Rawatan Laser Isolaz

Masalah Jerawat Kini Tiada Lagi, Jerawat Degil Hilang Dengan Laser Isolaz

” Dulu, jerawat saya sangat teruk. Bila saya pos gambar di laman sosial, mesti ada yang kecam dan komen negatif pasal saya. Kini tiada lagi komen negatif, selepas saya buat rawatan di Marissa Aesthetic. Jerawat saya semakin berkurang dan kulit nampak lebih licin” Cik Fatin

  • Laser Isolaz adalah gabungan antara vakum dan laser tetapi tidak menyakitkan

    Sesuai untuk semua jenis kulit, rawatan dalam masa yang singkat

  • Isolaz berfungsi untuk mematikan jerawat yang terdapat di muka,atau badan sehingga ke akarnya

    Laser Isolaz akan menyedut jerawat tersebut melalui vakumnya, dan pancaran laser yang keluar akan mematikan jerawat tersebut sehingga ke akarnya

  • Terapi Isolaz berkesan boleh merawat jerawat tanpa perubahan gaya hidup, preskripsi lisan atau regimen produk penjagaan kulit

    Membersihkan liang tersumbat, jerawat dan bintik-bintik hitam.

  • Rawatan mengambil masa yang singkat

    Rawatan Isolaz sering mengambil hanya mengambil masa 30-45 minit sahaja, dan anda boleh melakukan aktiviti harian anda seperti biasa.

MENGAPA MAHU BAYAR LEBIH? DAPATKAN HARGA PROMOSI, TEMPAH ONLINE SEKARANG!!

BAGAIMANA JERAWAT TERJADI? 

Jerawat atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris. Ia terjadi apabila minyak ataupun sel – sel kulit yang telah mati menyumbat liang – liang kulit anda. Kulit akan mengalami beberapa perubahan seperti bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat ringan), jerawat dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat sederhana) dan bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk).

KENALI JENIS JERAWAT

Jenis-jenis jerawat terdapat dalam pelbagai jenis dan mengikut peringkat, antaranya ialah whitehead, blackhead, papules dan pustules.

Whitehead adalah keadaan jerawat yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang kulit. Perbezaannya dengan jerawat lain ialah ia belum lagi dimasuki kuman / bakteria. Ia kelihatan seakan-akan warna kulit. Kita hanya melihatnya sebagai bonjolan sedikit. Bahagian atas bonjolan tidak terbuka.

Manakala jerawat jenis blackhead keadaannya hampir sama dengan jerawat whitehead. Perbezaan ketara antara keduanya ialah jerawat blackhead bahagian atasnya terbuka. Ia mendedahkannya ke udara. Keadaan ini menyebabkan pengoksidaan berlaku. Ia akhirnya menyebabkan jerawat jenis ini berwana kehitaman.

Jerawat jenis papules pula ialah satu jenis jerawat yang terjadi apabila whitehead atau blackhead mengalami keradangan / kemerahan tetapi belum lagi diisi dengan nanah. Ia berwarna merah, agak lembut dan saiznya lebih kurang beberapa sentimeter.

Dan pustules pula jerawat yang biasa kita lihat. Keadaannya ialah merah, keras dan bernanah. Pustules terjadi akibat dari jangkitan bakteria.

APAKAH PUNCA BERLAKU JERAWAT?

Kebiasaanya jerawat terjadi apabila minyak dan sel -sel kulit yang mati tersumbat di liang kulit anda. Keadaan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini, ia akan menyebabkan kemereh – merahan , bengkak dan nanah akan terhasil. Kebanyakan orang akan mengalami jerawat pada usia remaja. Antara sebab jerawat tumbuh ialah kerana perubahan hormon. Kebaiasaanya ia berlaku di kalangan remaja yang baru memasuki akil baligh. Apabila mereka memasuki usia akil baligh, kulit mereka akan menjadi lebih berminyak.

Di samping itu, terdapat beberapa kajian perubatan, keadaan jerawat juga boleh diwarisi. Ini bermakna jika salah seorang ibu bapa anda mempunyai jerawat, kebarangkalian untuk anda mempunyai jerawat juga lebih tinggi. Ada juga yang mendapat jerawat kerana penggunaan bahan pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit mereka. Penggunaan pencuci muka berasaskan minyak juga akan menyebabkan jerawat ini terjadi.

APAKAH KAEDAH RAWATAN YANG SESUAI? 

