Supplement Yang Membantu Membuka Pintu Sel Lemak

Supplement Marissa di pilih dari jenis yang semulajadi dan berkesan kepada penurunan berat badan. 3 supplement penting untuk menurunkan berat badan ialah:

  1. Dmagnesium
  2. Glutathione
  3. Selenium

Mengapa kita memerlukan suplement Marissa d magnesium?
Kekurangan magnesium boleh menyebabkan simptom-simptom ketara seperti:

  • Tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.
  • Kerosakan buah pinggang dan hati.
  • Kerosakan peoxynitrite yang boleh membawa kepada penyakit Alzheimer, sakit kepala (migrain), sclerosis atau glukoma.
  • Kekurangan nutrien termasuk Vitamin K, B1, kalsium dan kalium.
  • Simptom PMS akan bertambah buruk.
  • Gangguan dan perubahan emosi.
  • Insomnia dan masalah tidur.
  • Osteoporosis.
  • Sukar turunkan berat badan
  • Kelemahan dan kekejangan otot.
  • Mati pucuk.

Apakah itu Marissa glutathione?
GSH adalah protein semula jadi yang melindungi setiap sel, tisu dan organ daripada sebarang radikal bebas, toksin dan penyakit. Ia mengandungi tiga asid amino penting: asid glutamik, sistein dan glisin. Bersama-sama, ketiga-tiga ini dapat membantu untuk membaiki kerosakan sel: kerosakan yang disebabkan oleh radiasi, pencemaran, tekanan, jangkitan dan sebagainya.
Dalam badan, glutathione dihasilkan di dalam hati, ia memainkan peranan signifikan dalam proses metabolisme sel. Ia juga bertanggungjawab untuk memastikan imun berfungsi secara normal dan membantu untuk mendetoksifikasikan badan serta darah. Walaupun anda mungkin tidak pernah mengetahui tentang kewujudan glutathione, namun menurut lebih daripada 90,000 artikel saintifik, GSH adalah satu antioksidan terpenting untuk menjamin kesihatan tubuh badan anda. Malah, sesetengah pakar mempercayai ia sama penting seperti oksigen, makanan dan air – sekurang-kurangnya pada peringkat selular.

Bagaimana glutathione memberikan impak terhadap kesihatan badan anda?
Glutathione boleh memberikan manfaat besar kepada kesihatan kita.

  • mengurangkan kesakitan otot dan sendi (terutamanya kepada pesakit artritis kronik),
  • melambatkan proses penuaan dan menguatkan sistem imun anda.
  • membantu untuk melawan jangkitan, penyakit dan bakteria jahat.
  • meningkatkan tenaga badan – Glutathione membantu sel-sel badan kekal dicas sepenuhnya supaya anda dapat menikmati tenaga dan ketahanan yang tinggi buat sepanjang hari.
  • menyahtoksik hati dan sel-sel – GSH adalah sejenis antioksidan yang paling besar dalam badan. Ia membuang toksin dari setiap sel, organ dan sistemnya.
  • berkesan dalam usaha menghapuskan karsinogen, logam berat, racun perosak, radiasi dan banyak lagi.
  • meningkatkan kejelitaan dan tona kulit.
    Meningkatkan kejelitaan dan tona kulit – GSH dipercayai untuk meningkatkan bukan sahaja kompleks kulit anda, tetapi kesihatan keseluruhan kulit anda juga.
  • meningkatkan pertumbuhan rambut dan memberikan kejelitaan pada setiap helaian.
  • mengurangkan kecenderungan untuk terkena selaran matahari.
  • meningkatkan tahap kebolehan kognitif – Sekali gus tumpuan dapat difokuskan, membantu melenakan tidur malam dan melawan tekanan dan kebimbangan.
  • menjauhkan kemunculan penyakit degeneratif dan melawan kedutan serta garis-garis halus di muka.

