Rawatan Laser Marissa

Semakin meningkat usia seseorang, semakin banyak masalah kulit yang akan datang. Kebanyakkan masalah kulit yang sering terjadi adalah masalah jeragat atau dikatakan sebagai pigmentasi. Dianggarkan sebanyak 80 peratus wanita Asia menghadapi masalah jeragat yang biasanya kerap muncul di kawasan wajah seperti pipi, hidung dan dahi. Untuk memiliki wajah yang cantik dan bebas jeragat, anda perlu tahu dan kenal dahulu apakah itu yang dimaksudkan dengan pigmentasi.

Pigmentasi adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu. Tompokan hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes. Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik.

Apakah punca terjadinya pigmentasi?

  • Sinaran matahari
  • Genetik
  • Hormon
  • Penggunaan kosmetik yang mengandungi racun
  • Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’ pada keupayaan kulit

Apa itu rawatan Laser Marissa dan bagaimana dia berfungsi?

Adakah anda tahu apa itu Laser Marissa?

Kini terdapat kaedah baru untuk menghilangkan tatu, tanda lahir, jerawat, bulu dan pigmentasi dengan lebih berkesan tanpa meninggalkan sebarang kesan parut.

Kaedah tersebut adalah dengan menggunakan Q-Switched Nd:Yag laser.  Rawatan ini menggunakan konsep “photoacoustic”. Photoacoustic bermaksud cahaya laser ini amat selektif kepada kehadiran pigmen.

Sebagai contoh, apabila laser dipancarkan di kawasan tatu, pancarannya akan memecahkan dakwat di lapisan dermis kepada partikel lebih halus tanpa merosakkan lapisan atas kulit. Partikel dakwat yang hancur di bawah kulit akan diserap ke dalam badan dan dibuang sebagai bahan perkumuhan atau najis.

Laser jenis ini mampu masuk ke dalam kulit sehingga mencapai ketebalan beberapa milimeter. Tenaga haba yang dihasilkan oleh laser agak perit namun teknik ‘coolant’ dan menyapu ubat kebas dikawasan yang mahu dirawat menjadikan prosedur ini agak selesa.

Proses ini memerlukan beberapa sesi untuk menghilangkan semua kesan dakwat tatu, tanda lahir, jerawat dan sebagainya tetapi ia sangat berkesan, selamat dan tidak meninggal kan sebarang parut. Kesan Laser Marissa yang tidak meninggalkan parut ini menjadikan Laser Marissa merupakan satu kaedah membuang tatu yang digemari ramai.

Cara laser dipancarkan juga adalah mudah. Oleh kerana laser yang digunakan agak terang cahayanya, maka pelanggan dan doktor merawat akan memakai cermin mata gelap. Selain daripada itu tidak perlu langkah-langkah lain.

Laser ini juga digunakan untuk membantu menghilangkan tanda lahir yang sebelum ini tidak boleh dihilangkan. Contoh tanda lahir yang biasa dirawat menggunakan Laser Marissa adalah Nevus of OTA dan Café aulait. Selain itu, ia sangat berkesan bagi semua jenis masalah pigmentasi. Dewasa ini, pigmentasi biasanya terjadi disebabkan penggunaan kosmetik yang merosakkan sel kulit. Apabila Laser Marissa dipancar, ia akan memecahkan pigmen menjadikan kulit tampak bersih dan cerah. Kebaikan lain menggunakan Laser Marissa adalah kulit akan mengalami peningkatan kolagen membuatkan kulit akan tampak semakin muda.

Laser jenis ini juga mampu menghilangkan bulu roma halus dan mengecilkan pori-pori kulit secara semula jadi. Penggunaannya sebulan sekali membuat kulit tampak halus dan cantik. Oleh itu, ia juga sesuai bagi meningkatkan kualiti kulit dan menghalang kedutan.

Berapa lama tempoh masa untuk pulih selepas membuat rawatan Laser Marissa dan bila keputusan akan nampak?

Anda boleh meneruskan rutin harian selepas membuat rawatan ini. Selain itu, tiada kesan sampingan seperti parut atau lebam. Kemungkinan kulit anda akan mengalami kemerahan tetapi ini bersifat sementara dan ianya akan berkurangan selama 30minit.

Keputusan bagi rawatan Laser Marissa akan nampak selepas beberapa bulan dengan peningkatan yang ketara selepas setiap sesi. Kebanyakan individu disyorkan rawatan sebanyak 6 sesi yang berlainan dalam 2 minggu. Tetapi ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada keadaan kulit anda.

Apakah kelebihan rawatan Laser Marissa ?

1. Menjaga kulit daripada kerosakan cahaya matahari.

Oleh itu, pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari boleh membawa kepada peningkatan saiz liang, pigmentasi kulit, dan kulit kusam. Laser Marissa juga membantu untuk mencerahkan pigmentasi, mengurangkan saiz liang, dan melicinkan tekstur kulit. Keputusan keseluruhan adalah menampilkan kulit yang segar dan kulit nampak lebih muda.

2. Merangsang pembentukan semula kolagen untuk mengurangkan kedutan dan parut jerawat.

Dengan penuaan, kolagen yang berkurangan boleh menyebabkan kedutan dan garis-garis halus itu muncul di muka. Parut jerawat juga berlaku akibat kerosakan kolagen. Tenaga PhotoAcoustic dari Laser Marissa merangsang pembentukan semula kolagen, sekaligus dapat mengurangkan kedutan dan meningkatkan parut jerawat. Sesetengah pakar perubatan percaya laser ini juga membantu dalam merawat jerawat aktif dengan mengurangkan minyak (sebum) pengeluaran, faktor utama dalam jerawat.

3. Membuang tatu.

Laser adalah cara yang paling selamat untuk membuang tatu. Tetapi, tidak semua laser boleh membuang tatu. Oleh itu doktor perlu memilih gelombang panjang yang betul berdasarkan warna dakwat tatu. Laser Marissa dianggap standard emas untuk penyingkiran tatu tunggal dan multi-warna. Tenaga PhotoAcoustic menghasilkan getaran yang perlahan dan memecahkan dakwat tatu ke mikro zarah yang kecil secara beransur-ansur untuk dihapuskan oleh proses semula jadi badan.

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)

© 2015 - 2018 Marissa Health & Beauty Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.

Terima kasih! Pegawai kami akan menghubungi anda segera.

Isikan butiran di bawah dan tekan butang 'Hantar'.

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)