Rawatan laser dematologi/ aesthetic merupakan salah satu kaedah rawatan yang paling berkesan dan sesuai untuk menghapuskan jerawat dan parut jerawat. Laser ialah satu jalur cahaya dalam jarak gelombang yang tertentu. Tindakan laser ini jauh ke dalam kulit yang membantu untuk mengurangkan aktiviti sel-sel jerawat. Antaranya ialah laser Isolaz yang telah diperakui oleh FDA (Food and Drug Administration) untuk rawatan bagi pelbagai peringkat. Isolaz mengunakan teknologi yang dikenali sebagai photopneumatic. Ia menggabungkan penggunaan vakum yang boleh menyedut kekotoran dari dalam pori-pori dengan mengecutkan liang sebum dan menanggalkan noda-noda hitam. Sedutannya mampu mengeluarkan semua nanah dan sebum yang menyumbat liang roma dengan sempurna. Sifat vakumnya yang handal dan unik, tidak menjejaskan sel kulit dan kulit juga tidak rosak tetapi kembali pulih dengan cepat. Cahaya broadband yang dipancarkan oleh laser Isolaz juga membunuh kuman. Apabila cahaya dari laser dipancarkan ia akan membuatkan kuman mati dan dinding bakteria juga mula pecah akibat daripada cahaya laser. Jerawat aktif apabila sebum di dalam kulit tersumbat dan menjadi pusat pembiakan kuman. Penggunaan krim muka yang berminyak dan kosmetik juga boleh menghasilkan jerawat kerana ia masuk ke dalam pori-pori dan menyebabkannya tersumbat. Ini menyebabkan bakteria pencetus jerawat menjadi aktif dan mudah membiak. Oleh itu aspek pembersihan muka juga perlulah dititikberatkan bagi mengelakkan jerawat.

RAWATAN KAMI TERBAIK UNTUK ANDA

  • Klinik Estetik yang diasaskan oleh Pakar Kecantikan : DrRushmini Maris

  • Klinik Estetik yang telah bertapak selama 15tahun di Malaysia

  • Rawatan tidak menyakitkan dan tiada "downtime"

  • Rawatan mengambil masa yang singkat sahaja

  • Rawatan dilakukan oleh konsultan berpengalaman

DAPATKAN HARGA PROMO ONLINE TERHAD BAGI YANG TERAWAL SAHAJA

Bagaimana Rawatan Isolaz Dilakukan

Rawatan Laser Isolaz

Laser Isolaz adalah gabungan antara vakum dan laser tetapi tidak menyakitkan. Ia untuk membersihkan liang tersumbat, jerawat dan bintik-bintik hitam. Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang paling biasa yang memberi kesan kepada semua peringkat umur. Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Isolaz berfungsi untuk mematikan jerawat yang terdapat di muka,atau badan sehingga ke akarnya. Laser Isolaz akan menyedut jerawat tersebut melalui vakumnya, dan pancaran laser yang keluar akan mematikan jerawat tersebut sehingga ke akarnya.

Melalui inovasi teknologi, terapi Isolaz berkesan boleh merawat jerawat tanpa perubahan gaya hidup, preskripsi lisan atau regimen produk penjagaan kulit. Rawatan berlaku di pejabat doktor dan selesa serta boleh dipercayai, memberi anda kelegaan jerawat cepat dan tahan lama.

BAGAIMANA LASER ISOLAZ BERTINDAK?

Rawatan Laser Isolaz

Laser Isolaz adalah gabungan antara vakum dan laser tetapi tidak menyakitkan. Ia untuk membersihkan liang tersumbat, jerawat dan bintik-bintik hitam. Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang paling biasa yang memberi kesan kepada semua peringkat umur. Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Isolaz berfungsi untuk mematikan jerawat yang terdapat di muka,atau badan sehingga ke akarnya. Laser Isolaz akan menyedut jerawat tersebut melalui vakumnya, dan pancaran laser yang keluar akan mematikan jerawat tersebut sehingga ke akarnya.

Melalui inovasi teknologi, terapi Isolaz berkesan boleh merawat jerawat tanpa perubahan gaya hidup, preskripsi lisan atau regimen produk penjagaan kulit. Rawatan berlaku di pejabat doktor dan selesa serta boleh dipercayai, memberi anda kelegaan jerawat cepat dan tahan lama.

Terbukti Secara Klinikal

  • Kajian klinikal oleh dermatologi terkemuka telah membuktikan keberkesanan Isolaz untuk merawat jerawat.

  • Pengurangan ketara luka jerawat (bintik, jerawat, pustules) dan juga muka menjadi kurang berminyak serta licin dan cerah

  • Keputusan segera dalam masa 24-48 jam, radang dan kemerahan juga berkurangan

Berkesan Merawat Jerawat 

Sasaran rawatan Isolaz jauh ke dalam liang roma dan FDA dibersihkan untuk digunakan pada semua jenis kulit (cerah atau gelap). Ianya selamat, boleh dipercayai dan berkesan sebagai terapi jerawat dan juga sebagai rawatan pelengkap kepada rejimen jerawat lain.

