Serdev Kegemaran Wanita

Seorang wanita berusia lingkungan 40-an berkunjung ke klinik Marissa Aesthetic di Semenyih. Beliau berasal dari Pulau Pinang. Wanita yang bekerjaya sebagai pensyarah itu memperkenalkan diri sebagai Puan Zura. Beliau datang selepas membuat temujanji segera kerana sudah tidak tahan menanggung perasaan sedih dengan teguran orang sekeliling. Mendengar rungutan itu, membuatkan saya tak sampai hati membiarkan dia terus memendam rasa lebih lama. Jadi saya bersetuju untuk berjumpa pada keesokan hari.

Pada mulanya, Puan Zura berat lidah untuk berkongsi masalah kerana tidak tahu bagaimana hendak memulakan sesi bicara. Selepas beberapa minit, Puan Zura meluahkan perasaan beliau. “Saya dengan suami tak jauh beza pun Doktor. Tua suami 2 tahun daripada saya. Tapi kenapa suami pandang saya macam saya jauh lebih tua daripada dia? Kecewa dan sedihnya perasaan saya bila suami tak nak bawa saya semasa majlis makan malam di syarikat tempat dia bekerja dengan alasan saya macam makcik dia. Saya akui muka saya dah banyak kedutan, tambah pula pipi dah menggelebeh. Tapi itu kesan daripada kerjaya saya. Bekerja sebagai pensyarah nampak sahaja mudah tapi hakikatnya penuh dengan tekanan. Tambahan lagi kerja di rumah. Itu pun untuk diri dia. Tapi kenapa dia layan saya macam ni?” Rintih Puan Zura.

Apabila saya menganalisis keadaan kulit wajah Puan Zura, hasilnya seperti yang beliau nyatakan sendiri. Pipi beliau sedikit menggelebeh dek kerana tekanan yang dihadapi bekerja sebagai pensyarah. Selain itu, kedutan juga sedikit kelihatan.

“Apabila suami berjalan dengan anak semasa menghadiri majlis perkahwinan, orang pasti akan anggap anak saya tu isteri kepada suami. Sentap juga bila dengar orang cakap macam tu, walhal saya ada bersama mereka.” Tambah Puan Zura.

­­————————————————————————————————————————————–

Kecantikan dengan wanita memang tak dapat dipisahkan, bagai isi dengan kuku. Setiap wanita mengidamkan penampilan dan wajah yang menarik. Bagi wanita yang sudah berumahtangga, kecantikan perlu dijaga untuk sang suami tercinta. Namun, apakah definisi sebenar bagi kecantikan?

Definisi kecantikan sangat umum. Setiap individu menilai kecantikan dari pelbagai sudut berbeza. Antaranya ialah sudut luaran dan dalaman. Sudut luaran merangkumi  wajah, badan yang langsing, dan penampilan yang kemas. Manakala kecantikan dari sudut dalaman merangkumi sikap, budi pekerti, sopan santun dan rohani. Sebahagian menilai kecantikan sudut luaran seiring dengan kecantikan sudut dalaman.

Wajah merupakan salah satu aspek kecantikan yang akan di nilai terlebih dahulu kerana sudah lumrah manusia berjumpa dengan orang ramai. Wajah juga memainkan peranan besar. Kita dianugerahkan mimik muka bagi menzahirkan emosi. Selain itu, wajah juga akan menentukan tahap keyakinan diri seseorang. Wajah yang berkedut akan melambang usia seseorang. Semakin banyak kedutan, seseorang akan kelihatan semakin berusia.

Merujuk kepada keadaan wajah Puan Zura, kelihatan garis-garis halus (kedutan ) di sekitar mata dan dahi. Oleh sebab garis-garis halus ini, Puan Zura yang berusia 40-an kelihatan seperti usia beliau 50-an. Pipi beliau juga sudah menggelebeh. Namun, bagaimana kedua-dua masalah ini terjadi?

Kedutan berlaku apabila tubuh badan menghadapi proses hidrasi. Proses hidrasi pula berlaku apabila tubuh badan kekurangan air. Hal ini akan menyebabkan kulit menjadi kering yang menjurus kepada terjadinya kedutan. Oleh kerana kelembapan kulit sukar dikawal, kulit akan tampak cepat tua dan berkedut.  Hal ini berbeza dengan orang yang mempunyai kulit berminyak. Mereka akan lambat menghadapi masalah kedutan.

