan pigmentasi :

  • Menghilangkan pigmentasi, melasma, tompok hitam, warna kulit tidak sekata, dan parut.
  • Mencerahkan kulit wajah.
  • Mengecilkan liang pori yang terbuka.
  • Tidak menyakitkan, selamat, dan berkesan.
  • Kulit menjadi halus dan cantik.
  • Menjadikan kulit lebih anjal.
  • Mengaktifkan pertambahan lapisan kolagen yang berkurangan akibat penuaan.
  • Menghapuskan melanin didalam epidermis yang tebal, dengann memecahkan melanin tersebut kepada partikel.

Wajah bebas daripada masalah menjadi idaman setiap wanita termasuklah bebas daripada masalah jeragat. Gabungan 3 rawatan ini akan membebaskan wajah daripada masalah jeragat yang dihadapi oleh majoriti golongan wanita.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *