Tampil Muda Dengan SERDEV

Teknik Serdev dicipta oleh seorang pakar berbangsa Bulgaria bernama Dr Nicholay Serdev. Teknik ini menggunakan benang khas (juga dipanggil benang kolagen) bagi mengangkat wajah. Hasilnya wajah akan menjadi lebih tegang dan tampak jauh lebih muda dari usia asal seseorang. Dengan teknik Serdev ini seseorang tidak perlu tinggal di hospital dan menjalani pembedahan yang meninggalkan parut kerana ia mengangkat wajah dengan teknik khas melalui lubang yang sangat kecil.

BILAKAH NAMPAK KESANNYA?

Kesan teknik serdev dapat dilihat dengan serta-merta dan hasilnya bertahan sehingga sepuluh tahun. Doktor terlatih Marissa mengambil masa selama lebih kurang sejam untuk melakukan rawatan teknik Serdev ini. Berbeza dengan rawatan lain, teknik Serdev ini tidak menyakitkan.

Ia tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak memerlukan pembedahan. Hasilnya amat memuaskan. Ia boleh digunakan untuk mengangkat kening, pipi dan juga menegangkan kawasan rahang. Rawatan ini juga dicipta untuk mengurangkan kenduran di wajah dan bahagian-bahagian badan yang menggeleber.

SERDEV: TEKNOLOGI KECANTIKAN TERKINI

Selain itu, teknik Serdev juga digunakan untuk membantu memperkecil dan membentuk anggota yang dikehendaki. Selepas melakukan rawatan ini, pelanggan akan mendapatkan wajah yang tegang dan mantap tanpa perlu tinggal lama di wad. Mengambil masa selama sepuluh minit hingga setengah jam (bergantung bahagian anggota badan), pelanggan tidak akan berasa sakit. Kaedah kecantikan terkini ini sangat ringkas kerana hanya menggunakan benang dan jarum. Mungkin bagi anda ia pelik kerana kebiasaannya prosedur ini digunakan untuk menjahit butang baju. Tidak perlu khuatir kerana teknik ini dijamin selamat, berkualiti, berkesan, tiada kesan sampingan, tidak kelihatan kesan teknik berkenaan. Produk yang digunakan juga halal kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Tips: Jika anda tidak mempunyai masa yang panjang untuk melakukan rawatan kecantikan, anda boleh mencuba rawatan ini yang sangat ringkas. Rawatan yang hanya beberapa minit ini membuatkan wajah anda tegang tanpa disedari oleh orang lain. Tahu2 je dah cantik!
SIAPA YANG PERLUKAN?

Rawatan ini dapat membantu wanita yang berhadapan masalah apabila usia meningkat dan kulit wajah yang mula jatuh, mengendur, menggeleber dan berkedut. Kebiasaannya, wajah kendur disebabkan lapisan bawah kulit yang dipanggil galeal jatuh. Dengan kaedah ini, ia menganjalkan kulit di bahagian kening (atas telinga) yang dipanggil temporal akan ditanda titik berbentuk empat segi. Kemudian jarum yang disangkutkan benang akan dicucuk kepada keempat-empat tanda titik itu.
RINGKASAN PROSEDUR

Benang yang tertinggal di dalam kulit (galeal), hujungnya yang terkeluar akan ditarik 45 darjah kemudian diikat. Kaedah yang sama akan dilakukan kepada bahagian kening di sebelah lagi. Hasil tarikan 45 darjah itu akan mengangkat kulit wajah dan galeal sehingga menjadikan wajah lebih tegang, menaik dan menirus di bahagian dagu. Jarum benang tidak akan kelihatan apabila bahagian hujung yang diikat akan digunting. Benang akan tertarik ke dalam dan menyerap ke dalam kulit dalam tempoh dua minggu serta kekal di dalamnya.

APLIKASI TEKNIK SERDEV
Rawatan ini amat berkesan digunakan untuk:

    menaikkan punggung,
    membentuk bibir,
    meruncing dagu,
    merawat dagu terbelah,
    membuat lesung pipit,
    menaikkan payu dara,
    menaik dan mengecilkan hidung,
    menaikkan pipi,
    menegangkan leher
    dan sebagainya

Keistimewaan kaedah ini ialah benang yang digunakan mengandungi probiotik, vitamin-vitamin, vitamin C, kolagen dan fiber.
Setelah rawatan dibuat, wajah tampak muda kerana segala kekenduran sudah di tarik ke atas semula. Kehebatan rawatan ini adalah tidak memerlukan mereka yang menjalaninya bercuti panjang dan tidak pula perlu dimasukkan ke hospital. Anda Cuma perlu datang ke klinik dan dalam satu jam rawatan telah pun selesai. Anda akan mendapat wajah yang baru tanpa kendur. Begitu mudah bukan?Oleh kerana ia begitu sesuai bagi kita yang aktif bekerja ia turut dikenali sebagai non incisional face lift atau non scar method. Rawatan boleh digunakan untuk mengangkat kening yang jatuh, dan kelopak mata yang kendur membuat mata lebih luas terbuka.