Pipi menggelebeh pula berlaku seiring dengan peningkatan usia selain daripada kekurangan hormon. Hal ini kerana apabila usia meningkat, otot-otot muka akan kendur dan menjadi kurang elastik di samping kolagen semulajadi juga akan hilang.

Sebagai manusia, sememangnya kita tidak akan lari daripada tua, tetapi kedutan yang terlampau banyak amat tidak menyenangkan dan menyebabkan seseorang kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Kaedah estetika dapat membantu menghilangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit agar tampak lebih segar dan ceria. Kita tidak mahu mengubah muka menjadi orang lain. Sudah pasti hal itu juga salah di sisi agama. Yang kita mahukan hanya ingin memelihara dan merawat wajah semulajadi kita agar sentiasa manis dan menarik. Itu lah peranan sebenar perubatan estetika.

Apa yang perlu dilakukan adalah menaikkan pipi dan menghapuskan garisan yang amat ketara itu. Jika kita meletakkan semula kedudukan pipi dan mulut ke aras yang sepatutnya, maka sudah tentu muka akan tampak manis dan seolah-olah tersenyum. Justeru garisan dan lekuk pada wajah perlu dibetulkan jika seseorang mahu kelihatan berwajah riang.

Secara saintifik muka kita disokong oleh otot-otot. Otot yang bergerak digunakan bagi pergerakan seperti sewaktu makan, meniup belon juga sewaktu senyum. Otot yang tidak bergerak terdapat pada muka berfungsi untuk memegang muka. Apabila dimamah usia otot-otot menjadi kendur dan lembik membuatkan muka nampak berkerut dan jatuh. Jika otot ini dapat ditegangkan maka hasilnya muka akan tampak tegang semula. Sementelah apabila usia menganjak ke 40-an ke atas, semua otot mula longgar dan ke bawah.Persoalannya, wujudkah rawatan yang boleh membetulkan semula kedudukan otot-otot muka ni??

Rawatan serdev adalah rawatan yang tepat dan terbaik.

TEKNIK SERDEV

Apa itu serdev?? Serdev adalah salah satu rawatan yang bertujuan untuk menengangkan. teknik ini diaplikasi dengan meluas di Barat dan di benua Eropah. Orang Eropah sangat sukakan Teknik Serdev. Mereka menggunakannya dengan meluas bagi menegangkan muka mencantikkan punggung (agar tidak jatuh), buah dada, mengecilkan hidung yang kembang dan pelbagai lagi. Baru 5 tahun teknik ini diperkenalkan di Malaysia. Sudah tentu kita belum sampai ke tahap orang eropah. Oleh itu, di negara kita menggunakan teknik serdev untuk menegangkan muka. Teknik ini dicipta bagi mereka yang mahukan wajah dan bahagian-bahagian yang kendur kelihatan tegang dan mantap.

Rawatan ini menggunakan benang khas yang diletakkan di bawah kulit kepala. Benang ini mampu menarik otot yang memegang muka ke atas semula. Teknik Serdev dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi kerana ia tidak memerlukan bius keseluruhan (general anesthesia). Sebaliknya hanya memerlukan bius yang sangat minimum pada kulit kepala sahaja.

Uniknya, rawatan serdev tidak memerlukan masa yang panjang sehingga perlu tinggal lama di wad misalnya untuk mendapatkan wajah yang cantik dan kelihatan lebih muda.

Hanya mengambil masa selama satu hingga 2 jam, pelanggan mendapatkan rawatan tersebut tidak merasa merasa sebarang kesakitan dan tidak akan mengganggu masa harian mereka.

Selain daripada rawatan yang menjimatkan masa, rawatan ini juga sangat ringkas kerana hanya menggunakan benang dan jarum. Oleh itu, rawatan ini selamat, berkualiti kerana dapat bertahan selama 10 tahun, berkesan tiada kesan sampingan, dan benang yang digunakan juga halal kerana berasaskan tumbuh-tumbuhan serta mengandungi probiotik, vitamin-vitamin, vitamin C, kolagen dan fiber.

Oleh kerana ia begitu sesuai bagi kita yang aktif bekerja ia turut dikenali sebagai non incisional face lift atau non scar method. Rawatan boleh digunakan untuk mengangkat kening yang jatuh, dan kelopak mata yang kendur membuat mata lebih luas terbuka.

Scroll to Top