Program Pelangsingan Marissa Slimway

Apa Itu Marissa Slimway?

Marissa Slimway merupakan program penurunan berat badan berkesan yang diformulasikan oleh Dr Rushmini Maris Ismail.

Program yang ringkas dan berkesan ini menggabungkan diet khas, supplemen dan senaman ringan.

Lihat bagaimana formula unik kami memberikan kesan menakjubkan hanya dalam 14 hari.

Download ebook di sini => http://ebook.marissaslimway.my

Rawatan Breast Lift Marissa

Payudara wanita merupakan tisu yang membentuk organ tubuh pada bahagian atas dada. Tisu dan ligament ini memberikan sokongan kepada payudara dan memberikan bentuknya. Ia terdiri daripada tisu khusus yang menghasilkan susu serta tisu lemak. Jumlah lemak yang terkumpul akan menentukan saiz payudara. Payudara merupakan bahagian badan yang menghasilkan susu.

Payudara juga terdiri daripada saraf-saraf kecil. Saraf ini membantu memberikan ransangan dan juga sensasi untuk payudara. Apabila sesorang wanita mencapai usia tertentu, payudara akan mula mengendur. Ini kerana perubahan hormon wanita yang mempengaruhi kelenjar susu.

Antara sebab berlakunya masalah ini:

– Penuaan
– Menopause
– Merokok dan alcohol
– Pemakanan yang tidak seimbang
– Bersalin dan penyusuan badan
– Pengambilan caffeine secara berlebihan
– Pemakaian bra yang salah

Tahukah anda, 100% wanita sudah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya, namun hanya 30% yang memdapat hasil yang memuaskan.

Payudara adalah aset berharga bagi setiap wanita. Tak kiralah saiz besar atau kecil. Tetapi kalau tidak di jaga akan mengalami kekenduran atau juga boleh menjadi penyakit. Kesannya amat ketara apabila seseorang itu telah berusia. Bagi mereka yang telah berkahwin, terdapat beberapa kes hampir berlaku penceraian berlaku akibat dari masalah ini. Payudara merupakan aset yang sangat penting dan berharga bagi wanita.

KELEBIHAN RAWATAN

Menggunakan bahan collagen semulajadi yang berasaskan tumbuhan. Ia digunakan untuk mengisi kantung payudara yang kosong, lembik atau menggeleber dan juga untuk payudara yang terlalu kecil.

♥ Semestinya halal dan tidak membahayakan.

♥ Tiada sebarang kesan sampingan bagi mereka yang ingin mengandung atau menyusukan bayi.

♥ Rawatan ini mengambil masa lebih kurang 1 atau 2 jam.

♥ Kolagen akan dimasukkan sehingga ruang kosong dalam payudara terisi penuh

♥ Tidak perlu pembedahan yang menyakitkan selepas teknik ini dilakukan pelanggan boleh terus berjalan, membeli belah dan melakukan kerja seperti biasa.

♥ Tiada risiko mendapat kanser atau kesan buruk kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi yang selamat dan berkualiti tinggi.

♥ Kolagen yang digunakan boleh bertahan dalam tempoh yang agak lama bergantung kepada keadaan payudara individu.

Supplement Yang Membantu Membuka Pintu Sel Lemak

Supplement Marissa di pilih dari jenis yang semulajadi dan berkesan kepada penurunan berat badan. 3 supplement penting untuk menurunkan berat badan ialah:

  1. Dmagnesium
  2. Glutathione
  3. Selenium

Mengapa kita memerlukan suplement Marissa d magnesium?
Kekurangan magnesium boleh menyebabkan simptom-simptom ketara seperti:

  • Tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.
  • Kerosakan buah pinggang dan hati.
  • Kerosakan peoxynitrite yang boleh membawa kepada penyakit Alzheimer, sakit kepala (migrain), sclerosis atau glukoma.
  • Kekurangan nutrien termasuk Vitamin K, B1, kalsium dan kalium.
  • Simptom PMS akan bertambah buruk.
  • Gangguan dan perubahan emosi.
  • Insomnia dan masalah tidur.
  • Osteoporosis.
  • Sukar turunkan berat badan
  • Kelemahan dan kekejangan otot.
  • Mati pucuk.