Semasa menjalani kursus Teknik Serdev yang diajarkan sendiri oleh pengasasnya di Bulgaria saya berpeluang melihat sendiri bagaimana teknik ini diaplikasi dengan meluas di Barat dan di benua Eropah. Orang Eropah sangat sukakan Teknik Serdev. Mereka menggunakannya dengan meluas bagi menegangkan muka mencantikkan punggung (agar tidak jatuh), buah dada, mengecilkan hidung yang kembang dan pelbagai lagi. Oleh kerana benang yang digunakan terdapat pelbagai saiz maka ia sesuai bagi mengangkat kening dan mencantikkan hidung juga. Semasa belajar di University of Bulgaria dalam bidang ini saya juga melihat pelbagai prosedur kecantikan lain yang sangat mengkagumkan dibuat di sana. Mereka menanam rambut palsu yang kelihatan hidup dan boleh diwarnakan dan dikerinting sesuka hati. Ini adalah solusi yang baik bagi pengidap alopecia yang serius terutamanya wanita. Di sana saya menyaksikan selebriti dunia yang terkenal menjalani rawatan. Bagi saya pengalaman itu tidak mungkin akan dilupakan selagi hayat dikandung badan.

Di negara kita bidang estetika masih lagi menjadi bidang yang baru dan masih banyak ruang yang perlu diterokai bagi kita untuk mencapai kemajuan yang begitu. Namun begitu doktor kita giat berusaha meningkatkan kepakaran masing-masing dengan mengikuti kursus di luar negara bagi mempelajari kepakaran yang tinggi dalam bidang ini.

[PENGAKUAN]

Saya adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Saya berusia awal 60-an dan suami pula beza lima tahun dari saya. Walaupun sering mengikuti suami ke majlis berkaitan urusan perniagaan, namun saya masih kekok untuk menyesuaikan diri di khalayak ramai. Kurang berkeyakinan kerana wajah nampak lebih tua daripada suami adalah sebab saya lebih gemar menyendiri. Wajah saya lesu dan tidak bermaya. Suami pernah mencadangkan supaya menjalankan rawatan kecantikan sebagaimana isteri-isteri rakan perniagaannya. Saya berpandangan rawatan kecantikan dan anti penuaan hanyalah satu pembaziran semata-mata dan tidak diperlukan.Sejak akhir-akhir ini saya berasa amat tertekan apabila wajah semakin tidak bermaya, kedutan semakin jelas dan pipi mula kendur dan tampak cengkung. Saya mempunyai masalah sukar tidur dan tiada selera makan. Akhirnya saya akur dengan cadangan suami mendapatkan rawatan kecantikan di Klinik Estetik milik rakan karibnya. Selepas menjalankan rawatan teknik serdev, saya kini bukan saya yang dulu. Saya sudah tidak lokek senyuman dan sudah pandai bermesra dengan orang ramai. Selama ini saya sudah salah sangka terhadap rawatan anti penuaan. Namun kini setelah mencubanya, wajah tampak muda seerta tubuh kini selesa walaupun dalam usia emas.

Menakjubkan teknik serdev tidak menyakitkan dan tidak memakan masa. Paling penting ianya selamat dan tidak meninggalkan kesan sampingan selain kesan kecantikan menakjubkan. – Puan Mary, 63 tahun dari Kuala Lumpur.

Rawatan Laser Lipolisis Marissa

APA ITU LASER LIPOLISIS..?
Laser lipolisi adalah alatan yang digunakan untuk menyedut lemak@ liposuction,ia digunakan untuk menghapuskan lemak dari lapisan bawah kulit.

SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENCUBA RAWATAN LASER INI..?

✅Mampu memecahkan lemak-lemak yang keras dalam masa 1 jam.
✅Pancaran LASER yang selamat dan dilakukan oleh doktor yang terlatih
✅Tidak sakit dan boleh menjalankan aktiviti seperti biasa selepas rawatan
✅Tidak meninggalkan parut pembedahan yang menakutkanTiada kesan sampingan yang memudaratkan

BAGAIMANA LASER LIPOLISIS BERTINDAK?

Laser merupakan satu jalur cahaya dengan jarak gelombang yang tertentu. Jarak gelombang ini membolehkan pancaran laser menembusi sel-sel lemak dan menukarkannya menjadi cair. Tenaga laser yang kuat bertindak dengan sangat selektif. Ia hanya memecah lemak tanpa mengganggu sel-sel lain. Justeru ia selamat digunakan dan akan menyebabkan pengecutan dalam jalinan kolagen. Ini menjadikan kulit ketat dan tegang semula. Penggunaan laser seperti ini adalah selamat, cepat dan hasilnya dapat dilihat dalam jangkamasa yang singkat. Perubahan pada wajah menjadi lebih ketara selepas seminggu. Selepas sebulan wajah menunjukkan perubahan yang menakjubkan. Dalam tempoh tingga hingga lima bulan pula seseorang kelihatan lebih muda dan berseri-seri.

PROSES LASER

?Wajah akan dibersihkan dengan povidone iodine dan disapu dengan krim bius. Selepas satu jam krim akan mula bertindak. Doktor akan menandakan kawasan yang akan dirawat.
?Suntikan ubat bius di buat.
?Laser dimasukkan ke bawah kulit dan dipancarkan, lemak akan bertukar menjadi air.
?Selepas seminggu wajah akan menjadi lebih baik

KELEBIHAN RAWATAN

✔Tidak menyakitkan

✔Tidak perlu masuk ke hospital untuk menjalani rawatan

✔Hasil yang baik

✔Tiada parut yang merosakkan kulit.

✔Boleh pergi bekerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan

✔Satu rawatan sahaja sudah berkesan tidak perlu berkali-kali melakukannya.

✔Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara.

Rawatan Serdev Marissa (Benang Kolagen)

Sekian banyak teknik rawatan kecantikan diperkenalkan di negara ini bagi memberi pilihan terbaik kepada mereka yang ingin mendapatkan tubuh atau wajah yang sempurna.Usaha-usaha mendapatkan wajah atau tubuh yang diingini tidak pernah terhenti, apatah lagi formula dan kaedah yang diperkenalkan di pusat-pusat kecantikan semakin canggih dan terkini.

