KELOPAK MATA KENDUR & KANTUNG MATA (Eyebag) HILANG DENGAN 1X RAWATAN SAHAJA!!


Sesungguhnya mata memainkan peranan penting bagi menjadikan seseorang tampak cantik dan menawan. Bagi jurusolek pula dia tidak akan lupa menghias mata pelanggannya bagi menyerlahkan lagi penampilan. Jika tidak, seseorang tidak akan tampak menawan.
Apakah Rawatan Kelopak Mata & Kantung Mata?
Pembedahan bahagian atas kelopak mata (upper blepharoplasty) dilakukan untuk meningkatkan penampilan pada kelopak mata. Pada pesakit yang lanjut usia, ini akan melibatkan penyingkiran pada lapisan kendur yang berlaku disebabkan penuaan. Untuk pesakit muda, lipatan bahagian atas kelopak mata boleh diwujudkan atau dipertingkatkan, dan lebihan minyak yang boleh membawa kepada penampilan kembung boleh disingkirkan.
Pertama, satu pemotongan dibuat pada lipatan untuk menyingkirkan kulit dan lebihan lemak. Jahitan dibuat pada hujung potongan pada struktur dasar untuk membentuk lipatan kelopak mata. Bila ianya sembuh, parut tidak akan lagi nampak kerana ianya tersembunyi pada lipatan kelopak mata. Untuk pesakit yang ada lebihan kulit dan lemak yang minimal, lipatan kelopak mata boleh dilakukan tanpa apa – apa potongan dibuat, dengan jahitan dilakukan pada bahagian atas kelopak mata.
Punca Terjadinya Eyebag atau Kelopak Mata Jatuh?
Toksin berlebihan dalam badan
Tabiat yang tidak mengambil pemakanan seimbang menyebabkan racun terkumpul dalam tubuh badan dan tidak dapat dicerna dengan baik menyebabkan kulit di sekitar mata hitam serta nampak lebam.
Air bertakung
Apabila seseorang menangis, garam yang terdapat di dalam air mata boleh menyebabkan kawasan mata penuh dengan tangkungan cecair.
Penuaan
Apabila mencapai umur 30 tahun ke atas, kulit semakin hilang keanjalan terutamanya di bahagian mata. Lapisan kolagen semakin menipis dan lebih mudah gelap dan lebam bawah mata. Lemak-lemak yang menyokong mata makin lama makin jatuh ke bawah, ini menyebabkan makin hari, eyebag makin ketara dan kelopak mata juga jatuh.
Gangguan Tidur
Punca eyebag yang sangat ketara adalah dengan masalah tidak cukup tidur memang mudah sangat mata jadi bengkak dan lebam. Ini kerana pembuluh-pembuluh darah terpaksa bekerja lebih keras daripada keadaan normal. Hingga mewujudkan bayang-bayang bawah mata.
Bagaimana Rawatan Mata Dijalankan?
Pembedahan Bahagian Atas (Kelopak Mata)
Biasanya dilakukan dibawah bius setempat dan mengambil masa 45 minit sehinnga 1.5 jam. Masa pemulihan adalah berbeza dengan teknik yang dipilih. Apabila suatu potongan dibuat, kulit dan lemak dikeluarkan, jahitan dibuang selepas 5 hingga 7 hari dan bengkak akan beransur – ansur pulih dalam tempoh 2 hingga 3 minggu. Apabila tiada insisi dilakukan, tempoh bengkak biasanya lebih pendek.
Pembedahan Bahagian Bawah (Kantung Mata)
Pembedahan bahagian bawah kelopak mata (lower blepharoplasty) dilakukan untuk meremajakan bawah kelopak mata. Kehadiran kulit longgar dan lebihan lemak menjadikan penuaan, muka kelihatan letih.
Bila ada kedua – dua kulit dan lebihan lemak yang perlu disingkirkan, dan kulit bahagian bawah kelopak mata perlu ditegangkan untuk mengembalikan penampilan yang muda, satu insisi perlu dilakukan betul – betul pada bawah bulu mata. Penyembuhan ini dengan parut yang hampir tidak kelihatan. Lebihan lemak sama ada dibuang atau diguna semula untuk meratakan kontur dikawasan bahagian bawah kelopak mata.
Bila tiada keperluan untuk menyingkirkan lebihan kulit, lemak boleh disingkirkan melalui insisi tersembunyi diletakkan pada bahagian bawah kelopak mata.
Pembedahan bahagian bawah kelopak mata biasanya dilakukan dibawah bius setempat, dan mengambil masa 1.5 hingga 2.5 jam. Jahitan selalunya dibuka selepas 5 hingga 7 hari. Bengkak dan lebam yang agak teruk untuk 3 hingga ke 7 hari dan beransur pulih selepas 2 hingga 3 minggu.

Kelopak Mata

Kantung Mata
Mari Lihat Kejayaan Mereka Menghilangkan Eyebag , Jika Mereka Boleh Kenapa Tidak Anda?

Akak rasa puas hati lepas buat rawatan eyebag di Marissa. Akak ini suka pakai contact lens.Masa ada eyebag, rasa malu nak pakai contact lens sebab orang asyik pandang eyebag je. Sekarang ini akak rasa yakin
Saya mengalami masalah eyebag sejak berusia 35 tahun. Macam macam krim saya dah pakai tapi tak ada perubahan. Sama je. Tapi sekarang masalah eeybag saya dah pulih.


Sejak usia meningkat ke 40-an, eyebag mula kelihatan. Saya ini bertubuh kurus dan ramai orang ingat saya baru berusia 20-an. Inilah yang membuat saya bangga. Sejak ada eyebag saya kelihatan tua , mujurlah saya cepat cepat buat rawatan. Kini saya rasa lebih yakin.
Mujurlah Marissa ada cara untuk membuang lebihan lemak terkumpul di kelopak dan bawah mata. Saya berpuas hati, tak sangka lepas buang eyebag muka saya nampak muda dan kulit kendur bawah mata pun hilang.

TEMPAH SEKARANG!
Isi butiran di bawah dan klik butang Hantar.
Kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan slot konsultasi. Cepat! Slot terhad!