Posts

INCOME MOBILE SPA LAGI TINGGI DARI GAJI BULANAN!

Bayangkan betapa seronoknya apabila kita menggunakan modal yang sedikit, tetapi pulangannya besar. Bayangkan semakin hari semakin banyak yang datang untuk menerima produk atau servis daripada kita dan memuji-muji servis kita. Sampailah semakin lama anda mula mendapat keuntungan sepuluh kali ganda daripada modal pertama anda. Dapat pula stok produk yang berkualiti bernilai RM4500 tapi dengan harga kos yang murah. Dalam RM2900 sahaja (harga promosi early bird tak sampai RM2000).

Tapi, bisnes apa yang modal rendah tapi pulangannya besar? Kalau nak berniaga pilihlah yang modal kecil. Kalau terfikir nak buka kedai sendiri siasat dulu berapa kos bulanan yang perlu dikeluarkan. Antara perniagaan yang bermodal kecil adalah bidang servis seperti mobile spa.

Namun, mobile spa juga perlu bersaing dan memerlukan sistem rawatan yang terbaik untuk berjaya. Berapakah modal yang diperlukan bagi mobile spa? Jawapannya, tidak sampai RM2000 dengan harga promosi hangat.  Berapakah pendapatan bisnes mobile spa pula? Jawapannya adalah melebihi RM20K sebulan.

Ini adalah fakta dan jika anda berminat menjadikan mobile spa sebagai kerjaya anda, anda memerlukan ilmu agar servis yang anda berikan berjaya memikat hati pelanggan anda. Adakah ilmu sahaja mencukupi? Sudah tentu tidak. Anda memerlukan produk mobile spa yang lain dari yang lain, sangat berkualiti dan menjadi pilihan semua pelanggan. Jika produk yang digunakan tidak berkesan, anda akan mendapat aduan dari pelanggan.

Dalam zaman yang mencabar ini, bukan mudah hendak mencari duit. Kos sara hidup pula amat tinggi. Oleh itu, wajarlah jika anda ingin mencari kerjaya sampingan untuk mendapatkan duit sampingan. Untuk berniaga jual barang pun bukan mudah. Jadi, apa kata kalau anda menjual servis? Servis seperti mobile spa pula amat sesuai untuk gaya hidup masa kini.

Marissa Aesthetic bersedia memabantu anda menjadi pengusaha mobile spa Marissa yang terbaik. Kami telah banyak membimbing usahawan mobile spa selama ini dan hasilnya amat membanggakan. Dengan menggunakan sistem rawatan Dr. Rushmini, masalah kecantikan akan dapat diatasi dengan mudah.

Sistem rawatan Dr. Rushmini membolehkan seseorang usahawan itu mendapatkan nasihat dan bimbingan berterusan dari Dr. Rushmini.

Sebagai usahawan mobile spa, anda akan diberi bimbingan berterusan melalui platform komunikasi kami dan berhubung secara langsung dengan kami bagi mengatasi masalah pelanggan anda.

Apakah kelebihan menjadi pengusaha mobile spa Dr. R Marissa?

  1. Anda akan diberi kelas percuma tentang cara menggunakan peralatan dan produk serta cara merawat kulit wajah dengan berkesan.
  2. Anda akan diberikan hands-on training tentang teknik facial di pusat kecantikan Marissa Aesthetic dan akan dijalankan oleh pakar Marissa.
  3. Dalam bulan pertama, in sha Allah pulangan balik modal akan berjaya dicapai dengan mengikuti langkah-langkah yang dicadangkan.
  4. Anda akan dilantik secara langsung sebagai distributor bebas produk Marissa yang berkualiti tinggi dan mendapatkan pendapatan sampingan jualan produk Marissa.
  5. Anda secara langsung menjadi konsultan bebas Marissa dan dibayar yuran konsultasi oleh Marissa.

Apa yang anda akan dapat?