Apakah itu Marissa glutathione?
GSH adalah protein semula jadi yang melindungi setiap sel, tisu dan organ daripada sebarang radikal bebas, toksin dan penyakit. Ia mengandungi tiga asid amino penting: asid glutamik, sistein dan glisin. Bersama-sama, ketiga-tiga ini dapat membantu untuk membaiki kerosakan sel: kerosakan yang disebabkan oleh radiasi, pencemaran, tekanan, jangkitan dan sebagainya.
Dalam badan, glutathione dihasilkan di dalam hati, ia memainkan peranan signifikan dalam proses metabolisme sel. Ia juga bertanggungjawab untuk memastikan imun berfungsi secara normal dan membantu untuk mendetoksifikasikan badan serta darah. Walaupun anda mungkin tidak pernah mengetahui tentang kewujudan glutathione, namun menurut lebih daripada 90,000 artikel saintifik, GSH adalah satu antioksidan terpenting untuk menjamin kesihatan tubuh badan anda. Malah, sesetengah pakar mempercayai ia sama penting seperti oksigen, makanan dan air – sekurang-kurangnya pada peringkat selular.

Bagaimana glutathione memberikan impak terhadap kesihatan badan anda?
Glutathione boleh memberikan manfaat besar kepada kesihatan kita.

  • mengurangkan kesakitan otot dan sendi (terutamanya kepada pesakit artritis kronik),
  • melambatkan proses penuaan dan menguatkan sistem imun anda.
  • membantu untuk melawan jangkitan, penyakit dan bakteria jahat.
  • meningkatkan tenaga badan – Glutathione membantu sel-sel badan kekal dicas sepenuhnya supaya anda dapat menikmati tenaga dan ketahanan yang tinggi buat sepanjang hari.
  • menyahtoksik hati dan sel-sel – GSH adalah sejenis antioksidan yang paling besar dalam badan. Ia membuang toksin dari setiap sel, organ dan sistemnya.
  • berkesan dalam usaha menghapuskan karsinogen, logam berat, racun perosak, radiasi dan banyak lagi.
  • meningkatkan kejelitaan dan tona kulit.
    Meningkatkan kejelitaan dan tona kulit – GSH dipercayai untuk meningkatkan bukan sahaja kompleks kulit anda, tetapi kesihatan keseluruhan kulit anda juga.
  • meningkatkan pertumbuhan rambut dan memberikan kejelitaan pada setiap helaian.
  • mengurangkan kecenderungan untuk terkena selaran matahari.
  • meningkatkan tahap kebolehan kognitif – Sekali gus tumpuan dapat difokuskan, membantu melenakan tidur malam dan melawan tekanan dan kebimbangan.
  • menjauhkan kemunculan penyakit degeneratif dan melawan kedutan serta garis-garis halus di muka.

Selain itu, satu lagi cara yang baik GSH boleh memberikan impak dapat dilihat selepas melakukan senaman. Ia telah dikenali untuk benar-benar meningkatkan prestasi sukan dan menjadikan proses pemulihan menjadi lebih lancar. Dalam jangka masa panjang, ini bermakna lebih banyak otot tanpa lemak berlebihan dapat dihasilkan dan meningkatkan kadar metabolisme agar anda boleh membakar lebih banyak kalori – sekali gus menurunkan lebih banyak berat badan, walaupun ketika sedang berehat.

MARISSA SELENIUM

Antioksidan – bertindak sebagai antioksidan dan perlindung terhadap tekanan oksidatif. Kebaikan selenium termasuklah keupayaan untuk melawan proses penuaan dan membantu sistem imun dengan mengurangkan kerosakan radikal bebas. Selenium mempunyai kesan sinergi dengan antioksidan lain seperti Vitamin E: membolehkan tubuh untuk melawan tekanan oksidatif dan mempertahankan pertumbuhan kanser seperti kanser prostat dan kolon.