Baru dua tahun diperkenalkan di negara ini, teknik rawatan Serdev khusus dicipta bagi mereka yang mahukan wajah dan bahagian-bahagian badan yang kendur kelihatan tegang dan mantap.Ia juga berfungsi untuk memperkecil dan membentuk anggota yang dikehendaki.Uniknya, kaedah rawatan Serdev tidak memerlukan masa yang panjang untuk mendapatkan wajah yang cantik dan kelihatan muda sebagaimana yang diingini dan tidak perlu tinggal lama di wad misalnya.

Dengan hanya mengambil masa selama sepuluh minit hingga setengah jam (bergantung bahagian anggota badan), pelanggan yang mendapatkan kaedah itu tidak akan merasa sebarang kesakitan dan tidak akan menganggu masa harian mereka.Kaedah teknik kecantikan yang paling terkini ini sangat ringkas kerana hanya menggunakan benang dan jarum – prosedur yang dilakukan sebagaimana kita menjahit butang baju.

Ia juga selamat, berkualiti, berkesan, tiada kesan sampingan, tidak kelihatan kesan teknik berkenaan dan produk yang digunakan juga halal kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan.Teknik ini sangat ringkas, sehinggakan anda boleh melakukan rawatan ini ketika anda keluar rehat untuk makan tengah hari.Apabila anda balik semula ke pejabat, wajah anda akan menjadi begitu berbeza, namun orang tidak akan tahu apa yang membuatkan anda kelihatan lebih jelita sekiranya anda tidak memberitahunya,” katanya bergurau.
Wajah yang mengendur bukan disebabkan oleh kulit wajah, ia diakibatkan oleh lapisan bawah kulit yang dipanggil galeal menjadi kendur dan jatuh dan mengakibatkan wajah kelihatan kendur dan kulit tidak menegang.

Teknik ini juga selamat kerana ia tidak akan menganggu urat saraf berhampiran dengan kulit kerana setiap tempat yang ingin dimasukkan benang itu dipastikan terlebih dahulu tidak berbahaya.Kaedah memasukkan benang itu dilakukan dalam keadaan nyahkuman. Benang itu sendiri mengandungi probiotik, vitamin-vitamin, vitamin C, kolagen dan fiber.

Selain wajah, rawatan ini boleh digunakan untuk menaikkan punggung, membentuk bibir, meruncing dagu, dagu terbelah, membuat lesung pipit, menaikkan payu dara, menaik dan mengecilkan hidung, menaikkan pipi, menegangkan leher dan sebagainya.Apabila ditanya kenapa ada wajah seseorang itu tampak lebih tua daripada usia sebenar, menurutnya ia bergantung kepada bentuk kehidupan yang diharungi, cara hidup dan faktor genetik.

Rawatan Filler Marissa

Teknologi filler kini mendapat tempat di kalangan lelaki dan juga wanita yang ingin mengubah penampilan menjadi lebih baik.

Oleh kerana sifatnya yang mampu mengubah struktur atau menambah isipadu kulit yang longgar, maka suntikan filler Ini bermakna  boleh menggantikan tisu yang hilang di dalam kulit kita akibat penuaan.Untuk mencantikkan wajah terdapat banyak cara di mana kita boleh menggunakan filler hyaluronik.


Menutup kesan lekuk atau parut yang dalam pada kulit.

# Kulit yang berparut atau berlekuk bererti kandungan kolagen dalam kulit sangat sedikit contohnya kesan parut jerawat yang berlekuk. Adalah sukar bagi kita menghilangkan kesan parut begini. Penggunaan filler adalah baik kerana selepas pengisian dibuat kulit akan tampak segar dan kurang berparut atau berlekuk.

Menambah kolagen di bahagian yang memerlukan seperti:

1)Pipi dan kulit yang kendur.
# Apabila suntikan filler dibuat, kulit kelihatan cantik semula. Masalah pipi yang tenggelam agak ketara bagi seseorang yang terlalu kurus. Pipi tampak tersorong ke dalam dan wajah akan tampak kurang menarik.

2) Menutup kedutan yang ketara.
# Kedutan yang sukar dirawat seperti kedutan pada dahi yang dalam dan di antara kedua kening sering memerlukan teknologi filler bagi menutupi garisan yang ketara.

3) Mencantikkan struktur wajah seperti memancungkan hidung.
# Kini mereka yang mahu meningkatkan penampilan hidung tidak perlu lagi menggunakan pembedahan plastik kerana filler juga mampu menjadikan hidung tampak lebih mancung dan berseri. Sudah tentu mereka yang berhidung mancung tampak lebih segak berbanding mereka yang berhidung besar atau penyek. Suntikan filler mampu membuat hidung lebih mancung berbentuk sangat natural.

4) Mencantikkan dagu.
# Simetri pada wajah adalah penting bagi memperlihatkan wajah yang cantik dan menawan. Jika dagu seseorang terlalu pendek sudah tentu wajah akan tampak tidak simetri. Penggunaan filler mampu menjadikan bentuk dagu lebih runcing dan panjang. Wajah tampak lebih tirus dan ayu. Masalah lemak bawah dagu turut dapat diatasi kerana dagu yang panjang menjadikan lemak bawah dagu kurang kelihatan. Perubahan seumpama itu mampu menjadikan seorang wanita lebih cantik.

