Adakah Anda Penagih Karbohidrat? Ketahui Gejala Dan Cara Mengatasinya

Pernah anda merasai gejala-gejala ini?

  • Sentiasa memikirkan tentang makan. Adakah anda sering memikirkan tentang makanan, berdiet atau berat badan?
  • Jarang kenyang atau mempunyai keinginan untuk makan lagi selepas beberapa jam habis makan. Anda merasa tidak kenyang selepas makan, tidak kira apa anda makan? Adakah anda merasa lebih lapar seperti tidak makan apa-apa dua jam selepas makan?
  • Merasa penat atau mengantuk. Adakah anda berasa malas, hampir seperti diberi dadah selepas makan? Adakah anda berasa seperti mahu baring, atau mungkin tidur sebentar? Adakah anda tangguhkan atau batalkan sesetengah aktiviti sebab anda tidak mempunyai tenaga? Adakah anda berasa lapar atau penat pada waktu tengahari?
  • Berasa risau dan gemuruh tanpa sebab. Adakah anda berasa gementar atau berasa jengkel tapi anda tidak boleh terangkan sebabnya? Ingin bersendirian? Berasa marah atau menyalahkan diri sendiri?
  • Emosi yang ekstrem. Pernahkah anda berasa ingin menangis atau sedih tanpa sebab? Pernah berasa tiada harapan, perasaan sunyi yang kuat, perasan takut? Pernahkah anda berasa ghairah atau perasaan suka yang terlampau, tetapi kemudian berasa sunyi dan sedih?

Jikalau anda mempunyai berat badan berlebihan atau sentiasa berlawan dengan perasaan sendiri atau mempunyai simptom-simptom diatas anda mungkin seorang penagih karbohidrat. Marissa slimway menjanjikan kehidupan baru buat anda.

childhood-obesity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top