Rawatan Filler

TAHUKAH ANDA APA ITU FILLER?

Filler ialah suntikan yang mengandungi kolagen ke tempat atau bahagian kosong yang menampakkan kecacatan atau kekosongan. Ia juga membantu untuk mengurangkan garis-garis halus serta memperbaiki ketegangan dan keremajaan kulit muka. Apabila usia sesorang meningkat, wajah secara semulajadi akan kehilangan lemak subkutaneus. Otot muka akan mula mengecut dan menyebabkan muka berkedut. Rawatan filler boleh dilakukan untuk memperbaiki semula bahagian-bahagian wajah yang menampakkan kecacatan. Selain itu, ia juga boleh di gunakan untuk memontokan bibir nipis, menghilangkan kedut dan garis-garis di muka, meratakan wajah yang mempunyai parut berlekuk. Filler sangat membantu kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda awal penuaan dan ia juga sebagai nilai tambah muka untuk peremajaan kembali kulit wajah tanpa pembedahan.

BAGAIMANAKAH RAWATAN FILLER YANG DI LAKUKAN DI MARISSA?

Rawatan filler di Marissa sememangnya selamat. Ia di lalukan oleh doktor pakar yang berpengelaman serta bertauliah dan mengikut prosedur-prosedur yang betul. Rawatan ini menggunakan jarum yang halus yang di cucuk masuk di bawah lapisan kulit ke bahagian-bahagian yang kosong. Sememangnya ia berbeza dengan rawatan di klinik estetik yang lain. Istemewanya rawatan filler di Marissa adalah rawatan ini halal kerana kolagen yang digunakan diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan , tiada bahan kimia serta tidak membahayakan kerana ianya cepat larut dan sebati dalam badan.

APAKAH MANFAAT YANG DIPEROLEHI SELEPAS MELAKUKAN RAWATAN INI?

Manfaat utama filler adalah

  1. Untuk menangani masalah garis-garis dan kedutan
  2. Memperbaiki struktur wajah
  3. Menyembunyikan parut pembedahan dan jerawat
  4. Menambahkan keanjalan dan ketegangan kulit
  5. Memberikan bentuk wajah yang menawan
  6. Contoh penggunaan filler adalah seperti berikut:
  • Untuk menaikkan struktur pipi tenggelam.
  • Memontokkan bibir yang nipis.
  • Menghilangkan garis senyuman.
  • Meratakan kawasan berlekuk dan berparut.
  • Memenuhkan ruang-ruang kosong yang menyebabkan wajah kelihatan cengkung.
  • menghilangkan garis-garis kedutan.

Klik untuk informasi lanjut berkaitan Filler

© 2015 - 2019 Marissa Health & Beauty Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

Terima kasih! Pegawai kami akan menghubungi anda segera.

Isikan butiran di bawah dan tekan butang 'Hantar'.

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)