  1. Sijil mobile spa Marissa
  2. Kelas mekap dan mobile spa percuma
  3. Perniagaan tanpa kedai
  4. Name tag Marissa
  5. Masa belajar fleksibel
  6. Tenaga pengajar yang bertauliah dan profesional
  7. Sokongan dan latihan berterusan
  8. Jaringan produk berkualiti dari Dr. Rushmini
  9. Yuran yang berpatutan (hanya RM250 kelas basic dan produk facial akan diberikan terus)

Siapa yang perlu join?

lWanita yang obses dengan kecantikan

lSuri rumah yang ingin menjana pendapatan sampingan memandangkan sekarang mobile spa merupakan trend

lSesiapa yang masih bekerja dan mahu mencuba perniagaan dalam bidang kecantikan sambil mencari side income

lAnak-anak lepasan sekolah yang berminat untuk menjadi usahawan kecantikan

lTiada had umur, yang penting anda mempunyai minat

Cara mengira keuntungan dalam pusingan pertama mobile spa Dr. R:

Jumlah pelanggan bagi pusingan pertama 100 orang

Harga dicadangkan 100 ke 200 bagi facial sahaja menggunakan Dr. R Marissa nano tech machine

Pendapatan bulan pertama RM10K hingga RM12K

Apakah yang ada dalam Dr. R mobile spa kit?

  1. 200 ml Dr. R 3-way cleanser (3 unit)
  1. 200 ml Dr. R Magnetic Magic Mask (2 unit)
  1. 200 ml Marissa Skin Repair (2 unit)
  1. Jelly moist 2 Way Cake (4 unit)
  1. Skin Love Velvet (2unit)
  1. Nano spray (2 unit)
  1. Machine (1 unit)
  1. Sponge (2 unit)
  2. Bowl (1 unit)
  3. Facial towel (2 unit)
  4. Tissue
  5. Bag

l KELEBIHAN MENGGUNAKAN DR. R 3-WAY CLEANSER

-Digunakan sebagai pencuci muka

-Boleh melembapkan kulit wajah

-Boleh membuang dan mencuci mekap

l KELEBIHAN MENGGUNAKAN DR. R MAGNETIC MAGIC MASK

-Menghilangkan whitehead dan blackhead tanpa rasa sakit

-Wajah tiada kesan kemerahan

-Hanya memerlukan tisu biasa untuk memudahkan proses menanggalkan mask

-Hanya perlu gunakan sedikit sahaja, tidak perlu lapisan mask yang tebal

l KELEBIHAN MARISSA SKIN REPAIR

– Mengandungi vitamin dan mineral semula jadi untuk kulit

– Mencerahkan dan melembapkan kulit

– Merawat jerawat dan parut serta melicinkan kulit

– Memudakan sel wajah

– Mengaktifkan pengeluaran kolagen

– Merawat kedutan

– Menjadikan wajah tampak lembut dan berseri

– Menambahkan kecantikan solekan

– Menghilang bintik hitam dan mencegah noda hitam

– Rawatan kulit sensitif dan kering

l KELEBIHAN JELLY MOIST 2 WAY CAKE

– Tidak menipiskan kulit

– Sesuai untuk semua jenis kulit

– Tidak melekit atau berminyak

– Tidak meninggalkan kesan bercapuk

– Melindungi kulit dari sinaran UV matahari

– Mengandungi bahan semulajadi, selamat dan tiada kesan sampingan

l KELEBIHAN MARISSA SKIN LOVE VELVET

– Tahan lama dan ringan

– Mengawal pori terbuka

– Wajah lebih lembut & berseri

– Mengandungi bahan semulajadi

– Sesuai sebagai sapuan asas makeup

– Melindungi kulit dari sinaran UV matahari

– Menjadikan wajah lebih glowing selepas makeup

– Wajah lebih tegang, muda dan jelita

l KELEBIHAN NANO SILVER WATER SPRAY

– Mengeringkan dan menghilangkan jerawat dalam masa yang singkat
– Dapat menyembuhkan alergik
– Menyegarkan muka
– Menyembuhkan ulser dan kudis

Ciri -ciri mesin:

  1. Menggunakan teknologi dari Itali (original)
  2. Ringan
  3. Fleksibel
  4. Ketahanan bateri selama 10 jam
  5. Mudah untuk dicas (boleh dicas spt telefon bimbit, di powerbank, laptop)
  6. Tidak kasar
  7. Mempunyai 4 fungsi canggih

4 fungsi canggih mesin:   

