Senaman adalah satu lagi faktor utama yang mampu meningkatkan kadar metabolism. Kita perlu ingat bahawa senaman yang di lakukan adalah bertujuan meningkatan kadar pemanasan tubuh dan bukannya membentuk otot semata mata. Oleh kerana lemak lebih cenderung terbentuk pada perut, peha dan belakang maka senaman yang baik ialah senaman yang menggunakan otot ini.
Senaman jenis Core muscle exercise dicadangkan kepada anda kerana ianya mudah dan sangat berkesan. Core muscle atau otot utama merupakan otot yang kaya dengan bahan pembakar lemak. Pergerakan daripada otot utama membuatkan seluruh tubuh kita berfungsi. Apabila kita melakukannya kita dapat merasai kesan yang pantas dan hebat.
Senaman jenis ini tidak memerlukan ruang yang luas, memadai di lakukan di atas tilam atau lantai sahaja, Lagipun ia tidak mengambil masa yang panjang, memadai hanya dua puluh minit sahaja. Ia juga tidak menjemukan kerana tanpa disedari kita menggunakan tenaga seluruh tubuh bagi melakukannya. Pada waktu ini otot-otot akan distimulasi dan akan mengeluarkan hormone dan enzim yang baik bagi mengunakan lemak secara efektif.
Marissa slimway menggabungkan teknik senaman yang sesuai dengan bentuk tubuh seseorang. Cadangan senaman di buat agar hormone dan enzim kembali aktif.

locatecore