Kelebihan Marissa selenium

  • Selenium merupakan komponen penting dalam peroxidase glutation, yang merupakan enzim penting bagi proses yang melindungi lipid (lemak) dalam membran sel. Selenium diperlukan untuk melawan kemerosotan oksidatif sel-sel dan melindungi daripada mutasi serta kerosakan DNA yang boleh menyebabkan kedatangan penyakit.
  • Membantu mempertahankan badan menentang kanser – Selenium adalah amat membantu jika anda memiliki sistem imun yang lemah atau mempunyai sejarah kanser dalam keluarga. Campur tangan menggunakan rawatan selenium pada dos tinggi telah membuktikan bahawa kebolehan selenium untuk menentang sel-sel kanser dalam badan adalah positif. Menurut kajian, selenium berkesan untuk mengurangkan risiko kejadian kanser yang menyebabkan kematian dan khususnya kanser hati, prostat, kolo-rektum dan paru-paru.
  • Selenium bertindak sebagai mekanik kecil dalam badan. Ia akan memasuki ke dalam nukleus sel di mana DNA dan genom disimpan serta akan mencari sebarang kerosakan (jika ada). Ia akan melekat sebagai perlindungan antioksidan seperti glutathione dan kemudian mengurangkan serta memperbaiki kerosakan yang berlaku kepada DNA – jika dibiarkan dan tidak dilindungi oleh selenium, ia boleh membawa kepada mutasi sel kanser dan pertumbuhan tumor.
  • Meningkatkan imuniti – Menurut kajian, selenium diperlukan agar sistem imun dapat berfungsi dengan baik dan boleh hadir sebagai nutrien utama dalam mengimbangi pembangunan virus termasuklah HIV. Bagi pesakit yang sudah dijangkiti, selenium telah terbukti dalam melambatkan perkembangan AIDS.
  • Meningkatkan aliran darah dan mengurangkan kemungkinan untuk terkena serangan jantung – kepekatan selenium yang rendah dikaitkan dengan masalah peningkatan risiko penyakit kardiovaskular. Suplemen selenium atau peningkatan pengambilan makanan yang mengandungi selenium mungkin dapat mencegah penyakit jantung koronari.
  • Mengawal fungsi tiroid – penyelidikan terkini menunjukkan, melalui kebanyakan kajian bahawa sama ada kaitan di antara metabolisme tiroid dengan faktor kekurangan selenium. Selenium bertindak sebagai pemangkin pengeluaran hormon tiroid aktif. Jika anda membayangkan bahawa badan anda adalah fasiliti pembinaan, tiroid anda mungkin berperanan sebagai bos utama yang bertanggungjawab untuk mengawal keseluruhan selia sistem operasi, jadi apabila tiroid tidak berfungsi dengan betul, maka kemunculan keadaan serius akan meningkat.

dmag selenium glutathione

Adakah Anda Penagih Karbohidrat? Ketahui Gejala Dan Cara Mengatasinya

Pernah anda merasai gejala-gejala ini?

  • Sentiasa memikirkan tentang makan. Adakah anda sering memikirkan tentang makanan, berdiet atau berat badan?
  • Jarang kenyang atau mempunyai keinginan untuk makan lagi selepas beberapa jam habis makan. Anda merasa tidak kenyang selepas makan, tidak kira apa anda makan? Adakah anda merasa lebih lapar seperti tidak makan apa-apa dua jam selepas makan?
  • Merasa penat atau mengantuk. Adakah anda berasa malas, hampir seperti diberi dadah selepas makan? Adakah anda berasa seperti mahu baring, atau mungkin tidur sebentar? Adakah anda tangguhkan atau batalkan sesetengah aktiviti sebab anda tidak mempunyai tenaga? Adakah anda berasa lapar atau penat pada waktu tengahari?
  • Berasa risau dan gemuruh tanpa sebab. Adakah anda berasa gementar atau berasa jengkel tapi anda tidak boleh terangkan sebabnya? Ingin bersendirian? Berasa marah atau menyalahkan diri sendiri?
  • Emosi yang ekstrem. Pernahkah anda berasa ingin menangis atau sedih tanpa sebab? Pernah berasa tiada harapan, perasaan sunyi yang kuat, perasan takut? Pernahkah anda berasa ghairah atau perasaan suka yang terlampau, tetapi kemudian berasa sunyi dan sedih?

Jikalau anda mempunyai berat badan berlebihan atau sentiasa berlawan dengan perasaan sendiri atau mempunyai simptom-simptom diatas anda mungkin seorang penagih karbohidrat. Marissa slimway menjanjikan kehidupan baru buat anda.

childhood-obesity

Diet Kitogenik Marissa Slimway

lc-f9-800x393

Diet ini akan menjadi solusi paling berkesan untuk meletakkan tanda noktah kepada masalah perut buncit – lebih dikenali sebagai lemak viseral (visceral). Sebaik sahaja tahap lemak viseral anda mula menurun (dan pada kebiasaannya akan berlaku dalam masa beberapa hari), lemak-lemak yang tersumbat pada hati anda juga akan mula hilang sedikit demi sedikit. Pesakit kencing manis dan pra-diabetes dapat melihat yang tahap gula darah mereka akan mula jatuh kembali ke paras normal dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Secara tidak langsung, diet ini akan menetapkan anda pada landasan yang betul untuk menjalani kehidupan yang jauh lebih sihat. Namun , diet ini bukanlah satu program penurunan berat badan yang dilakukan untuk sekali sahaja dan terus dilupakan dalam masa beberapa minggu selepas melihat berlakunya perubahan. Tetapi ia adalah sebahagian daripada program gaya hidup yang dicipta atas 5 prinsip utama yang bertujuan untuk menyokong anda, bukan sahaja semasa anda mengamalkan diet ini, malah apa yang pentingnya ialah kami di Marisa Slimway terus menyokong anda selepas anda mencapai matlamat dan mula melangkah ke peringkat yang seterusnya dalam hidup anda. Oleh itu, demi mencapai kejayaan dalam jangka masa panjang, ia merupakan satu perkara yang sangat penting untuk benar-benar memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Berubahlah kepada mengamalkan cara pemakanan Diet kitogenik Marissa sekarang!

