KULIT CERAH BERSERI DENGAN FACIAL MICRODERMABRASION SEJURUS SELEPAS 1 KALI RAWATAN SAHAJA
APA ITU FACIAL MICRODERMABRASION
Microdermabrasion adalah salah satu kaedah bebas kimia dan bebas invasi yang dilakukan menggunakan microcrystals yang disapu lembut ke permukaan kulit. Prosedurnya akan melalui proses lelasan/sedutan bahagian kulit paling luar untuk membuang sel-sel kulit mati, white head, black head, jerawat sekaligus menjadikan kulit bersih licin, serta cerah berseri. Microdermabrasion juga merupakan salah satu rawatan untuk skin rejuvenation yang bermaksud proses peremajaan kulit. Ia bertujuan untuk mendapatkan kulit sihat, segar dan nampak cantik.

RAWATAN KAMI TERBAIK UNTUK ANDA
BAGAIMANAKAH MICRODERMABRASION BERTINDAK SELEPAS RAWATAN?
- Lapisan kulit epidermis (lapisan kulit paling luar) dan dermis menjadi lebih tebal.
- Proses pengelupasan kulit epidermis pada akhirnya akan mencetus pertumbuhan kulit baru lebih optimum sehingga menjadi lebih tebal secara keseluruhan.
- Kulit akan menjadi lebih cerah oleh sebab pembentukkan baru kolagen dan elastin.
- Rawatan rutin dapat memperbaiki tekstur kerut halus, melicinkan dan mengecilkan liang roma.
- Kulit akan menjadi lebih cerah oleh kerana kemerosotan zat melanin (pigmen) pada lapisan kulit.
- Peningkatan kadar ceramid (moisturizer alami kulit) walaupun pada 1-2 hari pertama kulit terasa kering, tapi hasil akhir yang diperolehi adalah kulit yang lebih lembap
JENIS-JENIS ALATAN YANG DIGUNAKAN
Terdapat 3 jenis alat untuk rawatan mikrodermabrasi. Perbezaan terletak pada bahan / alat yang digunakan untuk menyedut lapisan sel kulit mati pada bahagian luar kulit
1) Kristal aluminium
2) Diamond tip
3) Geometric matrix point (GMP)
Pada hujung alat ini, terdapat satu alat kecil berupa metalic rim, menyerupai logam bertekstur dengan kekasaran yang merata, sehingga mampu mengabrasi kulit secara berkesan. Alat kecil ini disebut GMP tip yang disposable, jadi satu pesakit akan menggunakan satu tip baru, sehingga tidak ada risiko penularan penyakit. Selain itu pada alat mikrodermabrasi ini, terdapat LED (light emitting diode) yang dipercayai akan merangsang sel untuk membentuk serat kolagen dan elastin baru sehingga menguatkan kesan peremajaan kulit yang diharapkan. Selain itu, LED mempunyai kesan membunuh bakteria.

SIAPAKAH YANG SESUAI MENDAPATKAN RAWATAN INI?
- Mereka yang mempunyai masalah garis atau kedut muka yang halus
- Mereka yang mengalami masalah bintik-bintik penuaan, masalah sunburn, pigmentasi dan tona tidak sekata
- Mereka yang mengalami masalah kulit kusam
- Mereka yang mempunyai masalah pori-pori terbuka, pori tersumbat
- Mereka yang mempunyai jerawat , white head dan black head.
Kini Giliran Anda Untuk Cerahkan Wajah Anda
Kini Mereka Berjaya Tampil Wajah Cerah Selepas Melakukan Facial Microdermabrasion
**Keputusan adalah berbeza-beza untuk setiap individu

CIK SUHAILA, 25 TAHUN
“Saya memang seorang wanita yang dilahirkan dengan kulit jenis sensitif. Makin saya berusia, jeragat mula bertambah. Mula-mula saya buat tak tahu je, tapi bila kawan kerap tegur pasal muka saya yang nampak makin banyak pigmen ni, saya makin cuak… Dah lah muka berjeragat, kulit pula kusam dan pucat. Saya memang tak confident. Kawan cakap saya nampak macam orang sakit. Sejak tu, saya mula cari rawatan yang boleh menghilangkan masalah jeragat saya ni. Saya ada nampak satu iklan yang boleh menghilangkan jeragat dengan cepat di facebook Marissa Aesthetic. Saya dah kawan pun datang ke Marissa Aesthetic untuk tahu lebih detail lagi pasal rawatan jeragat ni. Konsultan Marissa sangat mesra dan telah terangkan pada saya macam mana nak rawat masalah ni”


PUAN ZIANA, 53 TAHUN



HUBUNGI SEKARANG UNTUK KONSULTASI PERCUMA
Terms and Condition Apply
Disclaimer: Marissa Aesthetic cannot guarantee specific results. All results, the recovery process and general satisfaction of the procedure may vary from one person to another.