Tampil Muda Dengan SERDEV

[av_gallery ids=’1876,1877,1878,1879,1880′ style=’thumbnails’ preview_size=’portfolio’ crop_big_preview_thumbnail=’avia-gallery-big-crop-thumb’ thumb_size=’portfolio’ columns=’5′ imagelink=’lightbox’ lazyload=’deactivate_avia_lazyload’]

Teknik Serdev dicipta oleh seorang pakar berbangsa Bulgaria bernama Dr Nicholay Serdev. Teknik ini menggunakan benang khas (juga dipanggil benang kolagen) bagi mengangkat wajah. Hasilnya wajah akan menjadi lebih tegang dan tampak jauh lebih muda dari usia asal seseorang. Dengan teknik Serdev ini seseorang tidak perlu tinggal di hospital dan menjalani pembedahan yang meninggalkan parut kerana ia mengangkat wajah dengan teknik khas melalui lubang yang sangat kecil.

BILAKAH NAMPAK KESANNYA?

Kesan teknik serdev dapat dilihat dengan serta-merta dan hasilnya bertahan sehingga sepuluh tahun. Doktor terlatih Marissa mengambil masa selama lebih kurang sejam untuk melakukan rawatan teknik Serdev ini. Berbeza dengan rawatan lain, teknik Serdev ini tidak menyakitkan.

Ia tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak memerlukan pembedahan. Hasilnya amat memuaskan. Ia boleh digunakan untuk mengangkat kening, pipi dan juga menegangkan kawasan rahang. Rawatan ini juga dicipta untuk mengurangkan kenduran di wajah dan bahagian-bahagian badan yang menggeleber.

SERDEV: TEKNOLOGI KECANTIKAN TERKINI

Selain itu, teknik Serdev juga digunakan untuk membantu memperkecil dan membentuk anggota yang dikehendaki. Selepas melakukan rawatan ini, pelanggan akan mendapatkan wajah yang tegang dan mantap tanpa perlu tinggal lama di wad. Mengambil masa selama sepuluh minit hingga setengah jam (bergantung bahagian anggota badan), pelanggan tidak akan berasa sakit. Kaedah kecantikan terkini ini sangat ringkas kerana hanya menggunakan benang dan jarum. Mungkin bagi anda ia pelik kerana kebiasaannya prosedur ini digunakan untuk menjahit butang baju. Tidak perlu khuatir kerana teknik ini dijamin selamat, berkualiti, berkesan, tiada kesan sampingan, tidak kelihatan kesan teknik berkenaan. Produk yang digunakan juga halal kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Tips: Jika anda tidak mempunyai masa yang panjang untuk melakukan rawatan kecantikan, anda boleh mencuba rawatan ini yang sangat ringkas. Rawatan yang hanya beberapa minit ini membuatkan wajah anda tegang tanpa disedari oleh orang lain. Tahu2 je dah cantik!
SIAPA YANG PERLUKAN?

Rawatan ini dapat membantu wanita yang berhadapan masalah apabila usia meningkat dan kulit wajah yang mula jatuh, mengendur, menggeleber dan berkedut. Kebiasaannya, wajah kendur disebabkan lapisan bawah kulit yang dipanggil galeal jatuh. Dengan kaedah ini, ia menganjalkan kulit di bahagian kening (atas telinga) yang dipanggil temporal akan ditanda titik berbentuk empat segi. Kemudian jarum yang disangkutkan benang akan dicucuk kepada keempat-empat tanda titik itu.
RINGKASAN PROSEDUR

Benang yang tertinggal di dalam kulit (galeal), hujungnya yang terkeluar akan ditarik 45 darjah kemudian diikat. Kaedah yang sama akan dilakukan kepada bahagian kening di sebelah lagi. Hasil tarikan 45 darjah itu akan mengangkat kulit wajah dan galeal sehingga menjadikan wajah lebih tegang, menaik dan menirus di bahagian dagu. Jarum benang tidak akan kelihatan apabila bahagian hujung yang diikat akan digunting. Benang akan tertarik ke dalam dan menyerap ke dalam kulit dalam tempoh dua minggu serta kekal di dalamnya.