Saya akan memperkenalkan kepada anda pelan pemakanan Marissa Slimway. Ini adalah satu cara pemakanan yang lazat dan sihat. Mengandungi karbohidrat yang mudah dihadam, tetapi kaya dengan vitamin yang melawan penyakit dan flavonoid. Penuh dengan buah-buahan, kacang, minyak zaitun dan sayur-sayuran, namun pada masa yang sama mengandungi banyak jenis-jenis makanan yang kita telah diberitahu untuk tidak mengambilnya – atas faktor makanan-makanan ini dikatakan akan memberi kesan yang tidak elok pada badan, iaitu makanan seperti yogurt penuh, lemak telur dan minyak kelapa.

Bentuk tubuh kita di tentukan oleh hormone dan enzim
Mereka yang bermetabolik rendah bukan sahaja gemuk malah berubah wajah menjadi tidak cantik di sebabkan oleh kehadiran air yang banyak di bawah kulit. Air ini merupakan sejenis bahan berlendir dan berlemak. Ia hadir di bawah kulit membuatkan kulit tampak sembab dan tidak bercahaya. Wajah tampak kasar dan lebar membuatkan mereka hilang kecantikan yang di miliki. Oleh kerana simpanan air yang banyak, mereka ini kurang minum air. Mereka juga tidak selesa dalam cuaca panas dan tidak tahan cuaca terlalu sejuk pula. Tubuh mereka sukar mengadaptasi terhadap perubahan cuaca. Cuaca sejuk atau panas membuat hati merasa gelisah dan tertekan.
Wajah seseorang yang obese hampir sama bentuknya. Ini di sebabkan faktor hormon yang mengumpulkan lemak-lemak pada pipi dan leher. Hal ini membuatkan mereka kehilangan bentuk wajah asal dan kelihatan hampir serupa kesemuanya. Apabila mereka kurus semula barulah mereka mendapat kembali kecantikan wajah yang hilang akibat lemak berlebihan itu.

Rawatan meningkatkan metabolism memerlukan komitment yang tinggi. Di Marissa Aesthetic kunci utama kejayaan kami di dalam menurunkan berat badan pelanggan kami ialah kefahaman yang jelas mengenai proses metabolic. Apabila pelanggan mendapat kefahaman yang jelas dia akan berusaha mengubah corak kehidupan sebagaimana yang disarankan oleh kami. Langkah pertama ialah mengubah persepsi dan kefahaman terhadap pemakanan. Apabila pelanggan faham maka mereka tidak membenci makanan sebaliknya hati mereka menjadi tenang kerana masalah sebenar bukanlah di sebabkan pemakanan. Masalah sebenar ialah mereka tidak mempunyai hormone dan enzim yang mencukupi bagi menukarkan makanan kepada tenaga. Oleh kerana itulah mereka merasa keletihan dan tubuh menjadi lemah. Apabila seseorang makan dan minum makanan itu akan di tukarkan kepada tenaga pada empat bahagian tubuh kita iaitu otot,otak, hati dan sel lemak. Apabila makanan tiba pada sel otot ia bertukar kepada tenaga yang membolehkan pergerakan dan aktiviti fizikal tubuh kita.Apabila ia tiba ke otak pula ia bertukar kepada tenaga menghasilkan neurotransmitter bagi otak kita. Begitu juga apabila ia tiba pada hati. Di hati pelbagai proses penghasilan protein berlaku. Hati di anggap sebagai kilang yang menhasilkan protein yang di perlukan oleh tubuh kita. Makanan juga akan tiba ke lemak tubuh dan bergabung membentuk simpanan lemak yang di gunakan kembali semasa tubuh kita memerlukannya. Masalah obesiti terjadi kerana proses penggunaan tenaga terrganggu. Sebaliknya semua makanan yang di makan hanya menjadi lemak dalam tubuh sahaja. Untuk itu, kami memperkenalkan formulasi Marissa young yang berkesan untuk meningkatkan aktiviti enzim dan hormone badan kita dan Shape up krim anti selulit yang bertindak jauh ke dalam memerikan kesan pemecahan selulit yang melekat pada kulit.