  1. Sistem pembersihan automatik – menyingkirkan sel kulit mati dan sisa pencuci muka, menghilangkan kotoran seni
  2. Teknologi getaran ionic – menolak masuk vitamin dan serum jauh ke dalam kulit wajah dengan efisen
  3. Urutan berkusyen – boleh menghilangkan eyebag, baik untuk sistem limfatik dan pengaliran darah
  4. Teknologi penyegaran dan penyejukan cool plate – penyejukan pantas sehingga 5 darjah celcius untuk menutup pori-pori wajah dengan pantas

Kelebihan menjadi agen Marissa:

  1. Mendapat 30% diskaun untuk pembelian produk bagi customer di bawah anda
  2. Boleh menjadi konsultan bebas Marissa
  3. Agen boleh mendapatkan bekalan produk dengan harga istimewa agent price sahaja

Kita saksikan pendapat mereka yang menceburi bidang mobile spa dan apa yang mereka rasa.

SABRINA

Nama saya Sabrina, saya bekerja sebagai kerani ofis. Saya telah bekerja selama bertahun-tahun tetapi saya sentiasa mempunyai masalah kewangan. Begitu juga dengan suami. Gaji sebulan hanya RM2K sahaja. Memang tak cukup dengan kos sara hidup yang tinggi. Nak bayar sewa rumah, kereta, keperluan harian, keperluan untuk anak dan sebagainya.

Saya cuba buat kerjaya sampingan tetapi memang susah nak dapat pelanggan disebabkan persaingan yang sangat kuat. Saya ada cuba buat mobile spa, tetapi malangnya produk yang saya gunakan kurang berkesan dan menyebabkan saya sering mendapat feedback negatif daripada pelanggan.

Kemudian, saya mendapat tahu tentang kursus mobile spa yang Marissa Aesthetic adakan. Setelah saya belajar di sana barulah saya tahu bahawa kualiti produk juga amat penting selain skill membuat rawatan. Produk juga menggunakan produk mereka dan alhamdulillah saya mula menerima feedback yang baik dari pelanggan. Kebanyakan mereka kata sukakan cleanser yang saya gunakan sebab wangi dia tahan lama. Mask yang saya gunakan untuk whitehead dan blackhead pun mereka suka sebab tak menyakitkan apabila ditarik. Sampai ada pula yang tanya boleh tak kalau mereka nak beli sendiri produk itu dari Marissa melalui saya. Teringin nak buat sendiri dekat rumah.

Setelah empat tahun saya buat mobile spa, baru setahun inilah saya dapat customer seramai ini. Rata-ratanya puji produk yang saya gunakan. Masa cuti saya hanyalah pada Sabtu dan Ahad tapi semenjak saya buat mobile spa ini, semakin sibuk saya dibuatnya. Penat tu memang penat. Kadang-kadang dari pagi sampai ke petang saya buatkan facial untuk customer. Kalau boleh saya nak balance antara kerja, kerja sampingan dan keluarga. Jadi saya buat secara berselang minggu. Kalau minggu ini saya buat mobile spa, minggu depannya saya fokus pada rumahtangga. Uruskan hal kami anak-beranak. Tak mahulah saya mengejar customer sampai anak terabai.

Untuk setakat ini walaupun saya buat secara berselang minggu, saya masih mendapat pulangan yang tinggi. Pernah saya cuba buat empat minggu berturut-turut untuk Sabtu dan Ahad, hasil pulangannya berkali ganda daripadai modal yang saya keluarkan untuk satu set mobile spa. Customer puji dan menggalakkan saya untuk terus berniaga dalam bidang ini. Sekarang, saya tidak risau lagi dengan tunggakan kereta memandangkan pendapatan hasil dari bisnes mobile spa kini mencecah RM5K, ditambah pula dengan gaji yang sedia ada. Alhamdulillah kini saya sudah mampu untuk membayar serba serbi dan tiada lagi masalah kesempitan wang. Terima kasih Marissa Aesthetic sebab bantu saya untuk memajukan diri dalam bidang mobile spa yang dah lama saya ceburi.

SARAH

Nama saya Sarah. Saya merupakan graduan universiti awam untuk ijazah sarjana muda. Saya telah apply kerja di beberapa tempat. Saya dapat pergi beberapa interview tetapi malangnya saya ditolak. Semakin lama, hidup saya semakin susah disebabkan saya perlu menanggung kos keperluan harian saya sekeluarga saya dan adik saya yang masih bersekolah. Saya betul-betul kesempitan wang.