5) Mencantikkan bibir yang terlalu kecil atau kecut.
# Bagi mereka yang memiliki bibir yang kecil dan kurang menyerlah, penggunaan filler mampu mengatasinya. Filler yang disuntik pada sekeliling bibir membuatkan bibir tampak lebih menawan dan seolah olah terlukis indah. Bagi wanita yang memasuki usia 40-an, warna bibir sudah tentu pudar dan bibir juga turut mengecut menjadi kecil. Penggunaan filler akan menyerlahkan semula bentuk bibir menjadikan bibir lebih anggun dan tebal.

 6) Menambahkan saiz payu dara.
# Terdapat juga filler khusus bagi meningkatkan saiz payu dara. Suntikan sebegini haruslah dilakukan oleh doktor yang terlatih agar bentuk yang menarik dan keselamatan anda terjamin. Mereka yang bersaiz kecil boleh menggunakan teknologi sebegini yang mudah dan tanpa perlu melalui sebarang pembedahan.

7) Menambahkan saiz punggung yang leper.
# Sebagaimana payu dara, saiz punggung yang leper boleh ditingkatkan dengan penggunaan filler. Saiz punggung yang terlalu kecil kurang menarik bagi lelaki dan juga wanita.

8) Mencantikkan kulit pada tangan berkedut.
# Apabila seseorang wanita berusia 40-an banyak kolagen pada kulit akan hilang. Pada masa ini kulit terutamanya pada tangan akan kelihatan berkedut dan tidak bermaya. Ini membuatkan seseorang hilang keyakinan diri dan sesetengahnya berasa amat malu apabila berhadapan dengan orang ramai. Teknologi filler membolehkan masalah ini diatasi. Filler menjadikan kandungan kulit lembap semula. Kedutan kecil akan dihilangkan oleh filler. Kegunaan filler dalam kes seperti ini adalah lebih kepada melembapkan kulit.

9) Menyembunyikan eye bag.
# Masalah eye bag atau lemak bawah mata adalah fenomena biasa yang mengganggu wajah apabila usia mula meningkat. Apabila lemak berkumpul ia mula membentuk lekuk yang tidak sekata di bawah mata. Penggunaan filler boleh membantu menjadikan lekuk tampak kurang ketara dan eye bag juga kurang kelihatan.

Rawatan Laser Pixel Marissa

Punca Kulit Kusam dan Rawatan Laser

Tidak dapat dinafikan faktor kecantikan kulit dan tubuh badan amat penting bagi wanita. Seseorang wanita yang memiliki kulit halus dan susuk tubuh menarik lebih berkeyakinan meningkatkan keterampilan sekali gus menjadikannya anggun dan berpersonaliti. Kulit yang segar dan berseri pasti menawan sesiapa sahaja yang memandang.

Seri wajah tidak bergantung kepada warna kulit. Mereka yang berkulit gelap atau sawo matang juga tampil cantik berseri jika kulitnya segar dan bersih.
Kecantikan perlu dijaga dan dipupuk. Sejak zaman dahulu lagi petua petua kecantikan dibisikkan ke telinga anak-anak gadis. Arang di dapur dijadikan pemutih gigi, beras yang direndam dilumur ke muka menjadikan wajah bersih dan berseri. Putih telur pula dijadikan masker yang membuang noda pada kulit sekali gus menegangkan kulit kita.

Punca Kulit Kusam

Kulit kusam terjadi disebabkan oleh masalah sel-sel kulit yang bercampur-campur. Sel kulit yang mati dan sel baru saling bercampur menyebabkan kulit tampak gelap dan bernoda. Pertumbuhan sel-sel juga lambat dan sel-sel baru kurang berkembang. Ini menyebabkan kulit tampak pudar.

Kulit sebegini sering mendapat white heads iaitu pengumpulan lemak dalam pori-pori kulit. Lemak ini berasal dari kelenjar sebum atau kelenjar minyak yang terlalu aktif. Oleh kerana pengeluaran lemak terlalu banyak maka kulit jadi berminyak dan memudahkan jerawat tumbuh. Begitu juga dengn noda hitam akibat sel-sel sebum dan bulu roma yang bercampur. Noda hitam yang banyak menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata. Kulit tampak kotor meskipun telah dicuci.
Satu lagi masalah yang menjadikan kulit tampak kusam ialah kesan parut lama. Apabila kulit berparut akibat daripada jerawat ataupun masalah lain maka kesan kehitaman mula terlihat. Mencuci muka sahaja tidak boleh membantu mengatasinya.

Jika seseorang wanita itu bekerja di lapangan atau selalu terdedah kepada sinaran matahari, kulit akan menjadi lebih kasar, pigmentasi dan cepat berkedut. Ini kerana sinaran matahari boleh menyebabkan berlakunya pigmentasi. Pigmentasi akan menyebabkan kita kelihatan lebih tua.Sinaran UVA dan UVB juga menyebabkan kulit cepat kehilangan kolagen. Kolagen pada kulit tidak boleh diganti dengan menyapu kolagen pada kulit atau dengan mengambil kolagen dari pemakanan. Oleh itu kita kena menjaga kulit daripada kehilangan kolagen dengan melindunginya daripada dirosakkan oleh sinaran matahari. Apabila kulit kehilangan banyak kolagen, maka berlakulah kedut-kedut di muka. Ini menyebabkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.Satu lagi sebab utama yang menjadikan kulit tampak kusam adalah penggunaan produk kecantikan yang tinggi bahan kimia. Apabila sel kulit rosak ia menjadi kusam. Pemakainya tidak boleh berhenti menggunakan produk itu selama-lamanya. Kulit menjadi ‘ketagih’ kepada bahan kimia itu. Tanpanya ia layu dan menjadi gelap.