MARISSA YOUNGshape-up-dalam

Bantuan Terapi Enzim

Terapi Enzim

Terapi Enzim adalah salah satu cara yang paling efektif sekali untuk kurus. Kebanyakan orang apabila bercakap tentang gemuk mengaitkan berat dengan makanan. Ramai yang menunding jari sepakat mengatakan ‘orang gemuk selalunya makan banyak.’ Tetapi, bukan itu yang kami temui. Orang yang berbadan besar mempunyai kerosakan pada hormon mereka yang mengubah kecenderungan badan mereka untuk memproses lemak. Dengan kata lain, walaupun mereka makan dengan amaun yang sikit, terutamanya karbohidrat, badan mereka akan memproses makanan tersebut secara berlainan dengan individu berbadan kurus. Badan mereka tidak menggunakannya sebagai tenaga tetapi menyimpannya sebagai lemak.

Untuk individu-individu ini, tiada cara lain lagi yang boleh menguruskan badan mereka kecuali dengan menggunakan Terapi Enzim yang membetulkan semula enzim dan hormon dalam badan supaya berfungsi dengan optimum semula. . Vitamin dan garam mineral yang terdapat dalam makanan tertentu yang tidak boleh diserap oleh badan akan dapat dipulihkan dengan segera melalui Terapi Enzim.

Enzim membantu menjaga kesihatan tubuh kita. Selain kepentingannya dalam proses pencernaan, enzim dapat digunakan untuk mendiagnosis dan mengubati penyakit. Namun tahukah anda, gaya hidup yang “sembarangan” dapat merosakkan dan mengurangi jumlah enzim dalam tubuh kita?

Terapi Enzim Marissa menggabungkan plan diet yang menghadkan pengambilan karbohidrat tertentu, mengenalpasti makanan yang mencetus masalah metabolic serta senaman dan menu makanan Bila dilakukan dengan betul, diet ini dapat menurunkan berat badan optimal serta membaik pulih masalah yang anda hadapi.

Terapi Enzim yang dilakukan selama 8-12 minggu mampu menurunkan berat badan sebanyak 6 kg sampai 10 kg. Lemak menurun dari 36% menjadi 34%. Lingkar pinggang pun menyusut dari 6 cm hingga 9 cm.

Hasilnya akan lebih baik bila Terapi Enzim di sertakan dengan plan diet yang baik dan senaman secara rutin.

untitled-1

Apakah maksudnya metabolisma?

Metabolisme ialah proses kimia yang berlaku dalam tubuh badan untuk meneruskan kehidupan. Dalam proses ini, makanan yang dicerna diuraikan kepada tenaga untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan baik. Kadar metabolisme yang tinggi bermaksud tubuh lebih mudah menghasilkan tenaga daripada makanan.

 

01bd5a1d20edc777413256d140f8a325

Senaman Marissa Slimway

Senaman adalah satu lagi faktor utama yang mampu meningkatkan kadar metabolism. Kita perlu ingat bahawa senaman yang di lakukan adalah bertujuan meningkatan kadar pemanasan tubuh dan bukannya membentuk otot semata mata. Oleh kerana lemak lebih cenderung terbentuk pada perut, peha dan belakang maka senaman yang baik ialah senaman yang menggunakan otot ini.
Senaman jenis Core muscle exercise dicadangkan kepada anda kerana ianya mudah dan sangat berkesan. Core muscle atau otot utama merupakan otot yang kaya dengan bahan pembakar lemak. Pergerakan daripada otot utama membuatkan seluruh tubuh kita berfungsi. Apabila kita melakukannya kita dapat merasai kesan yang pantas dan hebat.
Senaman jenis ini tidak memerlukan ruang yang luas, memadai di lakukan di atas tilam atau lantai sahaja, Lagipun ia tidak mengambil masa yang panjang, memadai hanya dua puluh minit sahaja. Ia juga tidak menjemukan kerana tanpa disedari kita menggunakan tenaga seluruh tubuh bagi melakukannya. Pada waktu ini otot-otot akan distimulasi dan akan mengeluarkan hormone dan enzim yang baik bagi mengunakan lemak secara efektif.
Marissa slimway menggabungkan teknik senaman yang sesuai dengan bentuk tubuh seseorang. Cadangan senaman di buat agar hormone dan enzim kembali aktif.

locatecore

Rawatan Terapi Enzim Marissa

Apabila kita bercakap tentang gemuk? Seperti ketagihan alkohol, ianya selalu dikaitkan dengan genetik. Bapak borek, anak rintik katanya. Namun, terdapat banyak cemuhan dan perlian yang berbisik menyelubungi orang-orang bertubuh besar ini. Kami di Marissa Aesthetic telah melakukan kajian yang lengkap tentang pesakit berbadan besar ini. Hasil dari eksperimen kami adalah sangat mengejutkan!

