Penyertaan Marissa Di Pameran SWAM Expo 2016
Tanggal 2 Disember 2016, pihak Marissa Aesthetic berkesempatan menyertai pameran di Indonesia. Penyertaan yang berlangsung selama 3 hari di Ice Bsd City, Tangerang. Ice Bsd City,Tangerang mempunyai 10 dewan pameran seluas 50,000 meter persegi dan tambahan 50,000 meter persegi ruang pameran luar. Sebanyak 121 ruang pameran disediakan.Pameran yang diberi nama sebagai SWAM Expo 2016.
SWAM Expo 2016 adalah yang bertemakan ekspo estetik yang sasarannya adalah doktor. Setiap tahun terdapat ribuan peserta yang datang untuk ekspo ini. Jika anda seorang doktor yang mahu meningkatkan pengetahuan anda tentang pembangunan estetik dan perubatan, ini adalah acara yang tepat untuk anda. Dalam ekspo antarabangsa ini, anda boleh mempunyai peluang yang besar untuk bertemu dengan ramai orang yang bekerja dalam industri perubatan. Terdapat kira-kira 2,000 doktor setiap tahun di SWAM Expo.
Alhamdulillah pada hari pameran tersebut,pihak Marissa tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak henti-henti berkunjung ke booth. Pihak Marissa Aesthetic juga amat bertuah dan beruntung kerana Farah Quinn seorang chef selebriti Indonesia , pemilik restoran dan media personaliti yang terkenal sudi menerjah booth Marissa Aesthetic dan membeli belah produk Marissa.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!