Ada kawan yang mengajak saya untuk memulakan bisnes tetapi pada mulanya saya menolak kerana memerlukan modal yang tinggi. Setelah dia memberitahu Marissa Aesthetic ada menawarkan kursus mobile spa untuk sesiapa yang berminat, jadi kami berdua pun terfikir untuk apply bagi mengikuti kursus tersebut. Di sana, kami diajar segala yang berkaitan dengan bidang mobile spa supaya kami menjadi lebih terlatih. Modal yang diperlukan pun memang betul-betul rendah. Hanya untuk keperluan bisnes sahaja.

Walau bagaimanapun, saya berasa kurang yakin kerana kursus yang diadakan adalah secara percuma. Jadi, saya mencuba sendiri produk mereka sewaktu saya ke Marissa Aesthetic untuk menemani rakan saya dan saya sendiri berpuas hati dengan hasilnya. Setelah yakin dengan produk mereka, barulah saya mengikut kawan saya dalam kursus itu.

Alhamdulillah kini telah hampir dua tahun saya menjalankan bisnes mobile spa ini, pendapatan bulanan saya semakin meningkat dan tidak lagi kesesakan wang seperti sebelum ini walaupun belum lagi di tahap mewah. Saya bersyukur kerana dari hari ke hari, pelanggan yang mahukan servis mobile spa saya bertambah. Saya ada juga tengok-tengok update rakan-rakan yang join sekali kursus mobile spa Marissa dengan saya. Dan saya nampak bisnes masing-masing laju. Makin meriah dengan share feedback daripada customer.

Harap-harapnya bisnes saya ni berjalan dengan lancar dan semakin maju. Terima kasih Marissa Aesthetic Semenyih. Dan selamat maju jaya juga kepada rakan-rakan lain yang sama-sama menghadiri kursus mobile spa Marissa. Semoga usaha kita semua dipermudahkan.

AZEAN

Selama ini, saya tak dapat nak bantu customer yang datang dengan masalah jeragat. Saya hanya mampu buatkan facial sahaja. Tapi kini setelah menjadi agen Marissa, saya dapat membantu mereka. Jika saya ada sebarang kemusykilan, saya boleh terus berhubung dengan Marissa Aesthetic dan meminta guide dari konsultan mereka. Saya memang sudah hampir dua tahun buat bisnes mobile spa, tetapi saya hanya buat facial biasa saja.

Apabila customer ada masalah seperti jeragat, kulit muka semakin kurang tegang, sedikit sebanyak bolehlah saya berikan tips atau cadangan pada mereka. Kalau ada masalah jeragat, mungkin mereka boleh cuba produk Marissa macam Marissa White & Glow. Kalau nak tegangkan kulit, kurangkan kesan stretch marks, boleh cuba pakai Marissa Firm Up dan Shape Up. Kalaulah katakan mereka tak ada masa nak pergi dan beli sendiri produk di Marissa Aesthetic, mereka boleh juga beli di bawah saya. Jadi, next time saya datang untuk buatkan rawatan, boleh saya bawak sekali produk untuk mereka.

Kalau ada yang kulit bermasalah macam nampak kusam tu, setelah beberapa kali buat rawatan dengan saya, alhamdulillah saya boleh nampak perubahan. Customer sendiri pun cakap wajah rasa makin fresh. Ramai juga yang baru tahu tentang mobile spa dan saya merupakan owner mobile spa yang pertama mereka panggil. Setelah hampir lapan bulan saya buat bisnes ini, saya sudah ada ramai regular customer yang kebanyakannya dari golongan yang bekerjaya. Jadi mereka tak ada masa sangat nak pergi ke spa untuk memanjakan diri.

Setakat saya buat servis ini, alhamdulillah tak ada lagi feedback yang negatif daripada customer. Mereka ada juga berikan suggestion dan sebagainya. Tapi yang paling biasa mereka akan tanya tentang tips kecantikan. Setiap kali ada customer yang kata mereka rasa dan nampak perubahan pada wajah mereka, setiap kali itulah saya berasa puas hati dengan feedback mereka. Gembira tu mestilah sebab saya tahu saya dapat membantu orang lain untuk berasa lebih yakin dengan keadaan mereka sekarang.