Kami menemui Terapi Enzim adalah salah satu cara yang paling efektif sekali untuk kurus. Kebanyakan orang apabila bercakap tentang gemuk mengaitkan berat dengan makanan. Ramai yang menunding jari memberi sepakat tentang ‘orang gemuk selalunya makan banyak.’ Tetapi, bukan itu yang kami temui. Orang yang berbadan besar mempunyai kerosakan pada hormon mereka yang mengubah kecenderungan badan mereka untuk memproses lemak. Dengan kata lain, walaupun mereka makan dengan amaun yang sikit, terutamanya karbohidrat, badan mereka akan memproses makanan tersebut secara berlainan dengan individu berbadan kurus. Badan mereka tidak menggunakannya sebagai tenaga tetapi menyimpannya sebagai lemak.

Untuk individu-individu ini, tiada cara lain lagi yang boleh menguruskan badan mereka kecuali dengan menggunakan Terapi Enzim yang membetulkan semula enzim dan hormon dalam badan supaya berfungsi dengan optimum semula. Kaedah ini meningkatkan aktiviti enzim dengan penambahan bahan yang dipanggil koenzim atau kofaktor. Vitamin dan garam mineral yang terdapat dalam makanan tertentu yang tidak boleh diserap oleh badan akan dapat dipulihkan dengan segera melalui Terapi Enzim. Vitamin B Kompleks contohnya merupakan koenzim bagi lebih 200 enzim.

Enzim membantu menjaga kesihatan tubuh kita. Selain kepentingannya dalam proses pencernaan, enzim dapat digunakan untuk mendiagnosis dan mengubati penyakit. Namun tahukah anda, gaya hidup yang “sembarangan” dapat merosakkan dan mengurangi jumlah enzim dalam tubuh kita.


Pengambilan secara berlebihan daging, telur, susu, dan ubat-ubatan, kurang minum, mengunyah terlalu cepat, meminum minuman beralkohol dan kafein, kurang bersenam, stres, serta merokok dapat mengurangi jumlah enzim dalam tubuh kita.

Kekurangannya menjadikan tubuh lemah dan lesu kerana enzim tidak mampu bekerja, penambahan vitamin dan mineral sebegini sering menjadikan seseorang lebih sihat dan aktif.Individu yang sukar mengurangkan berat badan, sering lesu dan mengantuk selepas makan dicadangkan untuk merawat hormone dan enzimnya melalui Terapi Enzim ini.

Tujuan rawatan ini ialah membolehkan tubuh membakar lemak dengan efektif dan menghapuskan kesan yo yo diet yang sering melanda masyarakat kita yang sedang cuba mendapatkan berat badan ideal. Akibat corak pemakanan yang sering mencabar sistem penghadaman, menyebabkan kitaran anabolic dan katabolic tidak seimbang. Ia menjadi rosak dan menyebabkan lemak cenderung untuk berkumpul dan tidak mudah pecah. Selepas rawatan anda akan mendapat tubuh badan yang di idamkan selama ini, berat badan ideal, terasa lebih bertenaga dan segar. Berjumpalah pakar kesihatan kami untuk mendapatkan nasihat.

Jangka Masa rawatan adalah 3 bulan.

Target rawatan ialah mendapatkan berat badan ideal yang berkekalan (Permanent weight loss)

Diet tidak berkesan tanpa terapi yang meningkatkan metabolic.

Kesan-Kesan Enzyme Therapy System

1. Mereka yang berdiet tidak merasa lapar atau memuncak selera makan
2. Keinginan untuk makan menurun dan tidak lahap untuk makan meskipun berpuasa
3. Peningkatan metabolic membuatkan mereka selesa dala kehidupan seharian.
4. Tidur berkualiti.
5. Pergerakan usus lebih baik dan mudah membuang air besar.
6. Kuku kelihatan merah dan tidak pucat.
7. Kadar tekanan menurun
8. Masalah kulit dan funges sembuh
9. Tidak merasa kebas
10. Kadar keletihan berkurangan
11. Rasa mengantuk berkurangan.
12. Lebih focus pada aktiviti  seharian.
13. Kurang masalah kerap kencing terutama selepas makan berat
14. Lebih tenang dan tidak cepat marah
15. Tenaga yang lebih baik
16. Lebih gembira dalam aktiviti seharian.

Wajah Geleber Tegang Semula Dengan Lipolisis

KAEDAH RAWATAN LASER LIPOLISIS

RAWATAN LASER LIPOLISIS

Saya bertemu ramai wanita berusia 40-an yang merungut kerana bentuk wajah asal telah berubah menjadi kurang menarik.

‘‘Doktor, tengoklah muka saya. Pipi saya kembang manakala dagu pula berlapis. Saya nak muka yang kecil dan bujur. Doktor tolonglah betulkan semula wajah saya,’’ rayu Puan Iza (nama samaran)… Wanita itu menambah, dahulu wajahnya kecil dan dagu pun runcing tetapi sekarang segala-galanya berubah menyebabkan dia berasa rendah diri. Keadaan itu juga menyebabkan dia tidak dapat menggayakan pelbagai fesyen tudung terbaru yang ada di pasaran.