Jenis-jenis Kulit

Kebiasaannya kulit kita adalah jenis campuran. Namun untuk memudahkan kita memahami ragam kulit, ia dikelaskan kepada beberapa jenis.

? Kulit normal – Kulit yang segar dan kelihatan kemerahan. Pori-porinya kecil dan kelihatan segar. Kulit jenis ini tidak banyak masalah.

? Kulit kering – Kulit jenis ini sering kering dan kadang kala pecah di bibir dan pipi. Pori-pori tidak kelihatan memandangkan kelenjar sebaceous yang menghasilkan kelembapan kulit tidak banyak. Justeru ia memerlukan krim dan bantuan untuk melembapkannya.

? Kulit berminyak – Kulit kasar dan berkilat. Kelenjar sebaceous terlalu aktif dan pori-pori kelihatan besar. Kulit jenis ini memerlukan penjagaan rapi. Ia mudah berjerawat .

? Kulit kombinasi – Kebanyakan kita memiliki kulit kombinasi. Bahagian tengah muka, dahi, hidung dan dagu berminyak dan tampak kasar manakala bahagian lain akan kelihatan halus dan licin.


Laser Pixel

Pada masa kini teknologi laser digunakan dengan meluas bagi meningkatkan kecantikan kulit. Laser pixel merangsang kulit dan mengelakkan masalah kulit kusam. Apabila pixel dibuat, pancaran laser yang menusuk kulit akan mengeluarkan sel-sel mati dan meningkatkan aktiviti sel-sel baru. Ini membolehkan sel lama dikeluarkan dan aktiviti penggantian kulit akan lancar. Dengan ini kita akan mendapat sel-sel baru yang lebih baik.

Laser juga mengecilkan kelenjar sebum. Apabila minyak kurang keluar maka wajah tampak lebih sekata dan lebih berseri. Begitu juga dengan white head. Penggunaan laser menghapuskan white head akibat daripada minyak yang banyak.

Penggunaan laser yang berkualiti adalah sangat mustahak bagi menghasilkan kesan yang diingini. Terdapat pelbagai jenis laser dan setiap satunya amat spesifik tindakannya. Laser jenis pixel bertindak menghapuskan jenis parut berlubang dan membuang sel-sel mati yang melekat pada kulit. Justeru itu ia amat sesuai bagi rawatan kulit kusam. Pixel sesuai bagi semua jenis kulit.

Selepas rawatan laser dijalankan amat mustahak bagi kita menjaga kulit agar tidak terkena pancaran matahari selama seminggu. Pada waktu ini amat penting sekali bagi kita menggunakan pelindung cahaya matahari yang baik dan krim pelembap yang disyorkan oleh doktor. Sekiranya langkah-langkah ini diikuti kita pasti mendapat hasil yang sangat baik dan kulit yang benar-benar halus dan mulus.

Kulit Halus

Kulit yang halus mudah diuruskan. Ia sukar berjerawat berbanding kulit yang kasar. Ini kerana kelenjar minyaknya adalah sekata dan tidak berlebihan. Ia juga tampak sempurna apabila disapu bedak atau mekap. Pori-porinya yang kecil membuatkan sapuan mekap sempurna dan sama rata.

Apabila berbedak dan bermekap ia mampu menyimpan bedak dan mekap jauh lebih lama. Ini membuatkan anda kelihatan segar dan berseri sepanjang hari. Mereka yang berkulit halus juga tidak berasa ragu untuk tampil tanpa mekap. Ini kerana kulit yang cantik dan licin akan tetap menarik meskipun tiada sebarang solekan dikenakan.

Bagi anda yang bermasalah kulit kasar dan ingin mengubah strukturnya menjadi lebih baik anda bolehkah mencuba kaedah ini kerana rawatan laser yang tepat sangat bermanafaat kepada kulit kita.

Wanita yang kekurangan progesterone akan menunjukkan simptom-simptom seperti:

✔perubahan mood
✔keresahan
✔rasa gugup
✔ketakutan yang tidak rasional
✔mudah meradang
✔Kemurungan
✔Sakit kepala
✔Migraine
✔Hot flush (rasa panas pada waktu malam)
✔Kurang libido/minat terhadap aktiviti seksual
✔Masalah haid seperti haid tidak teratur atau pendarahan yang banyak
✔Menopause dan masalah peri-menopause
✔Masalah payudara
✔Kenaikan berat badan
✔Tidak subur dan Keguguran

Rawatan Pigmentasi Laser Medlite Marissa

Marissa Medlite Laser

Adakah anda tahu apa itu medlite?

Kini terdapat kaedah baru untuk menghilangkan tatu,tanda lahir,jerawat,bulu dan pigmentasi dengan lebih berkesan tanpa meninggalkan sebarang parut.

Kaedah tersebut adalah dengan menggunakan Q-Switched Nd:Yag laser (Medlite C6). rawatan ini menggunakan konsep “photo acoustic” yang dihasilkan oleh Medlite C6. Photo acustic bermaksud cahaya laser ini amat selektif kepada kehadiran pigmen.

Sebagai contoh,apabila laser dipancarkan di kawasan tatu, pancarannya akan memecahkan dakwat di lapisan dermis kepada partikel lebih halus tanpa merosakkan lapisan atas kulit. Partikel dakwat yang hancur di bawah kulit akan diserap ke dalam badan dan dibuang sebagai bahan perkumuhan atau najis.Laser jenis ini mampu masuk ke dalam kulit sehingga mencapai ketebalan beberapa milimeter. Tenaga haba yang dihasilkan oleh laser agak perit namun teknik ‘coolant’ dan menyapu ubat kebas dikawasan yang mahu dirawat menjadikan prosedur ini agak selesa.