APLIKASI TEKNIK SERDEV
Rawatan ini amat berkesan digunakan untuk:

    menaikkan punggung,
    membentuk bibir,
    meruncing dagu,
    merawat dagu terbelah,
    membuat lesung pipit,
    menaikkan payu dara,
    menaik dan mengecilkan hidung,
    menaikkan pipi,
    menegangkan leher
    dan sebagainya

Keistimewaan kaedah ini ialah benang yang digunakan mengandungi probiotik, vitamin-vitamin, vitamin C, kolagen dan fiber.
Setelah rawatan dibuat, wajah tampak muda kerana segala kekenduran sudah di tarik ke atas semula. Kehebatan rawatan ini adalah tidak memerlukan mereka yang menjalaninya bercuti panjang dan tidak pula perlu dimasukkan ke hospital. Anda Cuma perlu datang ke klinik dan dalam satu jam rawatan telah pun selesai. Anda akan mendapat wajah yang baru tanpa kendur. Begitu mudah bukan?Oleh kerana ia begitu sesuai bagi kita yang aktif bekerja ia turut dikenali sebagai non incisional face lift atau non scar method. Rawatan boleh digunakan untuk mengangkat kening yang jatuh, dan kelopak mata yang kendur membuat mata lebih luas terbuka.

Semasa menjalani kursus Teknik Serdev yang diajarkan sendiri oleh pengasasnya di Bulgaria saya berpeluang melihat sendiri bagaimana teknik ini diaplikasi dengan meluas di Barat dan di benua Eropah. Orang Eropah sangat sukakan Teknik Serdev. Mereka menggunakannya dengan meluas bagi menegangkan muka mencantikkan punggung (agar tidak jatuh), buah dada, mengecilkan hidung yang kembang dan pelbagai lagi. Oleh kerana benang yang digunakan terdapat pelbagai saiz maka ia sesuai bagi mengangkat kening dan mencantikkan hidung juga. Semasa belajar di University of Bulgaria dalam bidang ini saya juga melihat pelbagai prosedur kecantikan lain yang sangat mengkagumkan dibuat di sana. Mereka menanam rambut palsu yang kelihatan hidup dan boleh diwarnakan dan dikerinting sesuka hati. Ini adalah solusi yang baik bagi pengidap alopecia yang serius terutamanya wanita. Di sana saya menyaksikan selebriti dunia yang terkenal menjalani rawatan. Bagi saya pengalaman itu tidak mungkin akan dilupakan selagi hayat dikandung badan.

Di negara kita bidang estetika masih lagi menjadi bidang yang baru dan masih banyak ruang yang perlu diterokai bagi kita untuk mencapai kemajuan yang begitu. Namun begitu doktor kita giat berusaha meningkatkan kepakaran masing-masing dengan mengikuti kursus di luar negara bagi mempelajari kepakaran yang tinggi dalam bidang ini.

[PENGAKUAN]

Saya adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Saya berusia awal 60-an dan suami pula beza lima tahun dari saya. Walaupun sering mengikuti suami ke majlis berkaitan urusan perniagaan, namun saya masih kekok untuk menyesuaikan diri di khalayak ramai. Kurang berkeyakinan kerana wajah nampak lebih tua daripada suami adalah sebab saya lebih gemar menyendiri. Wajah saya lesu dan tidak bermaya. Suami pernah mencadangkan supaya menjalankan rawatan kecantikan sebagaimana isteri-isteri rakan perniagaannya. Saya berpandangan rawatan kecantikan dan anti penuaan hanyalah satu pembaziran semata-mata dan tidak diperlukan.Sejak akhir-akhir ini saya berasa amat tertekan apabila wajah semakin tidak bermaya, kedutan semakin jelas dan pipi mula kendur dan tampak cengkung. Saya mempunyai masalah sukar tidur dan tiada selera makan. Akhirnya saya akur dengan cadangan suami mendapatkan rawatan kecantikan di Klinik Estetik milik rakan karibnya. Selepas menjalankan rawatan teknik serdev, saya kini bukan saya yang dulu. Saya sudah tidak lokek senyuman dan sudah pandai bermesra dengan orang ramai. Selama ini saya sudah salah sangka terhadap rawatan anti penuaan. Namun kini setelah mencubanya, wajah tampak muda seerta tubuh kini selesa walaupun dalam usia emas.

Menakjubkan teknik serdev tidak menyakitkan dan tidak memakan masa. Paling penting ianya selamat dan tidak meninggalkan kesan sampingan selain kesan kecantikan menakjubkan. – Puan Mary, 63 tahun dari Kuala Lumpur.

Scroll to Top