Zink Dan Suplemen

[av_image src=’http://marissaskin.my/wp-content/uploads/2018/09/zinc-300×157.jpg’ attachment=’4474′ attachment_size=’medium’ align=’center’ styling=” hover=” link=” target=” caption=” font_size=” appearance=” overlay_opacity=’0.4′ overlay_color=’#000000′ overlay_text_color=’#ffffff’ animation=’no-animation’ admin_preview_bg=”][/av_image]

[av_textblock size=” font_color=” color=” av-medium-font-size=” av-small-font-size=” av-mini-font-size=” admin_preview_bg=”]
Zink Dan Suplemen

Saiful kerap demam. Setiap bulan dia terpaksa mengambil MC atau cuti sakit kerana demam. Dia juga mudah mendapat gejala sakit perut. Oleh itu saiful sangat berhati hati memilih makanan. Menurut ibu Saiful sejak kecil saiful merupakan kanak kanak yang gemar memilih makanan. Dia tidak mahu menjamah sayur sayuran dan hanya makan beberapa jenis buah buahan sahaja, dia cerewat dalam pemilihan makanan. Semasa menuntut di kolej saiful tidak mengaktifkan diri dalam bersukan kerana dia sering keletihan. Setelah mula bekerja sebagai pegawai di sebuah bank, masalah demam pula sering melanda.
Saiful merasakan aircond yang kuat menjadikan nya demam. Begitu juga dengan keadaan persekitaran pejabat yang tertutup. Pengudaraan mungkin kurang baik sehingga menjadikan dia tidak sihat. Dia tidak mempunyai tabiat merokok. Apabila bertemu saiful saya mencadangkan suplementasi anti oksidant, vitamin A dan C menjadi vitamin tambahan utama yang saya cadangkan. Ternyata kesannya menakjubkan saiful. Dia bukan sahaja tidak demam bahkan masalah perdarahan gusi yang di alami semasa mengosok gigi setiap pagi berhenti.

Selular imuniti bermaksud sel sel dalam tubuh kita yang aktif membunuh kuman. Makrofaj merupakan sel darah putih dalam tubuh kita yang aktif membunuh kuman kuman. Makrofaj ini akan bergerak ke arah kuman dan menelannya. Proses ini di namakan phagocytosis di mana ia mustahak bagi pertahan
tubuh kita. Virus seperti aids merosakkan system makrofaj ini. Ini bermakna ia menjadikan pertahanan tubuh lemah. Seseorang yang di jangkiti aids tidak mempunyai makrofaj yang aktif bagi membunuh kuman yang menyerang. Maka mereka sangat terdedah kepada ancam banyak jenis kuman.

Menguatkan system makrofaj ialah :

Vitamin E 

Makrofaj yang kurang vitamin e mempunyai jangka hayat yang pendek dan membebaskan semula radikal bebas. Pengambilan vitamin e meningkatkan aktiviti makrofaj dan boleh membantu makrofaj agar bertindak dengan lebih aktif

Carotenoids

karatenoid mampu menahan dari kerosakan sel. ia meningkatkan lagi bilangan T helper dan natural killer

Vitamin c
Sememangnya vitamin c menguatkan makrofaj dan mampu menghalang penularan bakteria

Gluthatione

Pemberian glutathione ataupun bahan mentah yang mampu menjadi gluthathione seperti nasety l cysteine selenium niacin vitamin b2

Co Q 10
Ini ialah bahan terhasil pada sel bagi megelakkan kerosakan akibat oksidatif.

Zink
Keperluan banyak enzim dalam tubuh kita. ketiadaan nya menyebabkan kerosakan system imuniti. Ramai penyelidik berkata, zink boleh membantutkan proses replikasi bakeria. Asid lemak essential (omega 3 dan omega 6)
Oleh kerana asid lemak ialah komponen asas dalam pembentukan eikosenoid maka ia begitu penting, eikosenoid ialah bahan anti radang yang terbaik.

pakah fungsi zink dalam tubuh?

Zink merupakan unsur ke 24 paling banyak dalam kerak bumi. Bijih zink yang paling biasa ialah sphalerite, sejenis mineral zink sulfida. Zink juga dikenali sebagai spelter, logam berwarna putih kebiruan, berkilat dan diamagnetik.

Zink adalah mineral penting dalam tubuh manusia. Ion zink adalah agen antimicrobial yang sangat efektif dalam konsentrasi rendah. Zink terlibat dalam banyak aspek metabolisma selular. Ia diperlukan untuk aktiviti pemangkin lebih 100 jenis enzim dan memainkan peranan penting dalam fungsi imun tubuh, proses sintesis protein, fungsi tiroid, pembekuan darah, penyembuhan luka, sintesis DNA dan bahagian sel.