Kalau ada yang tanya mana saya belajar buat mobile spa, saya akan kata saya join kursus mobile spa Marissa by Marissa Aesthetic. Saya diajar tentang pelbagai perkara yang perlu saya tahu apabila nak buat servis ini. Produk pun pakai produk mereka dan nampaknya customer suka dan kata ada kelainan. Favourite customer saya adalah cleanser dia. Wangi tahan lama dan ada rasa sejuk-sejuk macam mint tu katanya. Wajah pun rasa smooth. Terima kasih Marissa kerana membantu saya untuk menjadi pengusaha mobile spa yang lebih baik.

ATHIRAH

Saya memang seorang berminat dengan bisnes. So sejak zaman sekolah lagi, memang saya dah try pelbagai jenis bisnes termasuk bisnes online untuk barangan mekap, baju, tudung dan sebagainya. Jadi dropship pun ada. Tetapi saya terigin nak buat bisnes yang menggunakan servis macam buat facial. Sewaktu di kolej, saya suka buatkan facial untuk kawan-kawan sampai satu tahap mereka kata mereka akan bayar saya sebab dah selalu sangat buat. Produk yang digunakan pula memang saya beli sendiri. Jadi saya terfikir kalau ada masa dan peluang, saya nak buat bisnes facial secara serius di samping online business yang memang saya buat sampai sekarang.

Apabila habis saja diploma, saya terfikir untuk mencari kerja sementara di spa. Jadi saya pun bertanya kalau-kalau spa berkenaan nak terima pekerja baru. Alhamdulillah saya diterima. Di sana saya bermula tanpa asas, tetapi setiap hari saya perhatikan senior saya buat facial dan saya cuba implement skill yang saya lihat waktu saya buat facial. Tapi masalah juga bila ada customer yang complain waktu saya yang buat facial. Apa boleh buat, saya pun tak pernah belajar secara formal. Apa yang saya praktikkan hanyalah dari Youtube dan hasil yang saya search dari internet.

Sampai satu masa, saya dapat tahu pasal mobile spa. Saya pun cari maklumat pasal mobile spa. Rupanya sekarang ni memang ramai yang dah buat bisnes tu. Keuntungan dia pun ramai yang dapat jauh lagi mahal dari gaji pekerjaan tetap mereka. Saya mula berkira-kira modal yang mungkin diperlukan kalau saya nak cuba bisnes ini. Selama ini saya buat kerja online pun memang banyak pakai modal tapi asalkan pandai nak promote terutama waktu-waktu yang kemuncak nak buat sale, memang banyak untung.

Tapi untuk mobile spa ni, kalau saya betul nak buat, saya perlu jumpa sendiri bakal customer kalau nak promote pada peringkat awal ni selain menggunakan media sosial. Nak gain trust daripada customer itu sendiri pun sudah cukup mencabar bagi yang kurang pengalaman macam saya ni. Apatahlagi servis ni memang kita direct terus dengan customer, bukan macam jual baju. Asalkan barang okay saja, bisnes okay.

Tetapi alhamdulillah mak ayah saya pun support saya buat bisnes ini. Waktu itu saya memang cari kursus untuk mobile spa di internet dan saya jumpa Marissa Aesthetic punya. Saya cari lagi informasi mengenai kursus yang mereka akan buat nanti. Dalam banyak-banyak tempat itu, kebanyakannya memang mempunyai feedback yang baik daripada peserta kursus. Yang membezakan adalah modal yang diperlukan untuk peserta join kursus itu dan itulah sebabnya saya mengikuti kursus mobile spa Marissa. Untuk permulaan ini, saya nak cari yang murah-murah saja sebab saya pun tak tahu lagi apa cabaran yang akan saya hadapi. Modal pula mak ayah saya mahu support untuk saya sebab ini bidang baru yang saya nak mulakan sendiri. Itu yang buatkan saya jadi semakin bersemangat nak mula. Sejak memulakan bisnes ini, macam-macam cara saya buat nak bagi orang lebih kenal lagi nama bisnes saya.