Proses ini memerlukan beberapa sesi untuk menghilangkan semua kesan dakwat tatu,tanda lahir,jerawat dan sebagainya tetapi ia sangat berkesan, selamat dan tidak meninggal kan sebarang parut.


Faktor tidak meninggalkan parut ini menjadikan Medlite C6 satu kaedah membuang tatu yang digemari ramai.

Cara laser dipancarkan juga adalah mudah. Oleh kerana laser yang digunakan agak terang cahayanya maka pelanggan dan doktor merawat akan memakai cermin mata gelap. Selain daripada itu tidak perlu langkah-langkah lain.

Laser ini juga diguna kan untuk membantu menghilangkan tanda lahir yang sebelum ini tidak boleh dihilangkan.

Contoh tanda lahir yang biasa dirawat menggunakan Medlite C6 adalah Nevus of OTA dan Café aulait. Selain itu ia sangat berkesan bagi semua jenis masalah pigmentasi. Dewasa ini pigmentasi biasanya terjadi disebabkan penggunaan kosmetik yang merosakkan sel kulit. Apabila medlite dipancar ia akan memecahkan pigmen menjadikan kulit tampak bersih dan cerah. Kebaikan lain menggunakan medlite adalah kulit akan mengalami peningkatan kolagen membuatkan kulit akan tampak semakin muda.

Laser jenis ini juga mampu menghilangkan bulu roma halus dan mengecilkan pori-pori kulit secara semula jadi. Penggunaannya sebulan sekali membuat kulit tampak halus dan cantik. Oleh itu ia juga sesuai bagi meningkatkan kualiti kulit dan menghalang kedutan.

Rawatan Wajah V-Shape Marissa

APA BENTUK DAGU ANDA, BULAT ATAU PANJANG??

Sahabat saya Sherry gemar membelek belek gambar-gambar artis dan model dari luar negara. Dia sukakan wajah jelita model tersebut yang rata-ratanya berhidung mancung dan berdagu runcing.

Teknologi moden menaawarkan pelbagai kaedah untuk mendapatkan dagu yang cantik bersesuaian dengan bentuk wajah.

“Kalaulah saya dapat wajah macam ni….alangkah seronoknya,” kata Sherry.

”Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bentuk wajah yang sempurna seperti ini?” Tanya Sherry kepada saya pada suatu hari.


Sebenarnya wajah model-model tersebut kelihatan cantik didalam gambar kerana ia sangat simetri. Simetri memainkan peranan yang penting bagi membolehkan seseorang kelihatan menarik di dalam gambar atau fotogenik. Fotogenik adalah suatu aset yang penting sekiranya seseorang ingin menjadi model foto.

Lagipun dengan kemajuan teknologi komputer dan wujudnya facebook ramai juga yang ingin tampil fotogenik kerana mahu setiap gambar yang dimuat naik ke facebook kelihatan cantik dan persis gaya seorang model.

Simetri wajah boleh dicapai apabila peratusan jarak dari dahi ke hidung, dari hidung ke bibir dan dari bibir ke dagu adalah 33 peratus iaitu sama banyak. Apabila wajah tidak simetri maka ia kelihatan tidak sempurna.

Tulang rahang atau mandible ialah satu struktur yang membentuk dagu kita dan mempunyai struktur khusus bagi perlekatan gigi. Didalamnya terdapat saraf yang menghubungkan gigi kita dan juga salur darah halus yang memberi nutrisi pada gigi. Di kiri dan kanan tulang mandible bersambung dengan tulang tengkorak yang dinamakan tulang temporal. Penyambungan ini dinamakan TMJ (temporo mandibular joint).

TMJ merupakan satu struktur penting kerana ia merupakan tempat yang membolehkan kita menggerakkan rahang untuk bercakap, makan dan sebagainya.

Selain tulang ini dagu juga dibentuk oleh sekelompok tisu yang terdiri daripada sel lemak, sel kolagen, sel elastin dan hyaluronik yang di sebut sebagai tisu tisu konektif. Kehadiran tisu-tisu sebegini yang seimbang membentuk dagu runcing dan tajam membawa kepada keseimbangan wajah.

Sebenarnya tidak semua orang perlukan dagu yang runcing bagi kelihatan cantik dan menarik. Seseorang berwajah bulat memerlukan dagu yang tajam bagi kelihatan menarik manakala seseorang yang berwajah panjang dan cengkung pula perlu mempunyai bentuk dagu yang bulat sedikit bagi menghasilkan wajah yang simetri. Pendek kata bentuk dagu perlulah disesuaikan juga dengan wajah seseorang bagi menghasilkan bentuk yang seimbang. Ada juga mereka yang mempunyai dagu berlekuk. Dagu berlekuk berlaku di sebabkan struktur tulang mandible.

Dagu yang pendek membuatkan wajah tampak bulat. Lemak di bawah dagu juga mudah berkumpul di kalangan mereka yang mempunyai dagu pendek.Apabila saya diminta membuat analisis wajah seseorang, saya akan terlebih dahulu melihat keadaan simetri pada wajahnya. Selepas itu barulah perbincangan diadakan bagi memastikan apakah yang di mahukan oleh para pelanggan itu.