Selain itu, satu lagi cara yang baik GSH boleh memberikan impak dapat dilihat selepas melakukan senaman. Ia telah dikenali untuk benar-benar meningkatkan prestasi sukan dan menjadikan proses pemulihan menjadi lebih lancar. Dalam jangka masa panjang, ini bermakna lebih banyak otot tanpa lemak berlebihan dapat dihasilkan dan meningkatkan kadar metabolisme agar anda boleh membakar lebih banyak kalori – sekali gus menurunkan lebih banyak berat badan, walaupun ketika sedang berehat.

MARISSA SELENIUM

Antioksidan – bertindak sebagai antioksidan dan perlindung terhadap tekanan oksidatif. Kebaikan selenium termasuklah keupayaan untuk melawan proses penuaan dan membantu sistem imun dengan mengurangkan kerosakan radikal bebas. Selenium mempunyai kesan sinergi dengan antioksidan lain seperti Vitamin E: membolehkan tubuh untuk melawan tekanan oksidatif dan mempertahankan pertumbuhan kanser seperti kanser prostat dan kolon.

Kelebihan Marissa selenium

  • Selenium merupakan komponen penting dalam peroxidase glutation, yang merupakan enzim penting bagi proses yang melindungi lipid (lemak) dalam membran sel. Selenium diperlukan untuk melawan kemerosotan oksidatif sel-sel dan melindungi daripada mutasi serta kerosakan DNA yang boleh menyebabkan kedatangan penyakit.
  • Membantu mempertahankan badan menentang kanser – Selenium adalah amat membantu jika anda memiliki sistem imun yang lemah atau mempunyai sejarah kanser dalam keluarga. Campur tangan menggunakan rawatan selenium pada dos tinggi telah membuktikan bahawa kebolehan selenium untuk menentang sel-sel kanser dalam badan adalah positif. Menurut kajian, selenium berkesan untuk mengurangkan risiko kejadian kanser yang menyebabkan kematian dan khususnya kanser hati, prostat, kolo-rektum dan paru-paru.
  • Selenium bertindak sebagai mekanik kecil dalam badan. Ia akan memasuki ke dalam nukleus sel di mana DNA dan genom disimpan serta akan mencari sebarang kerosakan (jika ada). Ia akan melekat sebagai perlindungan antioksidan seperti glutathione dan kemudian mengurangkan serta memperbaiki kerosakan yang berlaku kepada DNA – jika dibiarkan dan tidak dilindungi oleh selenium, ia boleh membawa kepada mutasi sel kanser dan pertumbuhan tumor.
  • Meningkatkan imuniti – Menurut kajian, selenium diperlukan agar sistem imun dapat berfungsi dengan baik dan boleh hadir sebagai nutrien utama dalam mengimbangi pembangunan virus termasuklah HIV. Bagi pesakit yang sudah dijangkiti, selenium telah terbukti dalam melambatkan perkembangan AIDS.
  • Meningkatkan aliran darah dan mengurangkan kemungkinan untuk terkena serangan jantung – kepekatan selenium yang rendah dikaitkan dengan masalah peningkatan risiko penyakit kardiovaskular. Suplemen selenium atau peningkatan pengambilan makanan yang mengandungi selenium mungkin dapat mencegah penyakit jantung koronari.
  • Mengawal fungsi tiroid – penyelidikan terkini menunjukkan, melalui kebanyakan kajian bahawa sama ada kaitan di antara metabolisme tiroid dengan faktor kekurangan selenium. Selenium bertindak sebagai pemangkin pengeluaran hormon tiroid aktif. Jika anda membayangkan bahawa badan anda adalah fasiliti pembinaan, tiroid anda mungkin berperanan sebagai bos utama yang bertanggungjawab untuk mengawal keseluruhan selia sistem operasi, jadi apabila tiroid tidak berfungsi dengan betul, maka kemunculan keadaan serius akan meningkat.

dmag selenium glutathione

Scroll to Top