Saya post mengenai mobile spa saya di Facebook dan Instagram memandangkan di situ saya memang dah ada ramai followers. Selepas buat rawatan, saya biasanya akan minta izin untuk share gambar customer saya. Dan kalau ada yang sporting sikit, mereka akan volunteer sendiri untuk saya ambil video feedback mereka dan saya akan post di kedua-dua medium itu.

Mula-mula ada juga yang tanya saya, boleh ke saya nak bahagikan masa untuk bisnes online saya dan mobile spa. Kalau nak diikutkan, memang tak ada yang mudah. Nak-nak lagi saya seorang yang handle. Awalnya dalam seminggu itu, ada dalam tiga atau empat hari saja saya buat mobile spa. Hari lain saya uruskan online business.

Kalau dari segi pelajaran pula, ibu dan ayah tak ada masalah kalau saya nak buat pengajian jarak jauh. So saya ambil course degree bukan secara full time. Bila dah mula belajar, memang semakin payah lagi saya nak uruskan rutin harian. Tapi lama-lama saya dah terbiasa. Yang penting minat dan semangat tu jangan berkurangan. Alhamdulillah dengan hasil pendapatan mobile spa saja pun saya dah mampu nak biaya yuran pengajian dan sebagainya sehingga tamat degree.

Dan sekarang, saya dah habis pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Saya tak ada apply kerja di mana-mana. Tetapi saya hanya berikan fokus yang lebih kepada kedua-dua bisnes yang dah lama saya jalankan. Ada juga waktu-waktu yang saya buat facial lima hari seminggu. Penat memang penat tapi seronok. Bila regular customer contact nak buat facial lagi, memang ceria saya seharian dalam penat-penat tu. Iyalah, kalau ada regular customer ni maksudnya dia sukakan servis kita. Mungkin dari segi layanan, teknik rawatan mahupun produk yang saya gunakan.

Pendapatan dari sehari ke sehari itu memang alhamdulillah sangat menguntungkan. Misi saya adalah untuk mengembangkan lagi bisnes ini dan kalau boleh, biarlah sampai saya mampu nak bayar beberapa orang pekerja. Bolehlah saya buat team saya sendiri. Ada rezeki, saya akan sambung pelajaran lagi di samping menjalankan bisnes seperti biasa.

Apa-apa pun, terima kasih Marissa kerana mengadakan kursus yang telah menjadi batu loncatan untuk saya jalankan bisnes di peringkat yang lebih baik lagi. Produk yang dibekalkan pada saya pun memang berkualiti dan saya memang sering mendapat pujian dari customer. Terima kasih sekali lagi.

 

SHAHEEDA

Sudah bertahun-tahun saya teringin hendak cuba untuk buat bisnes. Tapi saya tahu kalau orang nak buka bisnes ni kena ada modal yang bukan sedikit. Wang simpanan saya di bank memang tak cukup kalau nak dibuat modal. Takut juga kalau bisnes tak menjadi, saya dah tak ada sumber lain nak buat backup. Saya merupakan seorang suri rumah. Ada masa, kami kesempitan wang juga. Tambahan saya ada tiga orang anak yang bersekolah rendah dan menengah. Duit memang banyak nak pakai.

Saya mencari juga kalau-kalau ada bisnes yang boleh guna modal tak sampai RM5K. Saya tahu kalau nak buka gerai pun sekarang ada kena sewa tapak apa semua. Kalau kedai lagilah nak bayar sewa bulanan. Itu sebab saya cuba nak cari yang tak memerlukan kedai atau gerai.

Sementara itu, saya ada juga terima tempahan kek untuk harijadi dan sebagainya tapi bukannya selalu orang nak tempah dengan kita. Orang lebih suka pergi ke kedai kek dan pilih sendiri mana yang dah siap depan mata. Ada masa orang tempah kek cawan untuk kenduri kahwin, tapi itulah. Sangat jarang. Lagipun, saya nak juga kerja macam orang lain. Tidaklah duduk dalam rumah mengemas semata-mata. Jadi saya cari kerja apa yang mungkin sesuai dengan saya. Kerja yang bukan kerja tetap macam di ofis tu sebab ada masa saya nak kena uruskan hal keluarga. Masa kerja kena bebas.