Rawatan bagi membentuk simetri pada wajah boleh dilakukan dengan banyak cara. Teknik serdev misalnya mengangkat pipi agar tidak kendur. Ia juga boleh mengubah bentuk dagu. Teknik serdev bagi dagu menggunakan benang serdev yang sangat halus. Ia boleh memanjangkan dagu dan menjadikan dagu tampak kecil dan runcing. Teknik ini juga sesuai digunakan bagi mereka yang mahu kan dagu yang bulat. Teknik berbeza akan menghasilkan bentuk yang berbeza. Kelebihan teknik serdev adalah kita tidak memasukkan apa apa pun ke dalam kulit. Benang halus di gunakan bagi mengikat dan mengumpulkan lelemak dan elastin semula jadi pada dagu. Ia di ikat bagi menghasilkan bentuk yang dikehendaki.

Ubat bius suntikan sahaja yang digunakan dan ia juga tidak mengambil masa yang panjang. Memadai hanya sepuluh minit sahaja bagi mendapatkan hasil yang baik. Selepas rawatan tidak ketara bengkaknya dan dalam masa tiga hingga lima hari sudah pasti kita dapat melihat perubahan yang sangat ketara.

Kaedah filler juga sesuai bagi membentuk wajah terutamanya dagu. Filler dari jenis bio alcamid bagus digunakan kerana ia tahan lama dan mampu memberikan bentuk yang cantik dan runcing. Dewasa ini terdapat juga jenis filler yang berasaskan kalsium. Ia juga sangat baik kerana mudah di bentuk dan memberikan rupa bentuk yang sangat natural.

Cara suntikan filler dibuat juga terdapat banyak cara. Doktor akan memastikan bentuk yang paling sesuai sebelum suntikan dibuat. Dengan penggunaan filler kita juga dapat mendapat bentuk dagu yang kita sukai.

Sudah tentulah teknologi implan merupakan yang paling baik kerana kita dapat memilih saiz dan bentuk implan yang sesuai dengan bentuk wajah seseorang. Implan yang diperbuat daripada plastik tahan lama. Dagu yang comel menarik perhatian. Ia menjadikan wajah seseorang tampak lebih jelita.

Selain wajah yang simetri mempunyai kulit yang licin juga adalah penting. Kulit yang licin dan pori-pori yang kecil apabila disapukan mekap akan tampak licin dan cerah. Ini membantu menjadikan seseorang tampak lebih jelita apabila berfoto.

Untuk mendapatkan kulit yang licin tanpa noda hitam dan biji-biji putih, rawatan yang sesuai adalah laser pixel yang mencerahkan kulit dan laser jenis Isolaz yang membuang sebum serta mematikan kuman jerawat dalam kulit.

Laser isolaz baik bagi menyedut semua minyak dan mematikan jerawat. Ia mempunyai dua fungsi iaitu mematikan kuman jerawat manakala dan mengurangkan sebum. Apabila simetri wajah dicapai dan kulit pula mulus dan halus sudah tentu penampilan lebih cantik dan bergaya.

Rawatan Rejuvenasi Kulit PRP Marissa

SIHAT DAN CANTIK DENGAN PLATELET RICH PLASMA (PRP) :

KEBAIKAN PRP

Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi daripada PRP. PRP dapat membantu untuk memudakan kulit wajah. Ia dilakukan pada setiap dua atau tiga bulan sekali. Kaedah ini menggunakan suntikan darah pesakit sendiri yang telah diproses bagi memudakan sel-sel pada kulit. Teknologi ini berasaskan stem sel yang mampu mengisi ruang kosong pada kulit. PRP juga boleh diproses sebagaimana filler bagi menggantikan kandungan matriks kulit yang sudah hilang.

Antaranya lainnya, prosedur PRP juga digunakan untuk merawat luka akibat diabetes.

1) Rejuvenasi kulit.
PRP digunakan bagi rejuvenasi kulit muka dan badan. Sebulan selepas suntikan PRP kulit akan lebih segar dan tampak lebih anjal berbanding sebelumnya. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas kerana pada peringkat ini kulit mula mengalami kesan penuaan. Hormon yang berkurangan turut memburukkan keadaan menyebabkan seseorang tampak tua dan kaedah PRP mengembalikan semula keremajaan kulit seseorang.

2) Mengurangkan parut.
Bagi yang mempunyai parut terutamanya parut jerawat pada muka kaedah ini adalah baik sekali. Kebiasaannya doktor akan menggabungkan rawatan PRP dengan kaedah laser yang boleh membantu mendapatkan kesan maksimum. Pada mulanya wajah dibersihkan dan dipancarkan dengan laser. Selepas itu PRP dimasukkan ke bawah kulit. Keseluruhan prosedur akan mengambil masa 40 minit. Dalam tempoh tiga minggu barulah kita akan dapat merasa perubahan yang ketara.

3) Menghilangkan pigmentasi
Pigmentasi adalah cabaran terbesar bagi doktor dan pakar kecantikan. Pigmentasi terhasil disebabkan oleh gangguan pada sistem melanocyte kulit kita. Apabila melanocyte menjadi aktif ia mengeluarkan banyak pigmen yang dinamakan melanin. Melanin yang banyak dan berkelompok menyebabkan kulit tampak hitam dan kusam. PRP membantu menstabilkan aktiviti melanocyte. Ia membuatkan masalah pigmentasi menjadi terkawal.