Zink membantu mengekalkan integriti pada kulit dan membran mukosa.

Zink juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan normal ketika hamil, kanak-kanak dan dewasa. Ia juga diperlukan untuk mendapatkan deria rasa dan bau yang sebenar.

Zink dikatakan boleh membunuh sel kanser prostat. Zink memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap penglihatan yang baik dan ia terdapat dalam kepekatan yang sangat tinggi dalam mata.

Kekurangan zink

Kekurangan zink biasanya terjadi akibat pengambilan diet yang tidak seimbang. Ia boleh dikaitkan dengan penyerapan tidak baik, acrodermatitis enteropathica, penyakit hati yang kronik, penyakit buah pinggang yang kronik, penyakit sickle cell, kencing manis, malignancy dan beberapa penyakit kronik yang lain. Kekurangan zink menjejaskan 2 bilion manusia dalam negara yang membangun dan ia dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit. Bagi kanak-kanak, kekurangan zink akan mengakibatkan tumbesaran terencat, kelewatan dalam kematangan seksual, kecenderungan untuk mendapat jangkitan dan cirit-birit. Ini telah menyumbang kepada lebih kurang 800,000 kematian kanak-kanak diseluruh dunia setiap tahun.

Simptom-simptom kekurangan zink adalah:
 Tumbesaran yang tertekan
 Cirit-birit
 Keguguran rambut
 Mati pucuk
 Hypogonadism bagi lelaki
 Kelewatan dalam kematangan seksual
 Alopecia
 Luka pada kulit dan mata
 Menjejaskan penglihatan (kekurangan yang teruk akan mengakibatkan perubahan pada retina)
 Selera terjejas
 Perubahan pada kognisi
 Pertahanan badan terjejas
 Kecacatan dalam penggunaan karbohidrat
 Kecacatan dalam reproduksi teratogenesis

Suplemen zink

Zink bertindak sebagai agen mudah, murah dan penting dalam merawat episod cirit-birit pada kanak-kanak dalam negara membangun. Pengambilan suplemen zink dalam jangkamasa 10 hingga 14 hari bukan sahaja dapat merawat cirit-birit, malah dapat mencegah daripada berlakunya cirit-birit sehingga 3 bulan berikutnya. Suplemen zink juga membantu mencegah penyakit dan mengurangkan kadar kematian, terutamanya di kalangan kanak-kanak yang lahir dengan kurang berat badan atau tumbesaran yang terbantut.

Lozeng zink pula digunakan untuk menyembuhkan selsema. Zink oxide digunakan pada kulit untuk melindungi kulit daripada selar matahari (sunburn) ketika musim panas dan selar angin (windburn) ketika musim sejuk. Selain daripada itu, ia juga boleh digunakan pada bayi ketika memakai lampin bagi
mengelakkan bayi daripada terkena ruam.

Zinc lactate digunakan dalam ubat gigi untuk mencegah mulut berbau (halitosis). Zink pyrithione digunakan secara meluas dalam shampoo untuk merawat kelemumur. Di klinik pula, zink suplemen seringkali digunakan untuk merawat ulser kulit. Sesetengah individu menggunakan zink untuk merawat penyakit mata yang dikenali sebagai degenerasi macular, juga untuk merawat rabun malam dan katarak. Zink juga digunakan untuk merawat asma, diabetes, tekanan darah tinggi, AIDS dan masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan jerawat. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk meningkatkan system imunisasi tubuh, merawat infeksi berulang pada telinga dan mencegah infeksi pada sistem
pernafasan. Atlet menggunakan suplemen zink untuk meningkatkan prestasi dan kekuatan.

Kegunaan lain suplemen zink termasuklah untuk merawat:

 BPH (benign prostatic hyperplasia)
 Kesuburan lelaki
 ED (erectile dysfunction)
 Osteoporosis
 Rheumatoid arthritis
 Kejang otot yang berkaitan dengan penyakit hati
 Talasemia
 Penyakit Wilson
 Penuaan kulit
 Infeksi herpes simplex

Sumber zink dalam makanan

Makanan yang kaya dengan sumber zink termasuklah tiram, lobster, daging merah (terutamanya daging lembu), kambing dan hati. Jumlah zink dalam tumbuh-tumbuhan bergantung kepada tahap zink dalam tanah tempat ia ditanam. Tanaman yang kaya sumber zink ialah gandum (germa dan bran) dan pelbagai jenis bijian ( bijan, popi, alfalfa, seleri, sawi). Zink juga boleh ditemui
dalam kekacang, badam, gandum penuh, biji labu, biji bunga matahari dan blackcurrant.
[/av_textblock]

Scroll to Top