Rawatan laser dari Marissa merangkumi laser pixel, laser isolaz, laser pertumbuhan rambut, laser buang bulu, laser pigmentasi dan lain-lain.
Hasil yang didapati pelanggan adalah tahan lama, berkualiti tinggi, kesan serta merta dan yang penting tidak menyakitkan.
Lihat pilihan rawatan laser Marissa di bawah.

Laser Pixel (Hilangkan Parut)
Laser Pixel baik bagi meningkatkan kolagen dan menanggalkan parut pada muka. Selepas laser pixel dibuat kulit wajah akan mula berubah menjadi lebih baik dalam tempoh 2 minggu. Rawatan laser pixel sebulan sekali dapat meningkatkan kecantikan kulit wajah dan memudarkan parut.
Laser Medlite (Hilangkan Pigmentasi)
Laser Medlite merupakan kaedah baru untuk menghilangkan pigmentasi, tatu, tanda lahir, jerawat dan bulu dengan lebih berkesan tanpa meninggalkan sebarang parut. Laser jenis ini juga mampu menghilangkan bulu roma halus dan mengecilkan pori-pori kulit secara semula jadi. Penggunaannya sebulan sekali membuat kulit tampak halus dan cantik. Ia juga sesuai bagi meningkatkan kualiti kulit dan menghalang kedutan.
Laser Isolaz (Rawatan Jerawat)
Laser Isolaz membantu membersihkan liang tersumbat, jerawat dan bintik-bintik hitam dengan cepat dan berkesan. Kebaikan laser Isolaz ialah ia dapat mematikan jerawat yang terdapat di muka, atau badan sehingga ke akarnya.
Laser Pertumbuhan Rambut
Bagi mereka yang tidak tumbuh rambut, kami amat syorkan rawatan laser yang berkesan untuk penumbuhan semula rambut. Terapi laser tahap rendah (LLLT) membolehkan saluran darah kecil yang layu dan mati menjadi lebih segar dan hidup kembali. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan. Ia mengambil masa hanya kira-kira tiga bulan untuk menghasilkan keputusan yang terbaik.
Laser Buang Bulu
Rawatan laser buang bulu adalah rawatan mematikan bulu roma dengan menggunakan kaedah pancaran cahaya sehingga ke akar umbinya. Di Marissa, kaedah rawatan laser dilakukan secara saintifik. Ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi kaedah ini akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh haba. Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut.
Laser Lipolisis
Liposuction adalah satu proses menghapuskan lemak dari lapisan di bawah kulit seperti di bahagian perut, “saddleback”, dada, lengan atau peha. Laser lipolisis merupakan kaedah liposuction yang selamat dan tidak menyakitkan.