4) Garis dan lekuk pada wajah
PRP juga boleh bertindak sebagai natural filler yang berupaya mengisi ruang pada garis dan lekuk di wajah kita. Untuk itu PRP akan diaktifkan dengan campuran kalsium sehingga berubah bentuk menjadi filler semulajadi. Filler bererti bahan atau matrik kulit yang mengisi wajah. Penuaan membuatkan garisan pada wajah menjadi ketara. Garis-garis ini akan membuatkan wajah tampak murung. Garisan di antara kening misalnya menjadikan kita tampak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

5) Alopecia
Alopecia bermaksud kepala botak yang berkait rapat dengan factor usia dan juga hormon pada badan. Seseorang yang mengalami alopecia sukar sembuh disebabkan hormon dan faktor-faktor pertumbuhan yang kurang. Kehadiran PRP membuatkan rambut mula tumbuh kembali.

6) Ulser diabetes
Apabila seseorang mengidap kencing manis atau diabetes, dia akan mudah mendapat luka dan luka yang terjadi juga lambat sembuh. Ini kerana pada sel sel terdapat kurang faktor rangsangan sel endotelium yang mustahak bagi merangsang penyembuhan luka. Oleh kerana pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam tubuhnya maka kuman juga mudah menyerang. Apabila terkena jangkitan kuman maka luka makin menjadi teruk. Antibiotik sangat mustahak bagi membunuh kuman dan pembersihan setiap hari perlu dibuat. Laser boleh digunakan untuk membunuh kuman di dalam luka. Apabila kuman sudah mati luka tidak akan berbau lagi dan PRP boleh digunakan bagi merangsang penyembuhan.

Rawatan Laser Radio Frequency Marissa

RF adalah teknologi yang bersifat pro perubatan dan ia tidak bersifat intrusif. Tanpa membakar kulit seperti sinaran laser, RF mengeluarkan haba yang tidak terlalu panas untuk mensimulasikan lapisan kulit dermal.

Aktiviti simulasi ini dilakukan ke atas kolagen semula jadi yang terkandung dalam kulit bagi mengetatkan lagi permukaan kulit yang kendur.

Pada masa yang sama, ia membantu untuk meningkatkan dan menghilangkan kesan calar; parut lama dan sebarang cacat-cela pada permukaan kulit termasuk kedutan; mata bengkak atau eye bag dan kulit yang kendur. Pada rawatan pertama lagi, anda dapat melihat perubahan yang ketara dari segi kulit yang tegang dan lembut, menambah rawatan susulan sebanyak lima hingga enam kali akan memberi hasil yang lebih menonjol dan rawatan seterus menyusul dalam tempoh dua kali sebulan.

Kebanyakan wanita yang datang mendapatkan rawatan terdiri daripada wanita bekerja, isteri dan wanita berusia. Walaupun tidak ada had umur yang diletakkan, saya sarankan mereka yang berusia 25 tahun dan ke atas boleh mencuba bergantung kepada masalah yang dihadapi.

“Mereka yang berusia atau merasakan dirinya nampak tua daripada usia sebenar, boleh berdaftar dan mendapatkan nasihat.”

RF bukan sahaja merawat bahagian muka tetapi ia boleh digunakan untuk mengurangkan lemak yang berlebihan serta merawat bahagian badan seperti pinggang, paha, perut dan mengurangkan rasa kesakitan di belakang badan.

Dalam tempoh 30 minit sahaja, rawatan lengkap dapat diberi di muka, paha dan belakang badan. Bahagian perut, bagaimanapun, mungkin mengambil masa yang panjang iaitu hampir sejam.

Untuk melangsingkan badan pula, RF memecahkan lemak degil dan mensimulasikan bahagian badan yang bermasalah selulit menerusi sistem limfa.

Collagenesis ini mampu menegangkan kulit dan tisu penghubung, di samping meningkatkan peredaran mikro dan membantu dengan saliran limfa anda.

FAEDAH MENGGUNAKAN LASER RF

  • Lapisan lemak di bawah kulit terkawal.
  • Mengetatkan tisu dan meningkatkan peredaran darah.
  • menyebabkan lemak pecah.
  • mengalir melalui sistem limfa.
  • mengurangkan selulit.

Rawatan Microdermabrasion Marissa

MICRODERMABRASION (Diamond Peeling)

APAKAH MICRODERMABRASION?


Microdermabrasion adalah teknik terkini dengan memberikan hasil yang sangat memuaskan. Teknik ini berguna untuk memperbaiki dan memperbaharui lapisan atas epidermis dengan menghasilkan kulit  baru yang lebih muda, brseri seri, licin dan sihat.

Dalam masa 20 minit sahaja, anda akan mendapat rawatan muka yang sungguh berkesan dan sekaligus membuatkan wajah anda akan kelihatan cantik dan berseri.

Sistem rawatan yang menggunakan sistem microdermabrasion ini mampu menanggalkan segala sel-sel mati dan membaikpulih struktur liang roma agar wajah anda nampak lebih berseri ari hari-hari biasa.

Microdermabrasion telah dipakai secara luas untuk mengatasi kelainan kulit, seperti :

?Mengecilkan pori pori yang membesar sehingga kulit akan menjadi lebih halus.
?Mengurangi kadar minyak pada kulit yang berlebihan.
?Menghilangkan luka bekas jerawat, mencegah pembentukan jerawat kembali.
?Menghilangkan selulit (countour strech mark).
?Mengurangi atau bahkan menghilangkan keriput, kerutan kulit halus, flek coklat, belang keputihan pada kulit, mencegah penuaan dini dengan merangsang
?Regenerasi jaringan kolagen.
?Mengangkat sel kulit mati, membersihkan dan memperhalus tekstur kulit.


Microdermabrasion sesuai pada anda yang memiliki :

✅Keriput halus
✅Garis penuaan pada kulit
✅Tekstur kulit yang tidak merata
✅Kulit terbakar matahari
✅Masalah jerawat dan memiliki banyak bekas bekas luka jerawat