Berjaya pada Bukan Responders untuk Rawatan Jerawat

Rawatan Isolaz telah terbukti untuk mengurangkan parut jerawat oleh pelanggan marissa dalam tempoh 2 bulan sahaja. Khususnya untuk pesakit yang tidak memberi respons kepada antibiotik, produk topikal atau lasers.

Cara Penjagaan Muka Berjerawat

Individu yang mengalami masalah jerawat seharusnya mengamalkan pola hidup yang sihat. Antaranya ialah:

  • Minum air secukupnya
  • Elakkan stress dan sentiasa rileks
  • Perbanyakkan makan sayuran dan buah-buahan
  • Sentiasa mencuci muka dgn air yang bersih
  • Elakkan memicit jerawat untuk mengelakkan keadaan semakin teruk
  • Lakukan facial wajah secara rutin untuk mempercepat penyembuhan jerawat.

Kini Mereka Tampil Yakin Tanpa Masalah Jerawat

KISAH HAIKAL (24 TAHUN)

Aku Haikal merupakan seorang student di Uitm Melaka. Aku mempunyai masalah jerawat sejak berumur 15 tahun lagi .Muka aku menjadi teruk selepas akil baligh dan mungkin kerana perubahan hormon . Dulu waktu kecil ibu aku menyuruh aku untuk mendapatkan rawatan kulit wajah namun aku berdegil dan menghiraukan nasihatnya kerana aku fikir masalah jerawat ini akan selesai . Rupanya aku silap ,semakin aku dewasa jerawat di wajah aku semakin merebak dan menjadi kemerah-merahan .

Sehingga kini jerawat diwajah aku semakin teruk dan aku malu untuk berhadapan di khalayak orang ramai . Tambahan pula aku seorang student yang mengambil jurusan marketing dimana aku harus selalu membuat presentation di hadapan dan diberi tugasan untuk menjadi usahawan muda di university. Tugasan ini memerlukan aku untuk bertemu dengan student lain dan mempromosikan kepada mereka tentang pentingnya ilmu business pada zaman sekarang. Namun ,dengan keadaan wajah aku yang berjerawat ini membuatkan aku rasa segan untuk bertemu dengan student lain.

Aku juga risau mereka akan menghiraukan aku . Maklumlah sekarang orang nak muka yang hensem je ,muka berjerawat macam aku nie orang pandang sebelah mata je .Tetapi sebelum tugasan ini bermula, aku tekad untuk merawat wajah aku dan mendapatkan rawatan di klinik . Sedang asyik scroll facebook ,aku terbaca satu page dari Marissa Aesthethic yang menawarkan rawatan laser isolaz di mana rawatan itu merawat masalah kulit wajah yang berjerawat . Dengan menawarkan harga diskaun ,aku terus dapatkan contact mereka dan hubunginya dengan segera .

Pada keesokannya, aku pergi ke Marissa Aesthetic untuk berjumpa dengan pakar konsultasi . Semasa aku sampai ,aku disambut dengan baik oleh pekerja Marissa Aesthethic dan mereka sangat lah friendly. Selepas mendapatkan nasihat dan tips dari pakar ,aku terus melakukan rawatan laser isolaz . Semasa rawatan dijalankan ,aku merasa sangat selesa dan nyaman kerana bilik yang mereka sediakan sangat lah kemas dan rapi serta pengudaraan mereka amat lah baik . Saya rasa sangat berpuas hati dan berbaloi kerana melakukan rawatan di Marissa Aesthetic . Jerawat saya kini makin kurang dan wajah saya bertambah licin . Terima kasih Marissa Aesthethic kerana mengembalikan keyakinan saya dan membuat saya semakin macho.

MENGAPA MAHU BAYAR LEBIH? DAPATKAN HARGA PROMOSI, TEMPAH ONLINE SEKARANG!!

HUBUNGI SEKARANG UNTUK KONSULTASI PERCUMA

Rawatan Pilihan (*)

Lokasi Pilihan (*)

Nama Penuh (*)

No. Tel Bimbit (*)

Email (Jika Ada)

Introducer (Jika Ada)

Terms and Condition Apply

Disclaimer: Marissa Aesthetic cannot guarantee specific results. All results, the recovery process and general satisfaction of the procedure may vary from one person to another.

© 2015 - 2019 Marissa Health & Beauty Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.