Rangkaian produk MARISSA sangat berkesan kerana ia diformulasi khas oleh Dr Rushmini sendiri berdasarkan kajian dan pemerhatian beliau dalam bidang estetik.
Produk Marissa sangat hangat di pasaran Malaysia dan rantau Asia. Ini kerana mutu serta kualiti produknya yang tinggi dan bertaraf antarabangsa.
Untuk kecantikan luar dan dalam, produk keluaran Marissa pastinya adalah pilihan paling tepat.

Marissa White Glutathione
Suplemen glutathione berkualiti tinggi ini merupakan salah satu produk keluaran Marissa yang paling popular. Ia juga merupakan antara produk pertama keluaran Marissa sejak 10 tahun yang lalu dan bertahan hingga kini. Ini kerana Marissa White Glutathione sangat berguna sebagai antioksidan yang paling hebat dalam tubuh badan manusia.
Selain glutathione, terdapat beberapa lagi rangkaian suplemen keluaran Marissa seperti D-Magnesium, Mecobalamine, Selenium dan lain-lain.
Marissa Anti Hair Fall & Scalp Care Shampoo
Marissa ‘Anti Hair Fall & Scalp Shampoo’ ia mampu merawat masalah rambut gugur. Syampu DR.R juga mampu merangsang dan meningkatkan peredaran di sekitar folikel rambut untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih kuat serta sihat dengan menggunakan tindakan pembersihan yang lembut.
Marissa Anti Hair Fall & Scalp merupakan satu – satunya syampu yang bebas bahan kimia dan mengandungi sumber organik semulajadi untuk pertumbuhan rambut yang baru.


Kosmetik & Kecantikan
Rangkaian produk kosmetik & kecantikan Marissa meliputi keperluan luar dan dalam seperti mencegah dan merawat jerawat, jeragat dan pigmentasi serta kesihatan tubuh dan pelangsingan seperti minuman kolagen, krim pembentukan tubuh dan lain-lain.
Terdapat lebih dari 20 pilihan produk yang pastinya tepat dengan citarasa dan keperluan anda.
Set Kombo Marissa
Set kombo Marissa adalah rangkaian produk yang telah dipakejkan mengikut objektif rawatan tertentu yang memberi nilai berganda terutamanya dari segi harga dan penyesuaian produk.
Antara set kombo yang popular ialah set basic facial, set pelangsingan, set hitamkan rambut, set merawat kulit rosak dan lain-lain.