Bentuk muka berubah apabila usia bertambah. Pipi yang sepatutnya terletak sebaris dengan hidung akan melendut ke bawah. Kelopak mata akan menjadi berat dan menurun membentuk eye bag. Kening juga menjadi berat dengan pengumpulan lemak di bawah kulit dan ini turut menyebabkan mata menjadi kecil dan sekan tertutup.

Pendek kata segalanya mengecut. Pemakaian tudung yang ketat turut menyebabkan bentuk wajah berubah dan bertumpu ke depan. Wajah menjadi sangat bulat dan pipi pula menonjol ke depan. Apabila tersenyum mata pun seakan tertutup kerana pipi yang terlalu bulat. Oleh itu saya menasihatkan wanita agar memakai tudung yang sederhana dan tidak terlalu ketat bagi mengelak perubahan pada bentuk wajah.

Bentuk wajah juga penting bagi menyerlahkan penampilan seseorang. Apabila usia meningkat tidak dapat dinafikan bentuk wajah berubah menjadi lebar tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Masalah ini dapat dipulihkan semula dengan kaedah rawatan yang betul.

Muka kita terbentuk daripada tulang tulang tengkorak yang menjadi acuan kepada pembentukannya. Tulang tulang utama yang menjadi asas pembentukan muka adalah tulang mandible iaitu rahang. Jika tulang rahang terlalu besar muka akan tampak empat segi.

Tulang lain adalah tulang mastoid yang bersambung pada tulang mandible. Tulang mastoid dapat dirasa jika kita menyentuh belakang telinga akan terasa seperti satu benjol di situ. Di dalam tulang mastoid inilah terdapatnya sebahagian daripada organ telinga yang penting.

Tulang-tulang maxilaary yang membentuk pipi adalah mustahak bagi menentukan pembentukan pipi kita. Jika ia terlalu kecil pipi akan tampak kecut. Sebahagian daripada tulang cranium, pula membentuk dahi. Pada kawasan orbit mata pula terdapat percantuman antara tulang-tulang kecil . Tulang pada hidung terdiri daripada tulang rawan yang lembut.

Bagi melengkapkan struktur muka, terdapat juga otot-otot muka yang membantu kita memberi reaksi dan riak wajah. Seseorang yang marah, sedih, gembira dan mengantuk misalnya dapat di kesan melalui riak wajahnya. Begitu juga wajah seseorang yang meminta simpati. Garis-garis muka yang tertentu memberi raksi wajah tertentu. Reaksi sebeginilah yang digunakan oleh para pelakon bagi mempamerkan mutu lakonan yang mempersonakan. Ekspresi wajah amat penting dalam kehidupan seharian. Kerlingan mata sahaja sudah cukup untuk memberitahu maksud yang tersirat di dalam hati tanpa perlu kita bersuara. Jelaslah bahawa ekspresi wajah adalah salah satu cara komunikasi yang berkesan sesama manusia.

Apabila seseorang itu gembira otot-otot pada pipi dan mulut akan bekerja bagi mempamerkan senyuman. Bila bersiul otot buccinators akan bekerja. Jika mengerutkan dahi pula kita menggunakan otot frontalis. Bila kita makan otot mengunyah yang bernama maseter akan mengerakkan rahang. Seseorang yang mengalami kelumpuhan otot sebagaimana yang dilihat pada pesakit strok atau angin ahmar sudah tentulah gagal melakukan semua pergerakan ini kerana otot-otot muka menjadi lumpuh.

Di atas lapisan otot terdapat lapisan lemak yang membalut muka, selepas itu barulah di lapik pula kulit. Muka seolah-olah tergantung pada tulang tegkorak kita. Apabila kita meningkat usia ia akan semakin melendut disebabkan tarikan graviti. Pada masa ini kulit akan lebih kendur dan turun di kawasan dagu dan pipi kiri kanan dagu. Lemak-lemak pula akan mengisi ruang kosong tersebut lalu wajah mula kelihatan lebar dan dagu mula berlapis. Masalah ini terjadi disebabkan oleh kejatuhan lemak muka. Lemak pada muka yang berlebihan akan turun dan mengisi ruang pada bawah dagu dan juga pipi menyebabkan bentuk muka menjadi besar kerana berlemak.

Bagi mereka yang berwajah bujur atau sangat kurus, masalah ini tidak ketara. Namun bagi mereka yang berisi dan wajah pula berbentuk bulat maka ia menjadi satu fenomena yang menghodohkan wajah. Kehadiran lemak yang terlalu banyak menjadikan wajah tampak bengkak dan bentuknya tidak menarik. Tambahan pula apabila usia meningkat 40-an kesan pengurangan hormon membuatkan air berkumpul dalam kulit dan kelihatan lebih bengkak.