Sampailah satu masa, saya dapat tahu salah seorang rakan saya nak buka bisnes spa. Mula-mula saya ingatkan dia nak buka spa yang biasa tu. Rupanya mobile spa. Jadi, dia yang akan pergi ke tempat customer dan masa kerja dia boleh tetapkan sendiri. Dia kata dia bermula dengan join kursus. Bukan terus mulakan sendiri tanpa asas and semata-mata dengan minat. Semakin lama saya tengok bisnes dia semakin maju dan itu menyebabkan saya semakin teringin nak cuba bisnes. Akhirnya, saya tanya dia di mana kursus yang dia pergi tu dan apa yang dia dapat. Dia beritahu pada saya dia join kursus mobile spa Marissa Aesthetic sebab ternampak iklan di Facebook. Saya menjadi semakin tertarik apabila dengar cerita dia. Yang lebih menarik adalah modal yang diperlukan tidak sampai RM2K pun untuk memulakan bisnes ini. Kalau RM2K tu, mampulah saya nak keluarkan duit buat modal.

Saya berbincang dengan suami dan dia pun bersetuju kalau saya betul berminat nak buat bisnes mobile spa ini. Apabila saya nampak saja iklan mobile spa dari Marissa Aesthetic, terus saya klik dan hubungi konsultan mereka. Dah lama fikir, jadi bila saya dah memang betul-betul rasa bersedia saya tak tunggu dah. Jadi, saya confirmkan nak join kursus mereka dan saya diajar cara-cara nak buat rawatan serta pengetahuan lain yang perlu diketahui oleh seseorang yang ingin buat bisnes mobile spa.

Alhamdulillah sekarang saya dah nampak perbezaan dalam bisnes saya. Makin lama makin ramai customer yang contact saya dan kebiasannya mereka kata dengar mobile spa dari kawan dan sebab itu mereka minta saya datang. Dari segi keuntungan, memang berlipat kali ganda daripada harga modal yang saya keluarkan dulu. Terima kasih Dr. Rushmini dan Marissa Aesthetic kerana telah membantu saya dalam merealisasikan impian saya untuk berkecimpung dalam dunia bisnes dengaan lebih luas lagi.

ALEENA

Assalamualaikum semua. Leen nak share tentang bisnes mobile spa yang Leen buat selama beberapa tahun ni. Asalnya dulu, Leen memang ada cita-cita nak buat bisnes dalam bidang beauty ni. Kalau tengok orang buat facial tu memang Leen suka sangatlah. Tapi masalahnya Leen bekerja tetap. Jadi memang payahlah kalau nak buat kerja tambahan.

Leen sendiri pun memang selalu buat facial sebagai reward untuk diri sendiri selepas buat kerja. Takpun waktu Leen free dan saja nak buat relaxation macam tu, Leen akan pergi spa. Bila selalu sangat buat, Leen rasa teringin nak buat sendiri. Apabila Leen dah ada baby, so masa nak pergi spa tu memang tak adalah. Waktu itu Leen berhenti kerja sebab saja nak fokus pada dia. Lama dah plan, kalau ada baby memang Leen nak berhenti. Kalau nak sambung kerja pun tunggu dia besar sikit.

Disebabkan dah rindu sangat nak buat rawatan di spa, akhirnya Leen pun contact seorang owner mobile spa. Sejak daripada itu, Leen contact dia aje. Senang dan dah selesa pulak tu. Sampai satu masa Leen terfikir sendiri, macam mana kalau Leen buat sendiri spa tu. Kalau nak kata susah sangat pun, owner mobile spa tu bukannya bawa banyak sangat pun barang kalau datang ke rumah Leen. Pasal kemahiran dia tu kita boleh belajar, practice selalu.

Apabila baby dah besar sikit, kami hantar dia ke rumah pengasuh. Leen pun nak mula kerja dah, tapi masih lagi berfikir-fikir nak apply kerja di mana. Kalau boleh tak mahulah cuba di tempat yang lama sebab Leen lebih suka nak tahu sesuatu yang baru. Fikir punya fikir, sampailah idea. Kan selama ini Leen berminat nak buat facial dan sebagainya. So why not Leen pun cuba buat servis mobile spa.

Leen bincanglah dengan husband, mana tahu dia tak setuju. Apabila Leen dah dapat greenlight tu, Leen ajak owner mobile spa tu datang rumah untuk rawatan dan yang paling penting, Leen nak tahu macam mana dia start bisnes ni. Esok tu, dia datang rumah dan Leen pun sembang-sembanglah dengan dia. Leen kata Leen nak kerja macam dia juga. Dia belajar dari mana semua ni.

Owner mobile spa tu pun bagitahu, dia bukannya main redah aje buat bisnes macam ni. Tapi dia ada pergi kursus. Leen tanya dekat mana, dia kata dekat Marissa Aesthetic. Alahai kalau situ Leen tahu sangatlah. Leen ada pakai produk dia dan buat facial tapi tak tahu pula mereka ada buat kursus mobile spa. Dia kata kalaulah Leen betul berminat, Leen boleh daftar dan pergi sekali dengan anak dia yang baru habis degree tu.

Pasal modal untuk buka bisnes ni tak payah risau. Awal-awal lagi dia dah bagitahu dekat Leen, tak sampai RM2K pun. Macam tak percaya aje. Tapi bila Leen tengok sendiri iklan dia, wah memang betul rupanya. Ini yang makin excited ni. So dipendekkan cerita, Leen join anak dia pergi kursus mobile spa Marissa tu. Pergi sama-samalah sebab kami di Johor, kursus tu buat di tempat lain.

Tak mudah nak bagi orang kenal bisnes kita. Tapi dengan sokongan family dan bantuan mobile spa owner tadi tu, semakin mudahlah Leen nak meneruskan bisnes mobile spa ni. Thank you so much Marissa sebab adakan kursus mobile spa ni. Finally Leen dapat juga sijil dalam hal ehwal kecantikan ni. Tak sangka tau boleh berpeluang buat servis ni. Kalau ada yang bercita-cita macam Leen ni, bolehlah cuba. Kalau betul nak, in sha Allah ada jalan.

Hubungi rangkaian Marissa Aesthetic atau kunjungi kami

Marissa Aesthetic Semenyih (HQ)

No 26-1, Jalan Semenyih Sentral 4,

Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor

https://senang.la/nak/mobilespahq

Marissa Aesthetic Shah Alam

No G41 Laman Seri Business Park Jalan Persiaran Sukan Seksyen 13,

40100 Shah Alam. Selangor

https://senang.la/nak/mobilespashahalam

Marissa Aesthetic Kuantan

No 48A, 1&2 Floor, Jalan Putra Square 2, Chinatown Putra Square.

25200 Kuantan, Pahang

https://senang.la/nak/mobilespakuantan

Marissa Aesthetic Bandar Baru Bangi

D09-02 Plaza Paragon Point,

Jalan Medan Pusat, Pusat Bandar,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

https://senang.la/nak/mobilespabangi

Marissa Aesthetic Melaka

No 86, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka

https://senang.la/nak/mobilespamelaka

Marissa Aesthetic Kelantan

Level 21-AA-208 D’Perdana Sri Cemerlang,

Lot 319 Seksyen 27, Jalan Sri Cemerlang,

15300 Kota Bahru, Kelantan

https://senang.la/nak/mobilespakelantan

Marissa Aesthetic Senawang

42-2A, Tingkat 1, Perniagaan Senawang Jaya,  Senawang

70450 Seremban, Negeri Sembilan

https://senang.la/nak/mobilespasenawang

Marissa Aesthetic Kedah

Plot 2 (A02 Rumah Kedai) Condo 900,
Bandar Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah.

https://senang.la/nak/mobilespakedah

Marissa House JB (Taman Dato Onn) 

No 8 Jalan Perjiranan 12/15, Perjiranan 12,

Bandar Dato Onn

81100 Johor Bahru

https://senang.la/nak/mobilespajohor

Marissa House Miri
282, Jalan Hilltop Selatan,
98000 Miri, Sarawak
https://senang.la/nak/mobilespamiri

MARISSA menawarkan penyelesaian lengkap dalam estetik, pelangsingan dan anti-penuaan. Selain rawatan yang lengkap, Marissa juga mempunyai produk khusus untuk kecantikan dalaman, luaran dan suplemen kesihatan. Marissa Aesthetic & Wellness menawarkan pelbagai rawatan lengkap dan bermutu tinggi, yang menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pelanggan.