Namun teknologi baru boleh mengatasinya. Wajah yang bulat boleh dibentuk semula menjadi bujur dan dagu yang berlapis boleh dibuang lemaknya. Begitu juga pipi yang menonjol boleh dicantikkan semula. Kedudukan pipi juga boleh diangkat semula dengan teknik serdev. Laser lipolisis adalah kaedah yang baik bagi pembentukan wajah. Laser jenis ini akan menghancurkan lemak dan merangsang sel-sel kulit longgar menjadi ketat semula.


Bagaimana laser lipolisis bertindak?

Laser merupakan satu jalur cahaya dengan jarak gelombang yang tertentu. Jarak gelombang ini membolehkan pancaran laser menembusi sel-sel lemak dan menukarkannya menjadi cair. Tenaga laser yang kuat bertindak dengan sangat selektif. Ia hanya memecah lemak tanpa mengganggu sel-sel lain. Justeru ia selamat digunakan dan akan menyebabkan pengecutan dalam jalinan kolagen. Ini menjadikan kulit ketat dan tegang semula. Penggunaan laser seperti ini adalah selamat, cepat dan hasilnya dapat dilihat dalam jangkamasa yang singkat. Perubahan pada wajah menjadi lebih ketara selepas seminggu. Selepas sebulan wajah menunjukkan perubahan yang menakjubkan. Dalam tempoh tingga hingga lima bulan pula seseorang kelihatan lebih muda dan berseri-seri.

Proses laser

Wajah akan dibersihkan dengan povidone iodine dan disapu dengan krim bius. Selepas satu jam krim akan mula bertindak.     Doktor akan menandakan kawasan yang akan dirawat.
Suntikan ubat bius di buat.
Laser dimasukkan ke bawah kulit dan dipancarkan, lemak akan bertukar menjadi air.
Selepas seminggu wajah akan menjadi lebih baik

Perubahan akan dilihat beransur-ansur dan dalam masa dua minggu wajah kelihatan menarik dan terbentuk semula.

Kelebihan rawatan

* Tidak menyakitkan

* Tidak perlu masuk ke hospital untuk menjalani rawatan

* Hasil yang baik

* Tiada parut yang merosakkan kulit.

* Boleh pergi bekerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan

* Satu rawatan sahaja sudah berkesan tidak perlu berkali-kali melakukannya.

* Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara.

Rawatan Thread Facelift Marissa

RAWATAN THREADLIFT.

Thread facelift adalah alternatif yang paling selamat, sangat mudah untuk wajah yang lebih tegang, sihat dan muda. Anda tak perlu risau akan sebarang komplikasi seperti dalam pembedahan yang lain.

Sememangnya direka untuk pesakit yang tidak mahu pembedahan yang invasif, ia boleh mengurangkan kendur yang teruk di sekitar pipi, jawline dan leher dengan lebih cepat dan kurang risiko berbanding pendekatan konvensional.Di lakukan sedikit pada bahagian pipi dan lower face bersama dengan laser resurfacing bagi meningkatkan keanjalan wajah.

Benang khas digunakan semasa rawatan berjalan untuk memberikan wajah yang seakan akan baru. Doktor akan menyusun susunan kulit dan tisu muka di tempat yang betul dengan cermat supaya tiada kesan tertinggal.

Dalam ThreadLift kontur, benang yang jelas akan digunakan untuk mengurangkan lagi kesan selepas pembedahan.Dan manakala threadlift secara amnya memberi hasil yang ketara hampir serta-merta serta dengan kurang risiko dan kesulitan daripada prosedur-prosedur lain yang lebih intensif, kos bagi threadlift adalah agak berpatutan berbanding rawatan tradisional yang lain.

Rawatan thread lift bertahan 3 tahun (bergantung kepada kandungan vitamin dalam badan individu.)


Kelebihan rawatan :

Keputusan adalah kekal

Tidak menyakitkan

Tidak perlu masuk ke hospital untuk menjalani rawatan

Hasil yang baik

Tiada parut yang merosakkan kulit.

Boleh pergi bekerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan

Satu rawatan sahaja sudah berkesan tidak perlu berkali-kali melakukannya.

Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara

Membentuk penampilan dan imej badan seseorang, meningkatkan keyakinan diri dan imej badan yang lebih baik

Menegangkan kulit yang kendur dan berkedut

Mengurangkan lemak-lemak terkumpul yang berlebihan di bawah kulit

Meremajakan kulit dengan meransang pengaktifan kolagen baru.